Dalam kehidupan ini siapa yang tak mahu
jadi kaya, ada duit yang banyak. Mesti terpahat dalam hati setiap insan dalam
dunia ni nak hidup senang. Wahh.. Orang kata dengan duit boleh beli segalanya.
Betulkah semua benda boleh dimiliki dengan duit.
Orang tua kata kalau nak cari suami tu biarlah kerja
bagus. Hidup senang. Senang cakap mesti dan wajib berduit. Kalau dapat
suami kurang berduit mesti hidup tak bahagia. Siapa lah yang pandai
sangat buat andaian ni. Kalau kahwin dengan kelindan lori misalnya, tak kan
tak mampu nak hidup bahagia.
|
Ehh... Duit tu jaminan kebahagian hidup
kah ? Adakah korang pasti bila ada duit dapat hidupkan orang yang dah mati ?
Atau korang rasa boleh beli isteri orang lain dengan duit yang menimbun.
Kalau orang takde
duit, mesti orang tak nak dekat. Adakah orang yang ditakdirkan hidup susah itu
menyusahkan orang lain ? Tak habis2 persepsi macam tu dilemparkan. Alasan
orang yang memilih sebenarnya. Allah swt lebih mengetahui kenapa A ditakdirkan
hidup senang dan B ditakdirkan hidup susah walaupun dia telah berusaha dalam
hidupnya.
Duit berkepuk-kepuk
pun kalau iman tiada, kejar dunia semata-mata tidak berguna juga. Berduit
pun kalau takut luak kerana menderma pada fakir miskin tiada erti pun. Takkan
sebab derma RM10 luak duit yang berjuta tu. Sedangkan fakir yang rela menderma
RM0.10 lebih besar pahalanya jika dia ikhlas memberi.
P/S : Maaf kalau entri ini agak emosi sedikit. Geram bila orang dah berada di
atas jadi tamak haloba dan memandang orang yang biasa ni macam tiada nilai.
Agaknya mereka rasa dengan duit mereka yang berkepuk tu boleh beli amalan
kebaikan untuk dicatat nanti.
No comments:
Post a Comment