AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 27 January 2014

~ MuQaDiMaH PeMbUkA BiCaRa 2014... ~


Tanpa disedari waktu terus berlalu, syukur alhamdulillah..... Aku masih diberi kesempatan untuk mengupdate blog kesayanganku ni.... Walau pun bile dhitung2kan hampir 47 ari lamenye aku telah menyepikan diri. Lamakan aku menyepi.. Lamanya aku tak menulis. Serius rindu. Serius dalam otak banyak mencorak ayat tapi tak terluah di jemari. Rindu ditahap gaban akan blog kesayangan aku ni.

Pejam celik, pejam celik, x terasa aku telah menjalani hidup satu tahun lagi. Banyak cerita indah maupun sedih telah aku alami selama tahun 2013. Aneka cerita dan pengalaman telah aku torehkan ke dalam lembaran kehidupanku. Lembaran demi lembaran telah dilalui. Coretan demi coretan telah memenuhi. Kekadang tak bererti, kekadang tanpa makna... Itulah dia sedikit sebanyak realiti kehidupanku...

Detik demi detik, hari demi hari, hingga bulan demi bulan, tahun 2013  telah mengusung banyak cerita, suka... duka... telah menjadi warna nyata dalam kehidupanku. Akan aku biarkan semuanya menjadi kenangan yang terpahat rapi. Dengan berjalannya waktu, bertambahnya tahun setiap pengalaman dalam kehidupanku adalah merupakan pelajaran dan pengajaran. Itulah kekuatan aku.

Dengan kisah yang baru, kenangan 2013 akan perlahan-lahan aku tinggalkan saat demi saat. Mungkin masih terasa hangatnya namun cabaran sedang menanti aku di depan. Cabaran dan dugaan sentiasa ada, namun apalah kuasa aku untuk meramal apa yang bakal berlaku esok. Mahu atau tidak setiap dugaan yang datang aku tempuhi dengan tabah.

2013 perginya yang tak akan kembali, bersama kenangan.. pahit, manis suka dan duka... hanya lipatan sejarah yang mungkin akan aku kenang selagi hayat dikandung badan. Tahun  yang membuat aku banyak bermain dengan hati, berperang dengan otak. Dan terkalah oleh 'sayang'. SAYANG. Sebab sayang itu aku utuh. Disebab sayang itu aku tetap setia. Dan sebab sayang itulah aku tetap di sini. Masih kuat di sini.

Walaupun sesekali memori itu datang menjengah, tetap ia terkalah oleh sayang.   Ya, walau sesedih mane pun hati aku ini, aku tetap berpaksi di sini. Hanya kerana satu, SAYANG. Aku cuma harap sayang yang aku punya tak di sia-siakan. Aku cuma berdoa kepercayaan aku tak dipersiakan.

Jika mimpi tahun 2013 telah karam, harapanku kapal kehidupan yang lebih baik telah menanti aku di tahun 2014. Aku akan pastikan belayar dengan suntikan semangat demi bagi mempertingkatkan kemampuan diri. Lupakan segala kegagalan... Kini tahun 2014 telah tiba bagi mengemas kegagalan menjadi kejayaan. Lembaran kisah baru dibuka dengan semangat yang penuh keceriaan.  Tahun 2013 adalah kenangan, masa kini adalah kenyataan, masa depan adalah harapan.

Azam tahun baru, ini selalu sangat diperkatakan setiap orang. Namun setiap tahun azam aku adalah sama, "aku mahu tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun yang lepas", dalam semua perkara berkaitan kehidupan aku. Azam aku secara umum, tiada yang khusus.

Aku tidak suka letakkan 1  target secara melulu. Namun aku akan mula tetapkan matlamat apabila ada peluang. Aku akan rebut peluang yang datang kepada aku dan aku akan berusaha untuk mencapai target itu. Peluang apa? Apa-apa sahaja peluang yang aku rasa aku mampu lakukan serta menjadikan kehidupan aku menjadi lebih baik. Simple kan. Bukan apa nanti apabila aku  tiba dihujung tak adalah rasa kecewa sangat sebab tak capai apa yang di impikan. Betul tak?..hahaha..bukan tak bagus tulis azam besar-besar tampal dekat dinding. Itu semua cara kita masing-masing, terserahlah. Lain orang lain cara dia.

Dan sekarang tiba saatnya untuk aku menorehkan tulisan baru pada edisi kehidupan aku di tahun 2014. Selamat tahun baru 2014, selamat tinggal kenangan... Selamat datang harapan.... harapan aku semoga dengan kehadiran 2014  ini dapat menambah lagi rezeki keluarga dan ank2 aku kan tetap di sisi aku.... tutup sudah buku kisah 2013. Kini buka pula buku baru untuk teruskan perjalanan hidup.

Lengkap rasanya hidup aku dengan adanya kekuatan2 aku ini... Semoga kita dapat  mengharungi segala2nya bersama... InsyaAllah...


Amin2.. Ya Rabbal Al Amin....