AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 31 July 2012

~ BiLa AkU... ~



Bila aku mula merasa pudar, tolong ingatkan aku yang aku sangat menyayangi kau. 

Bila aku mula merasa tawar, tolong ingatkan aku yang kau selalu membuat aku tersenyum.

Bila aku mula merasa curiga, tolong ingatkan aku yang kau sangat meyakini aku. 

Bila aku mula merasa resah, tolong ingatkan aku yang kau selalu ada untuk tenangkan aku. 

Bila aku mula lupa, tolong ingatkan aku tentang kisah kita. 

Kisah semuanya....

~ MaSaK UnTuK BeRbUkA TaK ???.... ~


Terdengar suara member2 ofis nak ke canteen untuk tapaw lauk berbuka. Aku pun apelagi tak nyempat2 joint together2. Sempat diorg menyapa..'Masak ke?' InsyaAllah. Setakat ni masih bertahan. Tapi yang xbestnye, di hari2 kerja ni main menunye jerlah yang masak. Kuih2 sampingan tu terpaksalah membeli... Hehehehehe. Bukannye ape nyahut pesanan buah hati, time berbuka nanti biarlah pelbagai jenis lauk n makanan. Cian kat anak2, dorang semua berpuase. Bile tengok macam2 ada bersemangat lagi dorang nak berpuase untuk hari2 seterusnya.

Boleh tahan gak mencabarnya dengan anak gamai ni. Nak pulak Allya yang baru setahun 4 bulan umurnya. Sbb ada masanya nangis jer.. ape pun xnak. Faham2 jer la tahap manjanya. Ape pun x boleh. Hahahaha. Cabaran bermula lepas amik dorang kat umah pengasuh. Dari dalam keta lagi dok dengar sorang2 bercerita. Sakitnye kepala aaiiii... Ape taknye telinga ni hanye 2, nak dengar 4 mulut punye citer.


Sampai jer uma, letak Allya. Barulah boleh ke dapur bergegas masak. Ada la 1 jam nak settlekan masak memasak ni. Bayangkan la kecah2 kat dapo aaii tu. Terkocoh2 takpe.. atleast puas hati makan apa yang dimasak sendiri. Kalau sakit perut pun, tak sakit hati kan. Hehehehe. Iiisshhhhh... Harap2 takla. Nasib baik Hakim n Nana ghajin menolong. Tolong cuci beras, tolong kacau air dalam jug, potong kuih, amik pinggan n cawan... Setakat arini sempatlah sumenye yang dirancangkan tersedia di atas meja sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang. Kitorg berbuka dulu dgn air + kurma. Pastu baru makan, semakan makannya. Hehehehhee....

Pas berbuka kang, sibuk lagi dgn kerja cuci mencuci. Kemas dapur, basuh n sidai baju... Aiiiii, xsudah2 kejenye... Sahur masak? InsyaAllah masak jugak.. Paling kurang pun panas2kan lauk... Hehehehhe....

~ SuKaR UnTuK Di PiSaHkAn... ~


Sebelum aku mempotpet, mempotpet lebih lame n lebih jauh lagi, moh ler kite same2 menenun sketsa kartun di bawah ini...


Bibir adalah merupakan bahagian terpenting kepada kebanyakan wanita untuk dihiasi bagi menampilkan imej yang menarik lagi menawan serta menampakkan kejelitaan. Oleh sebab itu, pemakaian gincu adalah merupakan perkara wajib dan ianya seolah2 telah menjadi satu kemestian dibawa kemana2 untuk menyolek bibir supaya kelihatan manarik dan cantik.


Adakah anda juga seorang pengguna aktif gincu? Seperti aku? Heheheheh... Senang cerita, sekiranya anda keluar rumah tanpa mengenakan gincu atau lipistik, anda merasakan diri anda seolah-olah tidak lengkap tanpa ‘alat bantuan pernafasan’ wanita ini. Aku sendiri merasakan demikian. Hehehe. Tanpa gincu atau pelembap bibir, tak timbul keyakinan untuk aku berhadapan dengan orang ramai. Untuk menambah keserian pada wajah.. Hahaha.. Satu lagi item yang wajib ada ketika aku keluar ialah eyeliner. They are my confident! Hahahaha..


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penggunaan gincu sebenarnya bukan sahaja membuatkan seseorang wanita itu lebih cantik malah ianya dapat menjaga kesihatan permukaan bibir daripada kering. Kembali kepada tajuklah yer... Apakah itu GINCU? Menurut Kamus Dewan gincu adalah barangan kosmetik yang diperbuat daripada lilin, minyak dan lain2 bahan yang biasanya digunakan untuk mewarnakan bibir supaya kelihatan lebih cantik dan menawan. Setiap wanita di dalam dunia ini aku percaya pasti ingin memiliki bibir yang seksi dan sihat. Penjagaan bibir adalah sangat penting kerana bibir adalah merupakan antara anggota badan yang perlu dititikberatkan.

Bagi diri aku, pemakaian gincu adalah telah menjadi kewajipan khususnya apabila ingin melangkah keluar rumah dan aku akan merasakan seperti tidak kena jika bibirku tidak dihiasi dengan gincu... Pengguna aktiflah katekan... Ade juga pepatah mengatakan gincu ini diibaratkan seperti teman karib setiap wanita. Jika jarang bersolek sekalipun, setiap wanita pasti akan memiliki sekurang2nya sebatang gincu untuk keperluan solekan harian mereka. Ianya juga merupakan satu kemestian untuk menampilkan gaya yang lebih menarik kerana bahagian bibir adalah penting disebabkan ia merupakan kawasan tumpuan apabila berkomunikasi dengan orang lain.
Penggunaan gincu ini bukanlah sepanjang waktu n mase, kecuali untuk ke opis, majlis atau waktu2 tertentu. Jika hanya di rumah, biasanya aku tidak akan mengenakan gincu. Senang cakap waktu itu comfirmlah wajahku nampak pucat dan kurang bermaya. Hukhukhuk... Itulah wajah yang sebenar2nye...


Lazimnya aku ini, sebelum mengenakan gincu aku mesti memakai sedikit bedak di muka supaya mukaku kelihatan kurang berminyak dan kemudian pakai sedikit gincu. Aku akui aku memang cerewet apabila menggunakan gincu. Aku xsuke warna yang merah. Aku xsuke jugak yang basah dan berminyak. Selalunya aku memang mengambil masa yang lama. Apa xnye, untuk membentuk lukisan bibir menggunakan lip liner dan kemudian barulah mengenakan gincu. Tambahan pula, aspek kekemasan perlu dititik beratkan supaya bentuk bibir nampak cantik.


Apa2 pun yang pentingnya kecantikan dalaman dan luaran adalah amat penting dan ianya haruslah seiring. Paling penting bukan hanya cantik tetapi mestilah sihat. Gincu dan aku memang sukar untuk dipisahkan....

Monday 30 July 2012

~ StOkIn BuAt AlLyA... ~


Stokin kait pink ni adalah hasil buatan tangan sendiri Penolong Pengarah Operasi 1, Pn. Rabiah Daraman khas buat Allya. Stokin ni aku terima ketika Allya berusia 9 bulan. 





Mungkin PPO1 aku ni start mengait ketika Allya masih di dalam kandungan lagi kot. Dalam zaman sekarang ni sememangnya dah payah nak cari hasil2 kait. Lainlah zaman mak2 aku dulu. Dorang kata hasil kait ni kalau dijual bukannye murah. Betullah tu, nak membuatnye menuntut kemahiran beserta kesabaran yang betul2 kukuh. Tapikan kalau mahir+sabar pun xcukup gak. Yang penting minat. Ape2 pun, PPO1 terima kasih banyak2 yer di atas tanda kenangan untuk anak saya. Sesungguhnya saya menghargainye….










~ PeRlUkAh AkU BeRhAtI KeRiNg ???... ~



Ni aku nak tanye : Patut tak kadang2 aku bersikap hati kering dekat anak2? Wlau pun aku seorg ummi beranak 5, tak segan n malunye aku katekan yang diri aku masih lagi dalam proses untuk mengetahui lebih banyak lagi cara mengajar anak... Tak semestinye anak ramai tu menjadi tali pengukur kepada keterroran n keexpertan aku menjage anak.. Betul tak?

Maksud aku dengan hati kering itu adalah bila anak  aku nak sesuatu yang aku tak bagi sebab memang tak sesuai atau apa2 jer la.. dia mengamuk2, so tindakan aku membiarkan jer dia mengamuk tanpa melayan karenah tersebut atau apa yang aku suruh dia buat tapi dia tak buat or apa2 jerlah.. (mengikut perkembangan umur anak)

Secara peribadinya, aku selalu gak buat hati kering dekat anak2 aku ni... dorang menangis, mengamuk2.. hentak2 kaki sampai tersedu sedan tapi aku biarkan je dia.. Buat do know. Memandangkan aku ni spesis yang suka tinggikan suara n kalau cara tu tak berkesan apelagi tangan sampai ke badanlah. Kalau mood aku time tu baik, aku cuma cakap dengan nada perlahan " Kalau nak menangis, menangislah selagi nak"... Biasenye bile aku cakap camtu dorang akan betoi2 menangis... dah lama2 dorang datang kembali dekat aku.. So, lepas dari tu, dorang dah tak buat apa yang aku tak bagi dorang buat tu...

Untuk pengetahuan jugak... hati aku yang tengok dorang menangis ni.. rasa macam kena siat2.. tak sanggup tengok anak menangis sampai macam tu... Sampai bengkak2 bijik mata. Tapi aku jugak taknak anak2 aku jadi mengada2.. taknaklah nanti bila pergi kedai nampak sesuatu yang dorang berkenan, bila aku tak bagi.. dorang mengamuk2 dekat kedai tu... aku tak nak "dipergunakan" oleh anak2...

Setakat ni, alhamdulillahlah, bila jumpa mainan dorang tak pernah lagi bila tak dapat mengamuk, cumenye dorang akan beli makanan @ biskut yang dorang nak.. kira2nye dorang lebih tertarik kepada makanan la.. no hal la kan.. bab2 makan ni...

Sebenarnya, hati kering ni bukan hanya dalam bab apa yang anak aku nak, aku tak bagi... tapi banyak lagi yang aku terfikir tapi aku sukar nak cerita dekat sini macamna... hahhahhahha... tapi aku rasa ibu2 semua mesti paham kan.. lebih2 lagi yang dah lama jadi ibu.. Kadang2 tinggalkan anak dengan pengasuh pun, aku terpaksa gak keringkan hati.


~ PeNiNg NaK MaSaK ApE ???... ~


Pelik kan... bila bulan puasa jer, memasing dah tak tau nak masak apa untuk berbuka...
Tak yah kata kat oranglah, contoh terdekat adalah aku ni ha...
Beria dok fikir nak masak apalah petang ni. Nak berbuka dengan apalah agaknye ek...

Walhal time tak pose, takde pun nak masak bagai...
Masak pun ikut apa yang ada di dalam peti ais sudah. Hehehe...
Nak ke Pasar Ramadhan untuk membeli tu rasa cam malaslah... Sebabnye nafsu nak makan itu ini takdelah sangat...Just nak cari pencuci mulut yang payah nak buat n atau kate name lain tak reti nak membuatnye.

Puasa kali ni lebih kepada DAHAGA. Bukan lapar...Mungkin sebab aku terjerit2 marahkan anak2 kot.... Hahaha... Padan dengan muka aku.

Tapi untuk berbuka petang semalam. Sempatlah aku masak menu yang aku rasa simple sudah...
Aku bukan tukang masak pro ok. Masak sekadar nak mengenyangkan seisi rumah...

Setelah puas bersilat gayung bagai di dapur pada petang semalam lepas balik keje tu...
maka terjadilah menu dibawah ni...








ade SAMBAL UDANG, ade SUP SAYUR MAKARONI, n ade CHEKODOK PISANG. Kegemaran anak2 tersayang....
so, untuk petang ni camner plak kan??? Kita nengok jelah mana  yang sempat dimasakkan..
Janji kenyang perut kami anak beranak sudah. Telur goreng masak kicap pun sedap...
Eehhh telur masin pun lagi berselera kooot...

Tapi rasa cam nak makan kuih onde2...Aritu da buat tapi rase macam tak puas jer makan. Camner ni. Hurmm.. Puas bersilatlah aku kat dapur... Hahahahahhaa....

~ TiPs UnTuK IbU BaPa... ~

Tips bergambar untuk menjadi ibu bapa. Walaupun tips ini mungkin lawak tapi tips ni memang betul dan ada gunanya. Ingatlah tanggungjawab ibu dan bapa sangat besar dan bukannya mudah. Dan jangan lupa hargailah pengorbanan ibu bapa. Ibu bapa 2 orang jer jaga anak-anak yang ramai takde pun mengeluh, tapi anak-anak yang ramai nak jaga ibubapa 2 orang jer pun kadang-kadang payah sangat. Fikir-fikirkanlah dan sayangilah ibu bapa anda.

















~ 1 KeSaN AbAdI... ~



Jalan terang
Luas menanti aku
Dengan dendang
Irama hidup baru
Dibelai cintamu

Hilang dendam
Lenyap ia sendiri
Datang tenang
Makin aku hayati
Makin lapang dadaku
Ku rasa sentosa

Sendiri meminta
Dicantum padanya
Tak gelisah lara
Cerita yang punah
Biarpun meronta
Tidak menjadi ngeri

Ku yakin disana
Gelap yang tiada
Kesan satu cinta
Terpancar cahaya
jelas segalanya
Hanya sinarmu
Yang mampu
Memberi cinta itu

Dengan aman
Senyumlah sepuasnya
Jauh berbeza
Bagai yang dirasakan
Rasa yang disini

Itu satu rahsia
Hanya tersendiri
Itu satu iringan
Nyanyian mimpi