Setiap ibu pasti
ada detik yang indah bersama dengan anak masing2 kan.. Tak kiralah sama ada itu
detik sedih ke, marah ke, happy ke.. kerana yang pasti di hari aku tua nanti,
ia menjadi satu kenangan yang sangat2 indah untuk aku ingati.. Pagi ni, aku nak
ajak selami perasaan aku.. perasaan seorang ibu yang sangat tersentuh dengan
sikap anaknya... Korang bayangkan aku adalah diri korang n Allya tu adalah anak korang yer..
Pagi tadi, ketika aku memangku Allya dengan tidak semena2 hati aku terasa
sangat2 sayu. Tanpa aku sangka, air mata aku mengalir.. Allya yang berada dekat
atas riba aku waktu itu, terus memandang muka aku tanpa mata yang berkelip.
Tiba2 jari jemari halus Allya terus menyentuh muka aku & menyapu air
mataku. Yang buat aku lagi terkejut... Selepas tu, Allya terus mencium pipiku.
Ya Allah.. pada masa tu, air mataku ini lagi laju mengalir.. sungguh aku
terharu dengan sikap Allya...
Disebabkan detik2 indah macam nilah, aku tak pernah terfikir untuk marah
dia walaupun di saat dia mencabar kesabaranku. Dan disebabkan detik2 indah
macam nilah, aku berjaya membaja perasaan "SABAR" dalam diriku...
Jika anak2 telah menguji kesabaran kita, ingatlah detik2 indah ketika
kita dengan anak2..nescaya perasaan marah tu takkan mampu mengatasi perasaan
sabar dalam diri kita.. Lagi satu, ingatlah.. dari 10 perkara yang
anak2 lakukan, hanya sekali anak2 buat kita rasa marah tapi lagi 9 kali.. anak2
buat kita sentiasa gembira & tersenyum.. so, sama2lah kita baja diri
kita dengan sifat kesabaran..
No comments:
Post a Comment