AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 26 September 2013

~ AgAr2 OrEo SpEcIaL UmMi... ~



 Aku ni suke sgt makan agar2. Dulu2 kalau ada kenduri, menu yang ada mesti agar2 wat pencuci mulut. Punyalah sedap dapat makan, eehhh time tu mana ada santan kotak ni semua, asli tu guna santan perah dan pewarna dari daun pandan lagi…

Bukan macam sekarang, semua pun instant, tapi walaupun instant, kalau dah penyakit M tu banyak, tak terbuat jugak, hehehhee. 1 ari tu aku tertengok kat fb  tayang agar2 ni, rasa teringinlah sangat tekak ni. Check2 bahannye. Ppeerrgghhhh kirenye bagus ni, bahan yg mudah utk dicari. Bahan mudah nak dpt, carenye pun mudah.. Kirenye on jer laaa.. Dalam rsepi siap + ice cream lg tu. 1 kelainan yang buat aku perlu untuk mencubenye. So apelagi zzaaass lah copy resepi… +susu cair+gula+biskut oreo+ice cream, suspend juga takut manis sangat tapi rupanya rasa memang ngam2. Sedap sehingga menjilat jari... X cayer? Xper laaaa.... Huhuhu....






Tuesday 24 September 2013

~ JaLaN2 WaKtU MaLaM... ~


Yaa...sudah lama tak jalan2 waktu malam.. Ini minggu lepas punya ceritaaa....
(Maaf kondisi picture yg kurang memuaskan....)











~ TaNpA IsTeRi SiApAlAh SuAmI, TaNpA SuAmI SiApAlAh IsTeRi... ~





Kadang-kala akan berlaku bermacam-macam perselisihan faham di dalam rumah tangga. Masalah timbul dari pelbagai sebab dan ujian tapi jangan sesekali berasa terlampau marah dengan si isteri/suami hinggakan langsung tidak ingat dah apa pengorbanan mereka pada kita selama hidup bersama.

Tetapi, pernah tak anda terfikir sekiranya pasangan anda sudah tiada lagi...?

Siapa yang akan menjaga makan minum anda?
Siapa yang akan membebel jika anda tidak menjaga kesihatan diri?
Siapa yang akan suapkan makanan bila anda sakit?
Siapa yang akan membantu ketika anda dilanda masalah?
Siapa yang akan memeluk anda dan membisikkan kata2 cinta di telinga anda?
Siapa yang akan ber-sms atau menelefon untuk bertanyakan khabar?
Siapa yang akan berkongsi kegembiraan dan memberi semangat apabila anda berasa murung?
Siapa yang akan menemani/berbual dengan anda jika anda sunyi?
Siapa yang akan memeluk anda dengan erat jika anda kesejukan di waktu malam?
Siapa yang akan mendengar luahan hati anda?
Siapa yang akan temani anda sewaktu hari tua nanti?

Anda kena mengaku sebenarnya terlalu banyak peranan yang dimainkan oleh pasangan hidup kita. Setiap hari bersama akan meninggalkan kenangan suka duka di dalam kehidupan. Jika hari ini anda berasa marah atau terkilan dengan sikap si dia, esoknya… apa kata anda lupakan saja perasaan amarah itu dan carilah ruang kemaafan di hati anda.

Belajarlah untuk bersabar dengan segala dugaan dan hargailah pasangan anda semasa dia masih ada di samping anda....

Sabarkan adalah separuh daripada IMAN !



~ IjAb & QaBuL... ~



Aduhaiiii…. Tengah dok layan cter Ijab & Qabul lakonan Adi putra+Nora Danish tertibe lagu ni jadi background. Melodi yang menarik. Perggghhhh menusuk kalbu. Udahlah citer best, lagunye plak, mak aiiii… Syahdu2… Cerita yang berkisar perkahwinan Nora Danish dan Adi Putra, masalah anak, penyakit, koma, orang ketiga dan sebagainya. Konsep cerita Ijab dan Qabul ni macam cerita cinta dan perkahwinan lain cuma dipadatkan dan disatukan dalam satu cerita. Hasilnya sangatla menarik.

Ending hero+heroin mati. Menyentuh perasaan berkongi liang lahad. Drama yang berjaya dihati aku. Ade message yang disampaikan tu terasa sangat2 di hati ini. Tapi ketahuilah jangan gunakan alasan anak untuk terus membuka hasrat nak kawin lagi. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Perlu terima kekurangan pasangan masing2, dan ingat, semua kita tidaklah sesempurna mana dan malah memang tak ada pun seorang yang sempurna di dunia ni...
Tersentap hati. Sayu dengar lagu ditambah plak bila tengok ending Memang sedap. Tak caye??? Tonton dan dengarlah sendiri yer…

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju

Dan teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan tepati

Aku akan menjagamu
Semampuku dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu
Dan ku takkan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
 

Sunday 22 September 2013

~ HePi BeLaTeD BeSdAy : 15 OgOs 2013... ~

Entry yang sepatutnye dipost sebulan yang dulu....
Selamat hari jadi buat insan tersayang!!.. Semoga dirimu sentiasa dilimpahkan rahmat dan rezeki yang berpanjangan... Diri ini akan sentiasa menyokong segala apa yang dirimu lakukan. Semoga dirimu sentiasa tabah melayani diri ini yang kadang2 meresahkan dirimu.. Sayang... Terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup ku... Aku takkan lupa segala kasih sayang serta pengorbananmu selama kita bersama...

Seiring berjalannya waktu
Berputarnya bumi
Terbenamnya matahari
Dan munculnya bulan dimalam hari

Bertambah pula usiamu
Semoga engkau sihat selalu
Selamat ulang tahun sayangku
Kerana hanya itu yang dapat aku berikan padamu

Ditengah merahnya mega
Di dalam sunyinya senja
Ku tulis sesuatu puisi padamu
Ku ucapkan lagi tahun ini untukmu

Dengan bertambahnya umur
Jadi tambah pula kebahagiaanmu
Dan jadi tambah juga cintaku padamu
Semoga panjang umur dan cinta kita kekal abadi.
Semoga kedewasaan menjadi milikmu..
Kesihatan menjadi tempat teduhmu..
Dan rasa sayangku hanya untuk dirimu..
Semoga tuhan senantiasa melimpahkan cinta-nya di hatimu
Amin2 Ra Rabbal Al Amin









Wednesday 18 September 2013

~ Di PaGi HaRi BeRsAmA AnAk2... ~









~ SaAt ItU... ~




Saat aku tersesat dalam sebuah cerita hati

Tiba2 setelah sekian 4 tahun lamanya
Itulah per1 kali aku mendengar suaramu
Tanpa aku pernah sekalipun melihatmu…
Saat kau berkata
Saat kau bersuara
Aku terdiam kaku
Memberikan perkhabaran yang sekian lama
Telah hilang dalam kamus hidupku
Entah apa harus kukatakan
Aku seolah2 tidak berpijak di bumi nyata
Aku seperti bermimpi di siang hari
Aku mengharap engkau menerimaku
Menerimaku dengan seadaanya
Kerna aku kini telah benar2 bersedia
Untuk renang ke lautan berapi
Demi membuktikan kehebatan
Dan Tulusnya cintaku ini
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti minggu, bulan dan tahun
Akan tetapku nanti detik bahagia
Ohh.. Kasih
Kini aku merasa bahagia
Kekalkanlah kebahagiaanku ini…




~ PeLaNdUk LaGi!!!!... ~


Ada beberapa cerita yang tidak masuk akal. Ia tidak masuk ke akal bukan kerana ia tidak benar. Ia tidak masuk akal kerana logik akal kita tidak akan sampai ke tahap tertentu. Samalah seperti kita berfikir bagaimana pelbagai saluran frekuensi radio, televisyen dan telefon boleh wujud sedangkan kita tidak pernah melihatnya. Hidup ini terlalu banyak misteri. Apa yang kita ketahui hanyalah apa yang mampu dijangkau oleh deria fikir dan rasa kita sahaja. Banyak dunia hakikat yang tersembunyi di balik tabir sana. 

Kita berkongsi ruang, tetapi kita tidak berkongsi dimensi penglihatan dan deria yang sama.



Ape yang ko merepek ni shida.... Hehehehe... Intro xmenahan yer....  Ini ade kaitan dengan entry sebelum ni - Julai 5/16 (Pelanduk Dua Tiga Rupa…). 14 Ogos 2013 (7 Syawal), jam 8.04 pagi : Aku dikejutkn dengan sekali lagi panggilan dari buah hati. Sebelumnye dia col jam 7.18 pagi bagitau yg dia da otw p opis. Awal tu grak p opis. Almaklumlah semangat keje selepas cuti raya. Itu pun p keje sbbnye ade urgent miting, kalau x, harus sambung cuti lagi. Hehehehe… Abis jer sembang seketika, aku menyambungla semula tidoku sehinggalah aku terima panggilan buah hati kali ke2nye. Panggilan ke2 ni adalah disebabkan buah hati nk bgtau aku yg Pelandukku Ke Empat telah dijumpai… Whatttt???? Terduduk trus aku. Hilang ngantuk. Jumpe lagi kateku. Jumpe time dia breakfast. Kedai makan lagi, kataku dalam hati. Xde tempat lain ker, nk jumpe… Buah hati siap bagitau lagi tu, yang pelanduk aku tu siap bangun p tambah makan. Eeehhh, kuat sangat makannye tu. Siap ber+2 kali lagi tu… Mungkin sebab baru abis puase kot, jd selera makan tu ajer aderla…. Hehhhh… Tetibelah plak rase untuk membela n menerangkan tanpa rase disuruh… Hehehhee.. Bukannye ape, itu jawapan bagi pihak pelandukku itu. Huhuhu…. 




Aku benaunye teringin sangat nak nengok pelandukku itu…. Alangkah bahagianye kalau dapat lihat dengan mata kepalaku sendiri… Insya Allah…