AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 30 January 2012

~ AlLyA 32 HaRi... ~





Setiap saat, detik n hari berlalu. Setiap kali itulah juga mataku tidak putus-putus n tidak pernah jemu-jemu untuk menatap wajah mungil tulus ini. Setiap kali menenun wajahnya. Hatiku menjadi sayu n sebak...  

~ AlLyA 2 HaRi... ~





Alhamdulillah, hanya satu-satunya lafaz di dalam hatiku ketika anak ke 5 ku telah selamat dilahirkan. Aku amat bersyukur kepadaMu Ya Allah, Kau permudahkan perjalananku, Kau memakbulkan segala doa hambaMu ini Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Berkuasa, Engkaulah jua Yang Maha Mengetahui. Mengetahui segala-galanya.

Walau pun, terlewat 8 hari dari duedate, tapi alhamdulillah anakku ini selamat dilahirkan ke muka bumi ni pada 29 April 2011 tepat jam 10.26 malam. Bayi perempuan seberat 3.5 kg ini aku namakan NUR FARISHYA ALLYA yang membawa maksud CAHAYA PENGEMUDI YANG TERUNGGUL / CAHAYA PELOPOR YANG TERULUNG. Harapan aku sebagai umminya, insyaAllah kelak anakku ini akan menjadi anak yang solehah, berdikari, bijaksana di samping menerapkan sifat-sifat yang mahmudah.. Amin, amin Ya Rabbal Al Amin...

~ AlAm RaHiM - NuR FaRiShYa AlLyA... ~



~ JiWaKu, KaSiHkU & SaYaNgKu HaNyAlAh UnTuKmU... ~

Entah mengapa ku merasa...
Ada yang tiada...
Kala ku ingin berteduh...
Sandarkan rindu dalam hangatnya cinta...

Kelmarin...
Engkau yang mendakapku...
Indahkan hari-hariku...
Akan kini...
Engkau menghempasku...
Di tepian luka dan airmata...

Kebersamaan...
Mungkinkah hanya sementara...
Kemesraan...
Akankah hanya tinggal kenangan...
Sungguh aku, hatiku, fikiranku tidak mengerti...

Kasih...
Bila ini pilihanmu...
Tak ku menolak...
Kuterima meski pun tak mampu...
Kupaksakan meski pun getir bagiku...
Lalu kubiarkan lukaku tertahan...
Hingga raga hanyut tak karuan ...

Kasih...
Bila cinta tak memihak padaku...
Biarlah cintaku tetap mengalir...
Tak terhapus...

Takkan terpadam
Seirama hembus nafas ini...
Dan biarlah hatiku dan mimpiku...
Ku memilikimu...
Selagi hayat dikandung badan...

Selama usiaku...

 

 

Friday 27 January 2012

~ SePi TaNpA BeRiTa... ~


Lama aku menyepi. Bertemu kembali setelah sekian lama aku menyepikan diri. Sesungguhnya lama aku tidak menulis di sini, di blog kesayanganku ini. Bersawang bagai dah blog yang aku tinggalkan kalau tak silap hampir setengah tahun aku tinggalkan. Bukannya tiada idea utk menulis, diikut-ikutkan berlimpah-limpah ruah cuma beban kerja opis dan rumah disamping dgn anak2 yang membataskan aku untuk post entry baru.
Paling sedihnya sampai blog lamaku merajuk. Langsung tak boleh nak dibukanya. Pelbagai cara telah aku usahakan. Bertanya orang sana, bertanya orang sini. Tapi usahaku sia-sia. Sehinggalah MENTORku menasihatkan agar aku membuat blog baru. 
Tapi kini aku telah kembali...


      Kalau tak silap aku berhenti dari melawat blogku nie bila aku start pregnant anak yg ke 5. Kalau diikut-ikutkan pregnant aku tu bukanlah penyebab musabab yang utama. Aku takde problem itu yg tidak membolehkan aku mengadap komputer tulis entry baru tapi hakikatnya bebanan tugas yang entah bilakan berakhir makin hari makin menghimpit. Saban hari aku dikelilingi oleh tanggungjawab terhadap anak-anak. Bukan aku mengeluh cuma adakalanya aku merasa amat letih dan badan ini sesungguhnya terasa terlalu penat.. Sejak dari celik mata di dinihari hingga ke larut malam, aku sentiasa sibuk melayan karenah dan ragam anak-anak. Kerana risau dengan semua data-data yang perlu dihantar ke HQ aku memaksa diri aku untuk melupakan penyinggahan ke blogku. Aku kena utamakan mana yang penting dahulu.

       Dan tanggungjawab aku makin bertambah sejak kelahiran orang baru dalam keluarga. Nur Farishya Allya yang menghiasi warna warni kehidupanku kini. Rutin harian aku di pejabat semakin hari semakin menjadi padat hinggakan untuk meluangkan waktu menulis di blog ini pun tidak berkesempatan. Walau pun kadangkalanya aku cuba mencari ruang-ruang yang ada untuk berkongsi rasa dan cerita di blog ini. Tapi selalunya tipis...
Beban tugas yang entah bilakan berakhir sentiasa menghambat aku saban waktu. Begitu juga di rumah, menguruskan anak-anak seramai 5 orang hakikinya bukanlah satu tugas yang mudah. Siapa yang hanya memandang tanpa berada duduk dirinya di tempat aku semestinya tidak akan faham dan mengerti. Seringkali ada sahaja karenah dan gelagat yang menaikkan marah aku. Adakah aku seorang ummi yang zalim? Setiap malam selepas anak-anak melelapkan mata hati aku seringkali berbicara sendiri. Adakah aku ini sebenarnya layak menjadi ummi mereka?. Adakah aku telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku sebaiknya? Aku sedar bahawasanya diri aku terdapat banyak kekurangan. Aku mendidik anak dengan cara yang tegas dan kasar. Tapi sesungguhnya itu adalah untuk kebaikan mereka. Sebolehnya untuk mereka aku akan buat yang terbaik. Walau pun kadangkalanya aku gagal. Namun segala penat dan lelah menguruskan rumahtangga dan anak-anak akan lenyap tiap kali menatap wahaj-wajah mulus mereka. Merekalah racun, merekalah penawar. Maha besar sungguh kuasaMu, Ya Allah..
Kini semuanya telah berada di bawah kawalan yang selemat. InsyaAllah tiada masalah serta bebanan kerja lagi yang perlu aku risaukan. Bolehlah secara beraninya aku katakan aku kini berada di zon selesa. Selesa-selesa pun, aku tetap kena pandai bahagikan masa antara kerja dan berpost entry di blogku ini. Pertama siapkan kerja dulu, selesai semuanya barulah memulakan aktiviti memblog. Hahahahhha. Untuk diri sendiri aku nasihatkan jangan sesakali alpa pada tugas hakiki n mengentry ini hanyalah sebagai sisipan sahaja. Ingat tu Shida...

Aku rasa cukuplah aku membebel dulu. Insyaallah entry terbaru akan aku masukkan dari masa ke semasa. Banyak hutang-hutang story mory yang perlu aku lunaskan... InsyaAllah....

Thursday 26 January 2012

~ HaTi SeOrAnG KaWaN... ~


Kawan…
Bila aku pergi terlebih dahulu
Janganlah kalian cari aku
Kerana aku sedang sibuk
Dan janganlah kalian terus mencari
Kerana aku pergi…
Bukan untuk mengasingkan diri
Dan bila kalian ingin temui aku…
Pergilah menuju naluri hati
Dengan melewati jalan nubari
Kerana aku hanya inginkan
Senyum yang tulus dari raut wajah kalian
Untuk setiap jejak langkahku
Karana langkahku yang berikutnya
Mungkin akan lebih memberatkan
Karana hariku perlu diteruskan
Untuk suatu hal yang dipertanggungjawabkan
Tapi untuk sedikit waktu saat kumulai pergi
Langkahku akan sedikit diperlahankan
Karana destinasi persinggahanku
Belumku tahu rentaknya
Tetapi aku pasti akan terasa
Oleh seluruh waktu dalam hidupku
Akan keterasingan hidupku
Yang tertuliskan dalam sebuah catatan untukku
Ku titipkan seluruh nyanyian dan tulisan
Hanya untuk sekadar tinggalkan tempat bermain kita
Jagalah seluruh nyanyian
Dengan tetap dikumandangkan
Jagalah seluruh tulisan
Dengan segenap hati kalian
Karana itu adalah hiasan
yang aku punya disamping kalian
Wahai kawankku…
Aku rasa aku akan merindu
Ketika Bahagia saat bersamamu
Ketika kalian peduli akan tangisku
Ketika kita berjalan bersama
Untuk Mengejar semua mimpi-mimpi kita
Dan ketika cinta kita terhentak
Oleh sebuah senyuman yang membatu
Aku hanya inginkan senyuman
Bila dalam kenangan kalian
Aku dikatakan sebagai seorang KAWAN
Dan untuk cinta yang ku anggap sebuah kesempurnaan
Janganlah munculkan erti penyesalan
Karana ini adalah akhir
Dengan sebuah jalan kenangan yang tak akan berakhir

~ HaRi PoTeNsI KEMAS NeGeRi MeLaKa TaHuN 2011... ~

HARI POTENSI KEMAS NEGERI MELAKA TAHUN 2011
TARIKH  :  15 OKTOBER 2011 (SABTU)
MASA  :  8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT  :  KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN AYER KEROH MELAKA