AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 30 August 2012

~ JiKa EsOk TiAdA LaGi... ~


Dalam 2-3 hari ini, aku diserang sakit kepala lagi. Sakit yang teramat sangat. Terkadang rase macam nak pecah jer kepala ku ini. Sampai satu mase, dah tak tertahan sangat aku gase macam nak hentak2 jer kepala aku ni di dinding. Tapi bila dipikir balik, karang kalau pecah, tak ker dah kes naya tu. Mungkin juga puncanya sebab aku tak makan ubat kot. Tah lah, aku sendiri tak pasti. Bila dah sakit kepala ni, comfirm2 tido pun payah n tak lena kalau terlelap pun mungkin disebabkan keadaan badan yang dah terlampau penat sangat.


Nak p clinic? Ohhh, tidakkkk. Aaku takkan pergi ke clinik apatah lagi kalau ke hospital. Sebab kaki aku memang berat sangat2 nak jejak kaki ke sana. Almaklumlah, orang badan besar ni, kaki sememangnya berat. Hahahhaa... Jadi aku biarkan saja. Biarlah sakit camne pun. Tanggung jerlah.. Degil itu memang sifat semulajadi aku.

Tapi menjadi seorang aku yang penuh dengan ideologi merapu bak kata seseorang, fikiran aku sudah pasti lah menerawang jauh memikirkan perkara yang terlalu jauh ke hadapan, atau dalam bahasa mudahnya yang bukan-bukan. Hei tapi apa salah nya berfikiran jauh, bukan? Tu sememangnya aku. Selagi jauh aku boleh pikir, aku akan memikirkannya.

Aku mula memikirkan bagaimana kalau aku sebenarnya menghidapi penyakit kronik yang membawa maut? Penyakit yang sudah di tahap kritikal dan tak boleh diubati. 'Puan cuma ada 3 bulan saja lagi untuk hidup', bak kata doktor dalam drama TV. Alamak!!!! Camner tu???

Jadi aku terfikir, macam maner kalau tiada lagi esok untuk aku? Macam maner dengan orang-orang yang aku tinggalkan? Camner dengan nasib anak2 aku 5 orang tu? Orang-orang yang aku sayang?

Aku akan menyesal kerana tak pernah bagitau betapa aku sungguh sayangkan mereka. Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu berhati batu.

Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu menyendiri. Aku akan menyesal kerana selama ini aku tak pernah buka ruang dalam hati aku untuk orang-orang sekeliling yang mengambil berat.

Aku akan menyesal sebab tak pernah tunjukkan kasih sayang aku melalui perbuatan. Aku akan menyesal sebab selama ini aku terlalu kelu ucapkan cinta.

Terlalu banyak penyesalan.

Bila kau rasa bayangan maut sudah mula menyapa, baru kau tahu betapa banyaknya penyesalan yang kau tinggalkan.

Aku tertanya kalau selama aku hidup ini aku pernah membuat mereka gembira. Apa yang pernah aku berikan pada mereka.



Kalau tiada lagi esok untuk kau, apa yang akan kau lakukan? Sila jawap....

~ HaNyA KeRaNa CiNtA... ~



Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
Tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhanmu indah...

~ AyAm = ReNdAnG + LeMbU = SeRuNdInG... ~




~ MeRcUn + BuNgA ApI MeStI AdA... ~


MERCUN DAN BUNGA API MESTI ADA UNTUK HARI RAYA


JIKA AKU KINI BERUSIA 34 tahun, ini bermakna aku sudah mengenal bunga api dan mercun berpuluh dekad yang lampau. Sejak zaman di kampung, aku membesar di bawah letupan mercun dan bakaran bunga api, sejak zaman kanak-kanak, ceria bermain di halaman rumah, main kejar-kejaran, main perang-perangan, dan mercun itulah yang telah menjadi mainan sejak zaman silam.









Kini bunyi mercun masih ada lagi, ia seolah-olah benda "wajib" yang mesti ada setiap kali hari raya puasa. Bunyi mercun tak kira waktu, sentiasa ada di mana-mana. Mungkin budaya kita telah membenarkan agar mercun dan bunga api dijadikan salah satu bentuk permainan yang dikaitkan dengan hari perayaan, merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Walau bagaimanapun, permainan yang bahaya ini tidak membuatkan masyarakat kita serik, meski kes-kes terkena mata, cedera tangan, cedera muka dan sebagainya, mercun dan bunga api berpisah tiada.Hahahhaha…

Atas sebab itulah, saban tahun dinasihatkan agar jangan membeli mercun dan jangan bermain mercun. Nasihat ini adalah nasihat radio dan tv atau nasihat orang akhbar. Siapa pun tak ambil peduli. Amaran demi amaran, orang tak kisah pun, mercun dan bunga api adalah barang wajib, tidak sah berhari raya kalau tidak mendengar letupan mercun.

Lagi pun ianya bukan selalu. Setahun sekali kita main mercun dan bunga api, apa salahnyakan…! Ia hanya permainan, untuk suka-suka, untuk berhibur meskipun benda itu bahaya. Yang pentingnya kenelah BERHATI2…


~ GaNgGuAn KeTiKa BeRbLoG... ~


Gangguan yang selalu dihadapi ketika menulis blog


Terkadang bila masanya tiba idea2 menarik yang diinginkan untuk tulis di blog, dengan semangat berkobar-kobar, aku mula menaip perenggan pendahuluan. Ketika hendak masuk ke isi pertama pula, tiba-tiba deringan telefon berbunyi.....

Adoiiii aaiiii… Konsentrasi telah terganggu! Mood yang tengah excited menulis artikel tadi, telah terpotong. Momentum untuk aku menulis perenggan yang seterusnya hilang. Atau lebih teruk lagi, aku terus hanyut dengan melayan member menyembang dan meninggalkan artikel yang telah ditulis separuh jalan sebentar tadi.

Inilah salah satu contoh masalah yang sering dihadapi oleh aku ketika sedang excited berblog, tiba-tiba ada sahaja gangguan yang akan mengganggu konsentrasi aku. Sabar jerlah…. Hehehehhe...

Wednesday 29 August 2012

~ SaLaM AiDiLfItRi 2012M/1433H... ~


~ MeNcArI SiNaR KeBaHaGiAaN... ~


 

Kebahagiaan bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat..
..tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya..Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup.

Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hnya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini.

Ujian bukan sebab untuk kita rasa kecewa dan bersedih sepanjang masa, kerana dengan masalah kita matang menyelesaikannya, dengan ujian kita tabah hadapinya. Hidup ini tak lama jangan bazirkan dengan air mata. Seminit kita bersedih kita dah bazirkan 60 saat untuk rasa bahagia! 

Tuesday 28 August 2012

~ JuAdAh D PaGi SyAwAl 1433H... ~

Juadah simple santapan kami anak beranak di pagi Syawal 1433H... 









~ MeMoTiVaSiKaN DiRi D PaGi HaRi... ~


6 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca paper, baca gosip2 mahupun join sesi mengumpat bersama kawan2. Sebab, ia menerbitkan energi positif  lalu menghalang dari bermotivasi sepanjang hari.




3. Dlm Apa Jua Yg Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat  lalai, mengantuk, macam tak cukup cas beteri jer. Bermula dari duduk di kerusi dan mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa yang dilakukan mendapat keberkatan.. Bila istiqamah melakukannya, nescaya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


4. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Bila dah keluar rumah untuk  ke tempat kerja, biasanya tak tahu apa yang nak dicapai hari tu. Betul tak? Biasenya hanya nak sampai di sana, bekerja  lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun & perkara sama berulang lagi. Hidup bagai dalam 1 bulatan, situ2 saja. Eloknya sikap perlu  diubah. Set target apa yang mahu dicapai, lagi best setkan untuk setiap hari. Setkan berapa tugas yang nak disiapkan dan set limit masa untuk menyiapkan segalanya. Kecekapan dapat  dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan. Cara ini adalah cara aku. Berkesan sungguh…


5. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah  jadikan diri lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood menjadi positif.


6. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu2. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi2 negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, akan jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk lagi jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap org, setiap situasi & setiap benda.

~ PaSrAH... ~



Kembalikan KECERIAAN buat yang kedukaan
Gantikan TANGISAN dengan senyuman
Jika ini UJIAN maka berikan kekuatan
Hatiku ketahuilah, tiada yang lebih mengerti perasaanmu 
Tiada yang lebih dekat kepadamu...

~ JuAdAh TeRaKhIr BeRbUkA PuAsE... ~

Disebabkan masih banyak tuntutan kerja yang perlu disettlekan untuk persiapan hari Raya keesokkan harinya, maka untuk berbuke pose terakhir ni, masak yang simple2 jer. Yang tak renyah. Just Kuehtiaw Goreng Kerang bersama Ayam Goreng... Sedap gak... Hahahahha







~ ReNdAnG AyAm RaYa SpEcIaL UmMi... ~





Monday 27 August 2012

~ PeLiK KeR...??? ~



Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka akan kata kita pelik. Atau lebih teruk mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti apa yang biasa orang lain buat.

Mereka kata;
'Takde orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'
Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.
Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?

Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya sendiri?

Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.

Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 dicampur 2. 3 campur 1 juga boleh kan?