AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 30 August 2012

~ JiKa EsOk TiAdA LaGi... ~


Dalam 2-3 hari ini, aku diserang sakit kepala lagi. Sakit yang teramat sangat. Terkadang rase macam nak pecah jer kepala ku ini. Sampai satu mase, dah tak tertahan sangat aku gase macam nak hentak2 jer kepala aku ni di dinding. Tapi bila dipikir balik, karang kalau pecah, tak ker dah kes naya tu. Mungkin juga puncanya sebab aku tak makan ubat kot. Tah lah, aku sendiri tak pasti. Bila dah sakit kepala ni, comfirm2 tido pun payah n tak lena kalau terlelap pun mungkin disebabkan keadaan badan yang dah terlampau penat sangat.


Nak p clinic? Ohhh, tidakkkk. Aaku takkan pergi ke clinik apatah lagi kalau ke hospital. Sebab kaki aku memang berat sangat2 nak jejak kaki ke sana. Almaklumlah, orang badan besar ni, kaki sememangnya berat. Hahahhaa... Jadi aku biarkan saja. Biarlah sakit camne pun. Tanggung jerlah.. Degil itu memang sifat semulajadi aku.

Tapi menjadi seorang aku yang penuh dengan ideologi merapu bak kata seseorang, fikiran aku sudah pasti lah menerawang jauh memikirkan perkara yang terlalu jauh ke hadapan, atau dalam bahasa mudahnya yang bukan-bukan. Hei tapi apa salah nya berfikiran jauh, bukan? Tu sememangnya aku. Selagi jauh aku boleh pikir, aku akan memikirkannya.

Aku mula memikirkan bagaimana kalau aku sebenarnya menghidapi penyakit kronik yang membawa maut? Penyakit yang sudah di tahap kritikal dan tak boleh diubati. 'Puan cuma ada 3 bulan saja lagi untuk hidup', bak kata doktor dalam drama TV. Alamak!!!! Camner tu???

Jadi aku terfikir, macam maner kalau tiada lagi esok untuk aku? Macam maner dengan orang-orang yang aku tinggalkan? Camner dengan nasib anak2 aku 5 orang tu? Orang-orang yang aku sayang?

Aku akan menyesal kerana tak pernah bagitau betapa aku sungguh sayangkan mereka. Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu berhati batu.

Aku akan menyesal kerana selama ini aku terlalu menyendiri. Aku akan menyesal kerana selama ini aku tak pernah buka ruang dalam hati aku untuk orang-orang sekeliling yang mengambil berat.

Aku akan menyesal sebab tak pernah tunjukkan kasih sayang aku melalui perbuatan. Aku akan menyesal sebab selama ini aku terlalu kelu ucapkan cinta.

Terlalu banyak penyesalan.

Bila kau rasa bayangan maut sudah mula menyapa, baru kau tahu betapa banyaknya penyesalan yang kau tinggalkan.

Aku tertanya kalau selama aku hidup ini aku pernah membuat mereka gembira. Apa yang pernah aku berikan pada mereka.



Kalau tiada lagi esok untuk kau, apa yang akan kau lakukan? Sila jawap....

No comments:

Post a Comment