AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 25 September 2012

~ CiNtA JaRaK JaUh... ~


Aku percaya ramai di luar sana yang berdepan dengan cinta jarak jauh. Begitu juga dengan diri aku. Ratusan kilometer memisahkan kami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun berjauhan seperti ini tidak pernah memadamkan rasa kasih sayang dan cinta aku.
Jarak tak pernah memisahkan dua hati
Telah aku pelajari dalam kehidupan ini yang jarak takkan menjadi penyudah atau pemisah dalam sesuatu perhubungan. Aku sedar dengan jarak juga dapat membangkitkan rasa kasih sayang dengan lebih mendalam. Ianya membuatkan aku untuk lebih menghargai.
Bila berjauhan seperti ini mungkin kadang-kadang membuatkan hati aku cepat tersentuh. Terasa diri lebih sensitif. Air mata menjadi peneman setia. Sentiasa bergenang airmata aku, membayangkan kerinduan anak2 kepada ayahnya, anak jer ker? Kerinduan si ummi tu, hehehe 'no komen la'.Apatah lagi bila melihat kehidupan orang lain. Bila orang buli aku, insan yang aku sayang tiada bersama aku untuk bela diri aku. Situasi itu yang paling aku tidak gemari. Mesti bukan perkara mudah tapi orang kata 'alah bisa,tegal biasa'.

Bukan senang nak 'handle perasaan bila berjauhan ni. Banyak setan gondol yang bertanduk merah bawak tongkat duk cucuk-cucuk hati menggoda perasaan 'kalau tak kuat iman boleh terlungkup. Tak percaya? Sila cuba....... Paling merisaukan saat berjauhan ialah bila anak2 demam @ sakit.mesti susah hati..

Insya Allah... Suatu masa nanti aku mesti dapatkan kehidupan berkeluarga yang lebih berkualiti. Jalani kehidupan dan dipermudahkan untuk segala urusan. Allah beri extra kesabaran dan ketabahan Buat masa sekarang, jarak tidak menjadi masalah kerana banyak cara untuk kami berkomunikasi. Betul tak??

Monday 24 September 2012

~ BeSdAy NaNa 5 TaHuN... ~

Ini story bulan Julai 31 aribulan yang lepas. Pada tarikh tersebut genap umur Nana 5 tahun. Ini bermakna anak daraku ini sedang meniti usia. Pejam celik-pejam celik dah besar rupenya anakku..Ulangtahun anak adalah peristiwa penting dalam hidup aku sekeluarga. Meraikannya tidak semestinya mengadakan majlis secara besar-besaran. Yang pentingnya meraikan hari bersejarah itu bagi membuat persediaan untuk melalui tahun seterus dalam hidupnya, yang mane ianya adalah tempoh yang penuh dengan penemuan baru.

Secara tidak langsung itu detik permulaan bagi Nana untuk belajar berdikari.Walaupun Nana mungkin tidak memahami erti sambutan hari lahirnya dan tidak kisah sama ada majlis atau tidak tetapi aku akan memastikan ia menjadi kenangan paling istimewa dalam hidupnya.


Itulah juga masa terbaik bagi aku memulakan tradisi keluarga sendiri. Tradisi itu biasanya unik dan diharap berterusan dalam hidup aku sekeluarga dan diteruskan oleh anak2 apabila mereka berkeluarga nanti.

Birthday Nana untuk tahun ni takda kek harijadi seperti tahun2 sebelumnya. Memandangkan ari tersebut jatuh pada bulan Ramadhan so takdalah aku beli kek untuknya. Ini adalah kerana pada ari tersebut terdapat lambakan rezeki so sekiranya kek tersebut dibeli maka tidak mustahillah ada di antara rezeki yang disediakan terlontar di tempat pembuangan sampah. So membazirkan. Aku dah terangkan dengan jelas pada Nana dan dia menerima alasan aku dengan hati yang terbuka. Walau bagaimanapun, oleh2 untuk kawan2 di sekolah tetap aku sediakan....














 Untuk NUR FILZA ADLINA......ummi senantiasa mendoakan yang terbaik. Semoga Nana menjadi anak yang solehah dan taat pada perintah Allah SWT, dan sesungguhnya ummi amat berbangga dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana ummi dianugerahkan seorang anak serta kakak kepada adik2 yang pandai menjaga hati ummi dan adik2. Walaupun kekadang ada permintaan yang Nana minta lambat ummi tunaikan....


~ NgAdAp UbI ReBuS SpEcIaL UmMi... ~




Mendung, hujan, redup, berangin dan nyaman. Mujurlah dah berdobi sakan ari semalam. Pagi tadi keluar kejap pergi Pasar Pagi, dalam perjalanan balik, ternampak Apek jual ubi kayu. Apalagi zasss jerlah. Lagi pun lama dah tak makan ubi kayu ni. Biasalah kalau hujan2 ni, ubi rebus kudapan paling enak. Kalau ada ubi rebus kena ada sambal tumis ikan bilis. Tak lupa kopi panas. Sebut kopi panas teringatlah plak pada buah hati kesayangan... Kena dengan hujan renyai2, cuaca sejuk. Ngadap sambil menyembang dengan anak2, perghhh…. Tak sedau sepiuk ubi habis!. Hahahaha, gurau jerlah baca boleh caya jangan, tapi tang seperiuk tulah, kalau kopi panas dan sambal tumis ikan bilis, harus dipercayai yer…






~ OpEn OpIs KEMAS NeGeRi MeLaKa TaHuN 2012... ~

Masih lagi entry tentang raya walaupun udah 5 ari Syawal meninggalkan aku. Entry kali ni yang nak aku paparkan adalah gambar di sepanjang Majlis Jamuan Raya di opis. Seronoknya tahun ni aku berkesempatan untuk hadir x macam tahun lepas aku xdak disebabkan EL dek kesihatan Allya yang kurang mengizinkan.



Opis aku buat majlis jamuan raya macam biasalah,saban setiap tahun telah menjadi tradisi majlis ni dibuat secara gotong royong sesama geng di awal pagi. Di pagi hari, memang masing2 pegang tanggungjawab dan jalankan tugas dengan ikhlas tanpa sebarang arahan, rintihan dan umpatan. Hehehehhe. Setelah settle segala urusan persiapan apalagi masing2 doklah tak menyabar menikmati juadah yang telah disediakan sementara menanti sampainya kehadiran para jemputan...

Belek jommmmm...