AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 12 September 2012

~ UnTuK SeOrAnG SaHaBaT... ~



(Mohon Maaf Andai Ada Yang Terasa Dengan Coretan Ini)

Aku menjadi orang yang diberi kepercayaan dan dijadikan tempat bercerita serta meminta bantuan. Beliau seorang wanita yang sangat cantik, manis, lemah lembut dan tak jemu di pandang mata. Kali pertama aku mengenali beliau sekitar tahun 2002. orangnya kecil molek, matanya sepet (berdarah campuran), kulitnya cerah, senyumnya sangat comel. walau bertudung ringkas dan sering berbaju kurung namun beliau mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Aku sangat mengagumi kredibiliti dan penampilannya. pendek kata aku lihat beliau seorang wanita yang cukup sempurna. Ada pelajaran, kerjaya, anak2 lelaki dan perempuan yang comel2 dan suami yang berkerjaya. Di mataku  beliau cukup sempurna serba serbi. 

Dahulu sering kali jugak aku terlihat beliau dijemput suami dan anak2nya selepas pulang bekerja. Anak2nya seramai 6 orang. Pelengkap kepada kehidupan mereka suami isteri. 

Tapi kini kami terpisah dari khabar berita dek kerana masing2 sibuk dengan urusan masing2. Membisu tanpa kata. Namun 2 bulan yang lalu, beliau meminta bantuan aku. Segera! Aku sudah membantu dan akhirnya bantuan aku sangat sangat berharga buat beliau walaupun pada dasarnya pertolongan aku itu xseberapa. Hari ini kala aku berjumpa beliau, aku sekadar bertanya dan beliau meletakkan kepercayaan pada aku tentang masalah yang beliau hadapi. Beliau dan suami telah bercerai. Aku terkejut dan sedih dengan apa yang aku dengar namun aku tak mahu dia bersedih dengan apa yang di hadapi. Aku cuma katakan.... Xde masalah lah... Akak masih cantik dan cun! Sambil tergelak aku katakan begitu. Dan beliau tergelak dan bertanya betulkah beliau masih cantik? Secara jujur dan demi Allah aku katakan, beliau memang masih cantik walau usia sudah sekitar 37-38 tahun. Mungkin kerana beliau kecil molek orangnya maka tak ketara sangat umur beliau sudah 30 lebih. Sekali pandang macam baru berumur 28-29 tahun.

Aku mahu bertanya lanjut namun aku diamkan dahulu, akhirnya secara tidak sedar beliau telah meluahkan rahsia hatinya sedikit demi sedekit dengan penuh keikhlasan. Aku menjadi pendengar yang setia tanpa mengeluarkan sedikit ulasan pun. Akhirnya kes beliau selesai dan beliau mendapat hanya seorang hak penjagaan seorang anak perempuannya. Sedih juga aku memikirkan nasib beliau. Secara jujurnya alasan yang diberikan oleh si suami di depan Hakim adalah benar2 tidak relevan. Orangnya cantik, lemah lembut, solat tak tinggal namun kenapa si suami sanggup melepaskan isteri sebaik itu? Apa lagi yang mahu di cari oleh si suami? Apa tak cukup sempurna lagi ke isteri seperti itu? Sukar bagi aku untuk mendapatkan jawapan...

Jika di tanya pada lelaki yang cetek akal fikiran namun tersangat tinggi ego, mereka akan katakan jemu, sudah tidak sehaluan, badan isteri dah tak mantap dan jawapan yang paling best sekali adalah isteri 
"dah tak ketat".secara logiknya, isteri jadi begitu gara gara siapa? Dan pernahkan para suami ini berfikir bahawa para isteri juga merasa suami mereka juga dah tak sama macam mula mula berkhawin? Namun isteri terima dengan redha kerana itulah yang Allah jodohkan buat mereka dan zuriat mereka. Dan cukup payah mahu terjumpa para isteri bercerita hal dalam kain rumah tangga pada kawan2 walaupun teman karib sendiri. Namun berbeza dengan para suami yang kebiasaannya bercerita sesama teman2 sama ada secara sedar atau pun tidak sedar. 

Biarlah isteri secantik bidadari pun, sebaik Aisyah Abu Bakar Al-Siddiq sekali pun, namun jika si suami seorang yang buta mata dan buta hati, maka mereka akan melukakan juga hati wanita yang pernah tidur sebantal dan rela hidup susah dan senang bersama mereka. Sesungguhnya walau cantik mana seorang isteri itu, sebaik mana pun mereka, itu bukan jaminan untuk tidak ditinggalkan atau pun diceraikan.

Lelaki bagi saya tak pernah puas dengan apa yang dimiliki lebih lebih lagi bab yang berkaitan nafsu pada perempuan. Cuma ada sesetengah lelaki bijak menangani gelora nafsu kerana berfikir mengguna akal yang waras bukan menggunakan nafsu yang buas.

Buat kenalan aku itu aku berdoa semoga Allah akan permudahkan segala urusan beliau dan berharap beliau kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment