AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 27 March 2013

~ GeMbIrA D HaTi... ~

 

Sebelum bulan Mac mengakhiri atau melabuhkan tirai sebelum masuknya bulan April. Rasanya untuk hari Khamis minggu terakhir ni tiada entri peribadi mungkin, rasanye kepala dok tengah semak dengan budget gaji+ganjaran+GSR 2014. Dengan hati yang gumbia, aku just nak taip yang santai2 jerrr….


Hari ini aku gumbira..

KENAPA?
Perlukah sebab untuk aku gumbira ?
Tiada alasan, cuma gumbira...

Sebab aku bahagia..
Peduli apa orang nak kata...

Yang penting aku bahagia..
Walau pun  aku tak punya semua yang aku impikan                                                                Tetapi… Insya Allah....
Amin2 Ya Rabbal Al Amin....

~ KeTiKa CiNtA TeRhEnTi... ~


Aku dah penat 
Aku dah letih
Menyelusuri hari
Demi mengemis setitis kasih
Yang aku sendiri tak pasti adakah ianya milikku

Ketika harapan yang tercipta
Yang serasanya bukan untukku
Adakah seharusnya aku berhenti
Dari terus bermimpi
Mengejar fantasi

Tapi
Mengapa hati ini
Seakan memungkiri diri sendiri
Demi
Sebuah hakikat yang telah pasti

Pergilah angan
Lenyaplah kenangan
Bagi sebuah ceritera cinta
Dalam kisah dongengnya

Sesungguhnya
Ketika Cinta terhenti
Dan
Aku sendiri memang sedari
Cuma sekeping hati yang enggan mengakui

Lalu
Hatiku bertambah duka
Hati kecilku semakin terluka
Pada sebuah pengasingan emosi
Yang hanya memakan diri

Berhentilah di persimpangan itu
Kasihanilah hatimu
Kerana
Cinta itu sudah lama terhenti….

~ AnK2 DaK ShIdA... ~







~ BuBuR ChA2 SpEcIaL UmMi... ~

 Satu malam Sabtu, sedang Hakim dok bace buku tibe2 dia menanye aku, Ummi2, bubur Cha2 tu ape? Sbelum aku jwp menerangkannye, aku menanye balik kenape? Ni haa... Dia menunjukkan aku Cerita yang bertajuk Bubur ChaCha.. Aku tersenyum setelah melihat, esoklah yer ummi tunjukkan
 Maka keesokkannye bertambahla agenda umminye ni. Untuk memasak bubur Cha2. Bubur ini kira versi orang2 kampung... Kenape aku cakap camtu? Sebabnye orang2 kt kampung jer yang ghajin mmbuatnye untuk dijadikan pencuci mulut. 




Berbalik kepada misi. Yang warna warni tu, aku beli timbang kat kedai. Bila dah masak, dia akan rasa kenyal2 gitu. Buatnye memang senang. Keledek yang dipotong dadu dan Cha2 direbus sampai kembang terlebih dahulu, campakkan gula melaka, gula pasir sikit, santan dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Rasakan manis dan lemak bubur. Tutup api... Siap.. 



~ Ya AlLaH... ~


"Ya Allah... Aku Dah Lelah Menangis.. Berikan Daku Sedikit Senyuman Agar Ku Bisa Menghadapi Hari Esok.. Berikan Daku Sedikit Kekuatan Untuk Terus Mengatur Langkah... Kurniakan Daku Sedikit Limpah Kasihmu Agar Aku Bisa Terus Hidup.. Bukan Hanya Jasad Yang Layu Tiada Bermaya... Amin2 Ya Rabbal Al Amin"




Sunday 17 March 2013

~ RoKaM ??? ~



Rokam???? Apakah dia Rokam???? Mungkin tak ramai yang pernah dengar tentang buah rokam.


Ianya ala2 plum yang rasenye teramat+terlalulah masam. Bentuknya bulat seperti buah ceri. Warnanya ade pink, merah terang, merah hati dan merah gelap. Mungkin mengikut usia pertumbuhan kot.



Secara jujurnye selame aku hidup 35 tahun di bumi Allah ini, ini adalah pertama akali aku dipekenalkan dengan buah ini. Itu pun hasil pemberian Pn. Misofriah. Time mule2 dia tunjuk kat aku tu apabila terpandang, tekak punyelah terliur. Aku geram dengan warna dan jambak rokam itu. So dapat2 jer terus ngappp. Mak datuk aiii, rasenye Ya Rabbi... Perrrgggghhhh... Tak padan langsung rupe dengan rasa masamnya. Walau pun juicy rasa masamnya masih belum dapat mengatasi kegeraman aku kepada warna merah dan hitam itu. Terlalu masam. Masam yang amat2...

~ TaHuKaH KaU SuAmI/BaKaL SuAmI...??? ~




Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan 2 jiwa 1 hati.

TAPI.....
Tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu, dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

Kala kau tiada duit, bukankah magic bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek "Ada duitkah suamiku?"

TAPI…
 Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" Sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Ccchhhissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..(Bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! Allah telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy... Dia orang mesti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, HP korang dan yang lain2 milik korang...

Pengajaran : 

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia. Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh... Kalau kita sbg lelaki tak soleh... Jgn harap dapat bini yg soleh.... Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi BAIKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri. Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Pikir2kan…

~ AgAr2 CoKlAt SpEcIaL UmMi... ~

Macam hari Sabtu yang biasa... Hari yang penuh kelam kabut. Hari yang aku terpaksa bangun awal pepagi, walau pun ari cuti. Terpakse jugak tinggalkan godaan bantal dan selimut yang makin nak ditinggal makin rancak melambai-lambai. Siap menyiramkan diri bagi segarkan badan untuk berperang kat dapur... Sebelum tu nak berkemas dulu kapal karam yang ditinggalkan anak2 di dalam bilik.






 Sorila yer mengomel menjela-jela... Niat cuma nak gitau jer, Agar2 Coklat Special Ummi ni aku buat selepas sebaik sahaja selesai bfast. Biaselah hari2 cuti ni, petang2 selalunye tekak teringin nak makan yang manis2. Mengade2 betulkan tekak ni. Semestinye resepi yang  mudah tapi sedap. Maklumlah mood MALAS sentiase melanda. Yang bestnye tanpa keluar belanja aku gunakan bahan yang ada kat dapur jerr. Apa lagi menyingsing lenganlah...

~ SeLaMaT TiNgGaL KaWaN... ~













 
Kenangan2 indah bersamamu kawan
Takkan pernah kulupakan sepanjang hidupku
Akan selalu ku simpan dalam memori otakku

Kau selalu ada dalam benakku
Aku akan selalu rindu padamu
Memang berat berpisah denganmu
Walau hati tak ingin berpisah denganmu

Namun ini harus ku lakukan
Segala memori suka duka akan terpahat rapi
Sebagai kenangan terindah di perpisahan ini

Selamat tinggal kawanku…