AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 28 October 2014

~ Ku LePaSkAn KaU PeRgI... ~


Desakan air bisa merubah 
Dan segunung pasir akan menjadi lembah 
Tiada yang mustahil keteguhan cinta 
Tumbang kerna desakan 

Seribu dugaan
Begitu terjadi diantara kita 
Perjalanan yang menguji tak terlawan rasa 
lalu kita tewas... diarus yang ganas 


Sungguh berat untuk menghadapi semua ini
Tak terdaya lagi untuk mengharungi 
melepaskan kau pergi itu yang terjadi
Mungkin suratan kita 
hanya disini cuma 

Perpisahan mungkin akan membawa hikmah 
Kau terimalah segalanya dengan redha 
pengalaman kita abadikan dalam jiwa...


Monday 27 October 2014

~ ChOcLaTe MoIsT CaKe SpEcIaLlY UmMi... ~


Sebenarnya dah lama nak update pasal ni tapi kemalasan melanda jari2 ni untuk terus menaip..huhu.. Kali ni nak cerita pasal kek cokelat.. Hahaaha.. Ok2 ni bukan kek cokelat yang di beli di kedai2 kek yer.. Ni buatan sendiri !! Yesss !! Ala2 secret recipe gitu.... Ko da ilang akal shida.. Sape ko tu??? Nk ala2 SR tu??? Hahahaaha...

Dek akibat bila beli jer ade jer tang2 tekak yg xpuas ati. Tu yg nekad nk wat sndiri jer.. Bile niat da dipasak, maka ape lagi terhegeh2 ler p Mydin dok beli barang2 kek ni... Nasib baik barang2 kek ni senang jer nak dapat.. Cume terkial2 dok bace label.. Ahakkksss.. Hahahaha.. Dan ape yg penting, kos untuk kek ni smemangnye murah...





 


Kek ni aku kukus tau. Masa dah masak dan belum letak topping lagi.... Da nmpak memang sedapp... Bau menyengat2 1 dapo... Memasing idung jd kembang ttibe... Hahahhaha... Apatah lg bile da siap ngan topping. Mule2 tu kalut gak, sbb xprnh wat topping. Maka terhegeh2la.. Total masa nak buat kek ni dalam sejam setengah... Very the mudah. Kek aku ni jnis lembab yer.. Topping yang kat atas tu sedaap ssgt. Meleleh cokelat tu... Inilah Choclate Moist Cake Specially Ummi. Nyuuummy!!.. Walaupun kek ni nipis xtinggi muat2 jer size loyang aku, tapi ianya padat !! Lembab sangat !! sumpah sedapp... Tak tipu !!



~ JoMmM.. P ShOpPiNg... ~

  

~ SePaGi D DaTaRaN KeRiS, AlOr GaJaH... ~








Friday 3 October 2014

~ AlAm PeRsEkOlAhAn... ~


Mungkin tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa zaman persekolahan merupakan zaman yang paling indah dalam sejarah kehidupan manusia. Huhu. Tak percaya? Cer tanya orang yang dah tak bersekolah, dengar apa jawapan mereka. Mesti mereka itu nak sekolah lagi.

Tidak nafikan zaman belajar lepas sekolah memang seronok. Aku akui. Bebas daripada kongkongan, bebas daripada guru disiplin yang garang dan bebas dari segala-galanya. Tetapi seriously tetap tak sama dengan keseronokan zaman persekolahan.


Bagi adik-adik yang masih bersekolah, inilah satu-satunya peluang untuk anda memakai seragam sekolah yang pasti suatu hari nanti anda akan merindui untuk memakainya yang mana ketika itu peluang sudah tidak bermakna. Teringat pula aku peristiwa gilang gemilang zaman mudo2 dulu.. Hahahaha...




~ Di KaLa CiNtA MeNyApA... ~



Dikala cinta menyapa..

Dikala hati resah memendam rindu..
Dunia begitu indah berwarna..
Bunga-bunga di hati bersemi..
Harum mewangi bagaikan kasturi..
Walaupun cinta tak berwujud…
Namun ia menguasai hidup..
Tatkala hati tersentuh cinta…
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…
Tetapi ia membekas biru di kalbu …
Bait bahasa cinta yang ikhlas…
Memaknai cinta yang damai
Dan penuh kasih agar bersemi tanpa pupus..
Teguhkanlah hati di atas segala cinta…
Cinta yang hadir di hati tanpa sebab…
Tanpa syarat…
Tak terbatas oleh ruang
Waktu dan jarak yang membentang..

Terlalu indahnya cinta…


Wednesday 1 October 2014

~ SkAlA SeMpUrNa... ~

Menjadi seorang perempuan, kau selalu mempersiapkan diri untuk menjadi wanita dambaan pilu lelaki. Kau sedaya upaya cuba memenuhi permintaannya, walaupun kadangkala permintaan itu membuatkan kau tidak menjadi diri kau yang sebenar.
Kononnya untuk mencapai skala sempurna yang dia idamkan itu.
Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?
Menerima diri kau seadanya adalah apabila dia boleh menerima diri kau yang sebenar.Yang sebenar. Bukan personaliti palsu yang terpaksa kau ciptakan.
Soalnya, tak mahukah kau menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya, tanpa perlu terseksa berpura-pura?


Menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya adalah apabila kau mampu berbangga dan selesa menjadi diri sendiri. Bebas mempamerkan rasa hati.
Saling menerima antara satu sama lain, tak kira lah betapa banyaknya perbezaan antara kau dan dia. Semua orang mungkin akan melihat pada perbezaan itu, tanpa mereka sedari bahawa perbezaan itulah yang sebenarnya menyatukan kau berdua.
Aku percaya setiap seorang daripada kita adalah istimewa dan unik dengan cara masing-masing. Kenapa mesti berubah hanya kerana seorang manusia yang tidak mampu memahami betapa 'satu dalam sejuta'nya engkau?
Aku pernah menyatakan 'kita banyak beza'. Tapi dia balas 'kita sama-sama manusia'.


*Senyum*

Ya, kita manusia dengan sifat yang berbeza-beza. Aku mahu menjadi yang bebas dan unik dengan cara tersendiri. Bolehkan?


~ MoH Ke PoP DoNnA KiTe... ~






~ BfAsT D MeNaRa CaFe... ~