AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 1 October 2014

~ SkAlA SeMpUrNa... ~

Menjadi seorang perempuan, kau selalu mempersiapkan diri untuk menjadi wanita dambaan pilu lelaki. Kau sedaya upaya cuba memenuhi permintaannya, walaupun kadangkala permintaan itu membuatkan kau tidak menjadi diri kau yang sebenar.
Kononnya untuk mencapai skala sempurna yang dia idamkan itu.
Soalnya, kalau betul dia mahukan kau, tak bolehkah dia menerima diri kau apa adanya?
Menerima diri kau seadanya adalah apabila dia boleh menerima diri kau yang sebenar.Yang sebenar. Bukan personaliti palsu yang terpaksa kau ciptakan.
Soalnya, tak mahukah kau menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya, tanpa perlu terseksa berpura-pura?


Menjadi diri kau yang sebenar di hadapannya adalah apabila kau mampu berbangga dan selesa menjadi diri sendiri. Bebas mempamerkan rasa hati.
Saling menerima antara satu sama lain, tak kira lah betapa banyaknya perbezaan antara kau dan dia. Semua orang mungkin akan melihat pada perbezaan itu, tanpa mereka sedari bahawa perbezaan itulah yang sebenarnya menyatukan kau berdua.
Aku percaya setiap seorang daripada kita adalah istimewa dan unik dengan cara masing-masing. Kenapa mesti berubah hanya kerana seorang manusia yang tidak mampu memahami betapa 'satu dalam sejuta'nya engkau?
Aku pernah menyatakan 'kita banyak beza'. Tapi dia balas 'kita sama-sama manusia'.


*Senyum*

Ya, kita manusia dengan sifat yang berbeza-beza. Aku mahu menjadi yang bebas dan unik dengan cara tersendiri. Bolehkan?


No comments:

Post a Comment