AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 12 December 2013

~ HaTi TeRLuKa... ~



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

benarlah kata pepatah
"luka di tangan nampak berdarah,
luka di hati tiada siapa yang tahu..."

dipandangan mata orang nampak gembira, nampak ketawa tapi tahukah betapa berat derita yang ditanggung jauh di sudut hati kecil..

" berat mata memandang, berat lagi hati yang memendam rasa..
sakit hati yang memandang,sakit lagi hati yang sedang terluka.."

tapi INGAT…

SATU HARI nanti kau akan MENANGIS
untuk aku seperti aku menangis untuk kau,

SATU HARI nanti kau akan MERINDUI
aku seperti aku merindui kau,

SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN
aku seperti aku memerlukan kau,

SATU HARI nanti kau akan MENCINTAI
aku TAPI aku tak mungkin mencintaimu lagi…. 


Tuesday 10 December 2013

~ LuAhAn HaTi... ~

Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih…..

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih….


Tuesday 3 December 2013

~ UjIaN DiAgNoStiK Bg. MuRiD ThN. 1/2014... ~
















~ BiLa ReZeKi ITu BuKaN HaK AkU... ~


Apa yang nak diceritakan yer, tajuknya macam di ataslah, bila rezeki itu, bukan hak aku, macam mane sekalipun memang bukan hak aku. Baru2 ini aku mendapat berita yang bagi aku agak menyedihkan dan mengecewakan. Penantian aku berakhir dengan berita yang bukan aku nantikan... Huhuhu.... Jauh di sudut hatiku berasa amat kecewa. Geram jugak bile difikirkan. Seolah2 pemberian yang nak diberi itu tidak ikhlas utk diberi. Namun bile aku fikirkan balik, rezeki kita rahsia Allah. Mungkin memang ditakdirkan ia bukan rezeki aku. Jd aku harus terima dengan redha. Terus aku beristighfar memandang aku telah keluh kecewa. Tak mengapalah jika sudah ditakdirkan rezeki itu bukan untuk aku. Tapi sebagai manusia biasa aku tetap tak dapat lari dari berasa sedikit terkilan.
Rasa sedih jugak mula2, tapi tu bukan rezeki aku kan, sebab Allah dah tetapkan itu bukan rezeki aku. Redha sajalah. Kalau dah memang bukan rezeki kita tetap tak kan jadi milik kita.. Sedangkan rezeki dah di mulut boleh terlepas yer x?

Namun, sebagai seorang muslim aku perlu memandang semua itu dari sudut yang positif. Di mana letaknya taqwa dan iman jika semua kejadian itu hendak dipersoalkan? Jalannya mudah...REDHA. Jika kita meredhai segala ketentuan ALLAH, insyaALLAH akan ada rezeki lain yang DIA kurniakan.

~ KeNaPa TeMpE MaK CiK InI TiDaK TeRjUaL?... ~


Entry ini adalah sekadar sisipan kisah pengajaran untuk same2 kite amik iktibar n peringatan. Aku suke kisah ni sebabnye ade TEMPE... Hehehehe... So yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadanlah yer... Kisah bermule begini :-
Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini dan semoga kisah ini dapat memupuk perasaan sentiasa bersyukur atas ketentuan yang Allah dan tentukan untuk kita.
Ada sebuah kampung di pedalaman. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap2 untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.
Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang2nya. Hatinya betul2 yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar2 dia pun membuka bakulnya dan menekan2 dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan2 dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terperanjat seketika lalu menarik nafas dalam2.
Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dimakbulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu2nya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau2 kawan2 sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”
Dia termenung dan terpinga2 seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat2 dia berdoa di dalam hatinya” Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.
Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di luar daerah teringin makan tempe dari kampung. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke luar daerah, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di daerah anaknya nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa2nya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah s.w.t sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali2 berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah s.w.t akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

~ MaJLiS AkHiR TaHuN NaNa+MyRa 2013... ~














~ KuKuHkAn CiNtA BeRjAuHaN... ~



Petua untuk kukuhkan hubungan jarak jauh yang aku rasa sesuai untuk dipraktikkan. Dan ada yang dah dipraktikkan pun sebenarnya...


Luahkan Perasaanmu

Kadangkalanya apabila dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasangan. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi  penawar  rindu kepada si dia. Sesekali dengan menghantar emel kepada pasangan anda. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam email itu. Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaan anda bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa & memupuk asmara.



Hargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali. Tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang2nya membutakan mata anda sendiri, bukankah itu keterlaluan? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti2 yang membuat anda ceria dan gembira.


Pancawarnakan Kehidupan Anda

Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau ayah ada di rumah sekarang, ummi nak buat apa pada ayah?“ Contoh ayat maut tu. Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan.


Percayalah

Percaya perlu menebal dalam diri. Tidak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tidak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan jangan mudah bosan walaupun berjauhan.  Bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan, jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat.

Monday 2 December 2013

~ MaRaH+MaKi... ~


Korang pernah jumpa tak orang-orang yang berperangai Pemarah+Pemaki Hamun di sekeliling korang???? Contohnye pemandu yang cepat marah dan agak baran. Kereta kat depan tu silap sikit jer dah marah siap memaki,  hon kuat bagai. +2 jalan tengah jem, semua orang nak cepat balik rumah tapi kot yer pun apalah salahnye brsabar sikit. Jangan diikutkan sangat sifat pemarah tu…

Lagi 1 kejadian yang pernah terjadi depan mata aku ni hah.. Ada makcik tu tengah melintas jalan, bolehla plak 1 kereta ni bagi hon, dah lah bunyinya panjang bingit telinga. Mak cik tu pun terus berlari dengan lajunya ke tepi. Terperanjat pun yer jugak kot. Ciannye makcik tu. Apelah perangai pemandu tu, pemandu yang lain rileks jer pun bila makcik tu lalu, yang dia tu nak hon2 bagai macamlah dia sorang jer yang ada kereta. Bayangkanlah kalau makcik tu mak dia…??? Tergamak ker tgok dengan usia macam tu berlari kelam kabut…


Contoh lainlah plak bukan nak burukkan orang, ni sebagai contoh jer pun. Time blajo2 dulu adalah kawan serumah aku ni. Pantang ada spoil sikit dengan kerja yang dia buat mesti akan memaki. Paper tersangkut dekat printer, pen terjatuh apa semua keluar la "shit"nya "sial"nya. Bagi aku tak perlu kot guna ayat2 macam tu. Sebab tak semua orang selesa pun mendengarnye. Lagi 1, dr tutur kate kite ianye bukan ker melambangkan keperibadian kite. Biarpun rupe xcantik, yang penting perangai elok… Budi bahasekan x boleh dijual beli. Tak gitu????