AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 24 October 2012

~ JaM2 TeRaKhIr D UsIa... ~


Sepanjang melalui usia 33 tahun.
                                   Aku makin dewasa, kuat dan tabah.
                          Warna warni kehidupan masih berwarna warni
                                             seperti insan yang lain.

Yang jelas, pujian tak membuatkan aku leka
hinaan, kejian dan kutukan sikit pun tak melemahkan aku.
Begitu juga kala berdepan dengan tuduhan2 
tak berasas tanpa bukti.



Seronok juga melalui usia 33 tahun selama setahun ini.
Kehilangan teman, berjumpa pula teman baru walau teman
baru tak sama seperti yang lama. Namun masing masing
ada kelebihan diri masing masing.

Usia 33 tahun banyak aku lakukan demi kebaikan diri.
Mula belajar bagaimana mahu mempertingkatkan diri dan
dihormati sebagai seorang manusia.
Di usia 33 tahun juga mata aku terbuka kekhilafan diri yang lalu.
Usia 33 tahun juga aku mula melatih diri menjadi labih baik
dari sebelum. 


Lagi beberapa jam usia 33 tahun akan aku tinggalkan.
Seronok juga menghitung hari. Aku tak sabar mahu menjadi wanita yang berusia 34 tahun. Sebetulnya aku tak sabar mahu berusia 34 tahun.
Kerana aku mempunyai azam yang mana targetnya adalah di waktu usia aku 34 tahun.

Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku bernafas selama 33 tahun ini. Aku mula mengacapi bahagia dan gembira dengan apa yang aku miliki.
Syukur alhamdulillah...


~ SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL AdHa 1433H... ~



Ucapan khas buat semua umat Islam di dunia yang menyambut Hari Raya Haji.


Jom kita renung dan menyingkap sikit kisah di sebalik Hari Raya Aidiladha ataupun lebih popular dengan Hari Raya Korban.
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Tuesday 23 October 2012

~ MiSaI NgIaAaUuU... ~



Peribahasa ataupun kiasan Melayu yang dituturkan oleh orang2 tua dulu2 memang menakjubkan. Tepat pada sasarannya serta cukup halus dan berpadanan antara satu sama lain. Ianya juga turut mempengaruhi panggilan kepada pokok atau tumbuhan yang ada di sekeliling.



Ada yang melucukan bila mendengarnya. Ada juga nama panggilan agak pelik, tetapi bersesuaian dengan rupa bentuknya.



Antaranya ialah pokok misai ngiauuu. Hehehehe... Sesuke ati aku jer ek. Pokok Misai Kucing, itu yang tepatnya. Pokok ni buah hati aku yang tanam. Aku memulenye dok tergelak gak apabila buah hati menyebut namenye. Ingatkan dia wat lawak. Almaklumlah bab2 misai nikan... Sensitive gitu... Hahahahha... Tetapi dari ke hari apabila ku perhatikan ade benarnye panggilan ini kerana ianya berdasarkan rupa bunganya bagaikan misai seekor kucing.



Time buah hati tanam tu dia ada kata pokok misai kucing ini digunakan, secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan batu karang. Kaedah menggunakan daun misai kucing untuk merawat penyakit agak mudah just ambil daun2nya yang segar dalam segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering. Bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga gelas air kosong sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air kosong. Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis. InsyaAllah penyakit akan sembuh. So sesiape yang ingin mencube dan memerlukan daun misai ngiauuu ni bolehlah yer khabau2 kat aku...


~ PeRmAtA UmMi... MeLaNgKaH LeBiH JaUh... ~





Masih banyak yang perlu Hakim pelajari dan perbaiki. Pencapaian yang berperingkat2 ini, aku harapkan akan terus membakar semangatnya. Pada aku kejayaan yang dicapai secara bertahap-tahap adalah lebih baik berbanding kejayaan yang datang sepantas kilat. Secara peribadinya, aku mahu melihat anak aku seorang anak yang sanggup bersaing untuk menempah kejayaan cemerlang.

Hakim mewakili Parlimen Kota Melaka Sempena Hari Potensi kanak2 TABIKA KEMAS Tahun 2012 untuk ke Peringkat Negeri Melaka untuk Pertandingan Bercerita Kategori Lelaki di Politeknik Merlimau Melaka pada 6 Oktober 2012, akhirnya alhamdulillah Hakim berjaya dan dinobatkan untuk mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 2-5 November 2012 di UITM Dungun, Terengganu. Secara tak langsungnya aku dapat merasakan di kedua2 hari tersebut Hakim dapat merasakan keadaan sebenar suasana sesebuah pertandingan dan menjadikan dirinya lebih bersedia.          Insya Allah…





Untuk dishare bersama. Ingatlah…
·       Sementara kita berusaha mengajar anak-anak kita pelajaran tentang hidup. Sebenarnya nak-anak kita mengajar kita erti apa itu kehidupan....

·       Hal-hal terbaik yang dapat anda berikan kepada anak-anak selain tingkah laku yang baik adalah kenangan yang indah....

·       Kita tahu cara bagaimana menemukan mutiara dalam rumah kerang.
Emas dalam gunung.
Dan batu dalam perut bumi.
Tetapi kita tidak menyedari
  Bakat-bakat rohani dan potensi kreatif yang tersembunyi dalam diri seorang anak adalah
Ketika ia lahir....

~ BuRuNg TeRsEmBuNyIiIi... ~

Jom kali ini kita cari burung… Nak cari kat mane? Burung ape?Hahahaa.. Dah xdak kejaan lainlah plak eeekkk. Di dalam gambar di bawah ini terdapat seekor burung yang tersembunyi. Korang ade nampak tak????

~ PeRnAhKaH...? ~



Pernahkah anda mendengar orang bertanya "pernah makan selipar tak?" ketika mereka sedang marah?
Tidakkah mereka tahu yang selipar itu tidak boleh dimakan?
Kenapa?
Sebab... Itu seliparlaaaa....


Pernahkah anda terfikir kenapa orang sebut "munasabah" dan bukannya "munasarawak" mahupun "munapahang" atau "munaselangor" dan sebagainya?
Kenapa?
Nak "MuNakLempang" ker? Lagi sesuai kot....


Pernahkah anda terfikir kenapa kalau line celcom laju bila berwarna blue?
Kenapa?
Sebab orang yang berfikiran blue itu pantas dalam semua aspek. Luar dan dalam... Heemmmmm....


Pernahkah anda mendengar orang menjawab "sori naik lorilah!" bila ada orang minta maaf.
Kenapa?
Itu namenye biadap. Dahlah tak terima maaf orang. Suruh pulak orang naik lori.


Pernahkah anda terfikir kenapa aku melalut sebegini?

Aku boring sebenarnya. Dan di kala keboringan inilah, aku membuat nukilan yang tah apa2 tah.....

~ 1000 BiNtAnG... ~



Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku...

~ LuAhAn HaTi... ~



Luarannya ceria, tapi hati yang gusar xda sape pun yang tahu. Kadangkala mengharapkan keajaiban berlaku walau ianya amat mustahil sekali. Lalu, ubati hati yang gusar ini dengan satu prinsip ' Segalanya yang datang adalah dari Allah tidak kira elok atau buruk kepada kita. Yakinla bahawa setiap yang datang darinya itu, ade hikmah di sebaliknya'

Sampai bila hidup ini nak diselubungi keselesaan sentiasa, kadang2 akan datang angin kencang yang akan menerbangkan sedikit demi sedikit keselesaan yang ada ini. Bertabahlah hati kerana perancangan dari Allah adalah sangat hebat untuk hambaNya.

Keinginan manusia biasa yang selalu inginkan kesempurnaan dalam setiap pekerjaannya. Bercita-cita melaksanakan sesuatu hingga ke akhirnya. Tapi rupanya, kita ini adalah insan kerdil yang hanya boleh merancang segala, tapi Allah yang menentukan. Tiada apa yang boleh dijanjikan sebenarnya..

~ TrAgEdI OkToBeR 2012... ~


Huhuhu.... Masuk awal bulan oktober... Lebih tepat lagi 1 Oktober 2012, siape yang menyangka ada perkara yang tak diingini berlaku. Mcm2 hal... Perkara nak berlaku, x leh nak jangka, kite hati2, orang lak langgar...

Pagi tu, dalam 7.20 pagi masa nak g keje di Jalan Pengkalan Badak waktu dalam perjalanan tibe2 aku rasa kereta telah dihentam kuat dari arah belakang.

Yang pasti driver aku x salah. Betul di laluannye. Bila kete dpan nak masuk simpang.. Dia bawak slow. Sbb mmg x leh nak ke laluan kiri. Kete banyak. Dentuman yang sangat jelas kedengaran bunyinya akibat dek berlaga dengan kenderaan lain... Tibe2 datang moto dari belakang trus hentam kete driver. Driver trus tarik handbreak... Jadik x lah kena kete dpan... Itupun dah beberapa inci lagi nk cium kete dpan... Waktu tu.. Cepat2 aku usha cermin sisi kiri.. Terdengar suara perempuan menyebut MATI!!!… Ahhhh, sudah hati dah cuak giler.. Berderau darahku dibuatnye. Mati ker????

Sepantasnya driverku cepat2 ke sisi jalan untuk parking dan melihat kejadian apa yang berlaku sebenarnya... Sebab nak tgk body kereta... Aku dah risau ni.. Mesti remuk giler dek hentaman yang kuat… huhuhu
Aku tak sanggup ke tempat kejadian, ketika itu aku masih lagi terperanjat dan degupan jantungku masih kencang. Aku cume turun dan check.... Ermmmmmmmm.... Boleh tahan gak remukannye...



Yang langgar kete driver aku ialah moto yang dipandu oleh sorang budak keling. X sangka kecelakaan berlaku... Nasib baik yang langgar tu mmg tau salah dia... Tp kenalah bayar sbb dia yang langgar.... Memang dah terang2 salah dia. Bayar2 gak tapi dalam mase yang same gak report polis tetap kene buat... 








Walaupun ade suara2 yg mengatakan, bile da report polis kite da xbleh nk mintak ape2 ganti rugi... Ehhh, aku pedulik hapa, memandangkan itu budak keling sememangnya cakap putar belit so sebagai langkah2 keselamatan report polis tetap dibuat.... Untung baik jugak tindakan ni dibuat, banyak hikmahnye.... Alhamdulillah...

Monday 22 October 2012

~ BiLa AkU DeRiTa RiNdU... ~


~ PeRtAnDiNgAn ReKaCiPtA HaRi PoTeNsI KnK2 TaBiKa KEMAS 2012... ~



Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kehadiran ibubapa juga menggalakkan. Seawal 7.30 pagi dah ada yang datang dan mereka tetap menunggu hingga ke akhir majlis. Aku teruja bila melihat ibubapa yang bersemangat untuk memberi perangsang dan motivasi kepada anak2 yang mengambil bahagian. Alhamdulillah...






Seperti tahun2 sebelumnya, Pertandingan Rekacipta ini adalah merupakan 1 pertandingan yang hangat. Macam-macam gelagat yang dapat dilihat pada anak2 ini. Berebut-rebut untuk menguli bagi menyiapkan part masing2.




Pertandingan Rekacipta ini mempunyai 3 orang peserta dalam 1 kumpulan. Hasilnya selama 2 jam macam2 yang dibuat oleh anak2 ini berdasar tajuk pilihan masing2.





Alhamdulillah, pertandingan selesai jam 11.15 pagi. Lewat ½ jam dari yang dijangkakan. Apa2 pun yang pentingnya semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara lansung dan tidak langsung.
·                     Kanak2 TABIKA yang mengambil bahagian
·                     Guru yang memberikan sokongan dan semangat
·                     Para pengadil yang membantu sepanjang pertandingan
·                     Semua Jawatankuasa Kecil Pertandingan Rekacipta yang bertungkus  
          lumus mengendalikan program
·                     Dan semua individu yang tidak disebutkan di sini





Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang di tepi perigi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita bersua lagi.





TERIMA KASIH DAUN KELADI....