AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 2 October 2012

~ BeRhAbUk + BeRsAwAnG DaAa... ~



Tiup2 habuk dulu, lap sikit blog yang bersawang ni... Puh puh puh…. Hahahaha.. Sabor jelah kan.

Lama mnyepi??? Habis idea?... Isssshhhh nolah. Ini kan blog aku.. 1001 kisah n cerita ada. Ini memang penulisan aku. Penceritaan aku. Kisah hidup aku. Rentetan hidup aku. Kronologi kisah aku. Banyak menda yang nak ceciter sebenarnya. Tp sangatlah tidak berkesempatan disebabkan macam banyak benda jer nak dipikirkan sejak 2 menjak ni. Bukan macam da, sememangnye banyak… Agak kepenatan jugak banyak yang nak dipikirkan dan perlu diambil tindakan segera. Terasa seperti tak menang tangan dibuatnye. Mane nak take action mengenai Permohonan Penyambungan Kontrak, Lantikan Semula Kontrak, Lantikan Baru, Status Naik Taraf N11 Ke S17, Pertukaran PM & Jawatankuasa Induk Pertandingan Rekacipta Sempena Hari Potensi Kanak2 KEMAS Peringkat Negeri Melaka. Tup2 ada plak intiview utk calon pelatih kursus SPAKK Taska/Tabika. Adoiiiii aaiiii… Nambah lagi. Semuanye kene disettlekan dalam masa yang sama. Tu sebablah blog kesayangan aku ni terabai wat seketika. Last post pun 22/Sept 2012 pada 25 September 2012 aritu…


So untuk kali ni, ape yer yang nak disharekan. dah tentu yg ringkas n padat kan? Hehehe.... Ringkas n padat sangatlah yer…

Kadangkala dalam hidup ini, aku tak boleh nak pastikan apa yang aku impi n targetkan akan tercapai, dan ada masa, aku tak boleh nak jangka sesuatu yang diluar jangkaan berlaku tanpa aku sedar. Syukur alhamdulillah... Pada aku setakat ini aku sangat berpuas hati dengan cara aku. Di sini... Di blog kesayangan aku ini, di kanvas maya ini, kutitipkan kisah, sejarah dan hari2 yang berlaku dalam hidupku...  Aku suka menulis, aku menulis untuk diri sendiri untuk kepuasan hati. Ku rangkai menjadi untaian. Satu kisah yang indah. Di dalam bait2…  Aku mungkin berkias dalam untaian kata2. Kadangkala sukar untuk fahami ertinya. Itulah luahan dari aku yang memang suka berpuisi. Aku menulis adalah cara bagiku untuk meluahkan rasa, melukis isi hati dan kurangkai kan kata-kata yang hanya seindah bahasa. Menulis apa sahaja yang terlintas di hati. Segala kisah suka dan dukaku ada di sini. 


Aku adalah insan yang menumpang sementara di bumi ini dan aku juga pelakon yang turut mendukung satu watak sandiwara di pentas dunia fana ini... dan INILAH CERITAKU... Inilah temanku dan inilah duniaku. Inilah hakikatnya kehidupanku. Segala penceritaanku di sini, hanyalah sekadar untuk mengisi hari-hari sunyiku. Selagi nafas belum terhenti. Selagi itulah akanku hentakkan jejariku ini. Menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku…

Tiada yg menarik mahu pun tertarik tentang diri ini... Simple sesimple simplenye... Aku hanya wanita biasa, mencurah rindu dengan rasa yang ada, tentang aku, tentang kehidupan dan tanpa melihat siapa aku sebenarnya. Hanya berbicara dalam kata-kata di setiap bait lakaranku yang tertulis tanpa pernah jemu.. Secara umumnye apa yg dipaparkan adalah gugusan pengalaman dan gelombang rasa yang diadun melalui teori dan amali,impian dan mimpi, realiti dan fantasi. Walau pun hanya 1 hiasan latar dan kiasan imaginasi, namun pada hakikatnya apa yg dipaparkan TETAP ada kebenarannye…..

No comments:

Post a Comment