AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 3 October 2012

~ PeRaSaAn InI BeGiNi... ~



Sebagai manusia berhak untuk berkata apa di dalam hati. Meluahkan apa yang terpendam. Isinya mungkin sahaja bisa sakitkan hati yang mendengar ataupun membaca. Mungkin sahaja membuatkan seseorang tersenyum sahaja. Ataupun ada yang tidak endah apa yang diluahkan .

Menjadi diri yang penakut atau pun sudah muak itu mungkin aku. Muak dengan kata2 manusia sedangkan aku hanya hamba Allah yang berhak untuk gembira. Atau mungkin aku menjadi seorang yang penakut untuk benar dan ikhlas dengan diri sendiri.

Ini memang penulisan aku. Penceritaan aku. Kisah hidup aku. Rentetan hidup aku. Kronologi kisah aku.


Bila aku bahagia aku tulis aku gembira. Bila aku lemah aku tulis aku perlukan sokongan. Bila aku dihina aku tak perlu tulis sebab manusia tidak mampu berbuat apa hanya Allah berhak menilai sama ada penghinaan itu benar atau hanya godaan sang syaitan yang ingin memecahbelahkan manusia. Aku redha dan terima semua dengan hati terbuka dan mungkin menjadikan satu penghinaan itu adalah satu inspirasi untuk berubah dan menjadikan hati aku makin kuat.


Puas bila dapat menulis walaupun bukan semua tapi cukuplah ada yang terluah sedikit. Bila baca gelanggang penulisan ini, tidak mungkin ada yang mengenali dan memahami 100%. Banyak lagi yang aku tidak mampu tuliskan dan ceritakan di dalam alam maya ini. Terlalu banyak yang aku simpan dan tidak pula aku luahkan. Hati sudah puas bila aku menangis dan minta sahaja kekuatan kepada tuhan. Hanya tuhan tahu. Hanya Dia.

No comments:

Post a Comment