AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 2 October 2012

~ BuBuR PuLuT HiTaM SpEcIaL UmMi... ~




Jom lah cuci mata dgn Bubur Pulut Hitam Special Ummi ni. Mesti ade diantara korang dah biasa sangatkan buat bubur pulut hitam ni. Sejujurnya inilah kali pertama aku memasaknya. Itu pun adalah disebabkan kerana telinga aku ni selalu sangat dok dengar ade member sorang tu yang jirannya asyiklah menghantar semangkuk bubur hitam di setiap hujung minggu untuknye so tak banyak ckit terliur gak dek tekakku ni. Untung dia ek.. Tak macam aku ni, kalau terasa nak makan tau x tau kenelah masaklah sendiri.


Hehehehe.. Secara peribadinya dapat aku katakan bubur ni adalah bubur yang amat mudah dimasak dan sedap lak tu dimakan suam2 panas. Mudah2 pun ade 1 gak masalahnya pulut hitam ni makan masa yang agak lama juga untuk kembang bila direbus. Memerlukan daya kesabaran yang maksimum. Walau bagaimanapun, anak2 aku suka makan yang disejukkan dalam peti ais. Tapi selera aku suka makan yang suam2 panas sesuailah dengan aku yang tak makan bende2 yang sejuk. 


Bubur pulut hitam ni aku hidangkan bersama pati santan. Pati santan tadi dicampur sedikit garam dan sedikit tepung jagung. Kemudian dimasak dengan api kecil hingga pekat. Ia dituang atas bubur pulut hitam tadi sebelum dihidangkan....


No comments:

Post a Comment