AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 11 October 2012

~ PeRsIaPaN JaWaTaNkUaSa PeRtAnDiNgAn ReKaCiPtA 2012... ~

Bagi memastikan sesuatu acara dan program berjalan lancar, menggunakan kuasa Veto sebagai Jawatankuasa Induk Pertandingan Rekacipta Hari Potensi Kanak2 TABIKA KEMAS Peringkat Negeri Melaka Tahun 2012, tanpa sebarang arahan serta penerimaan bantahan apatah lagi ketidaksetujuan maka diputuskan persiapan perlu diadakan sebelum hari kejadian. Maka semua Jawatankuasa Kecil secara rela hati atau tidaknya wajiblah menghadirkan diri. Bagi aku ini adalah amat penting kerana untuk menyediakan semua peralatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh setiap kumpulan adalah amatlah rumit. Jadi dengan persiapan ini, diharapkan kesempurnaan diperolehi tanpa timbulnya isu2 hangat yang tidak diingini pada acara sebenar keesokan harinya.

Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan sepanjang persiapan pertandingan.

Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar walaupun semuanya menerima habuan sengal2 n sakit2 badan keesokan harinya. Hehehhee...















No comments:

Post a Comment