AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 24 October 2012

~ JaM2 TeRaKhIr D UsIa... ~


Sepanjang melalui usia 33 tahun.
                                   Aku makin dewasa, kuat dan tabah.
                          Warna warni kehidupan masih berwarna warni
                                             seperti insan yang lain.

Yang jelas, pujian tak membuatkan aku leka
hinaan, kejian dan kutukan sikit pun tak melemahkan aku.
Begitu juga kala berdepan dengan tuduhan2 
tak berasas tanpa bukti.



Seronok juga melalui usia 33 tahun selama setahun ini.
Kehilangan teman, berjumpa pula teman baru walau teman
baru tak sama seperti yang lama. Namun masing masing
ada kelebihan diri masing masing.

Usia 33 tahun banyak aku lakukan demi kebaikan diri.
Mula belajar bagaimana mahu mempertingkatkan diri dan
dihormati sebagai seorang manusia.
Di usia 33 tahun juga mata aku terbuka kekhilafan diri yang lalu.
Usia 33 tahun juga aku mula melatih diri menjadi labih baik
dari sebelum. 


Lagi beberapa jam usia 33 tahun akan aku tinggalkan.
Seronok juga menghitung hari. Aku tak sabar mahu menjadi wanita yang berusia 34 tahun. Sebetulnya aku tak sabar mahu berusia 34 tahun.
Kerana aku mempunyai azam yang mana targetnya adalah di waktu usia aku 34 tahun.

Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku bernafas selama 33 tahun ini. Aku mula mengacapi bahagia dan gembira dengan apa yang aku miliki.
Syukur alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment