AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 30 April 2013

~ SeKaDaR LuAhAn RaSe Bg Yg MeNgErTi... ~


Ini adalah sesi luah perasaan+rase ok… Sorry kalau di antara sesiape yang tetibe menyampah dan ada plak yang mungkin akan terase. Yer ker ade??? Menyampah tu mungkin, tp tang terase tu. Gase2nye mcm xde. Sbbnye insan yang entry ini aku tujukan, xpernah tau kewujudan blogku ini. Kalaulah dia tau, mau menangis dia hentak kaki… Almaklumlah kurang kasih syg… Ape2 pun, xkisahlah tu, yang pentingnye aku nk luahkan ape yang terbuku+terpendam di jiwa nubariku ini… Ini blog akukan, so jadi sesuka hati akulah nak tulis apa pun... Ade aku kisah???

Aku pelik makhluk spesis ini. Dia merasakan hanya dirinya sahaja yang betul, dia sajer yang buat kerja perfect (perfect sangat ke..???). “ Perfectlah sangattttt…. ” (Tiru stail dak Cheret… ) Ekoran dari rase macam tu makhluk ni membuatkan  kerja2 yang orang lain buat seolah2 tak dihargai walaupun bersusah payah membuatnya.. Xkisahlah sangat nk hargai atau tidak, tapi kita ni kerja seikhlas hati…. Kita membantu atas rasa kerjasama…. Berat same dipikul, ringan same dijinjing… Macam Wonderpet…. “Ape Yang Penting, KERJASAMA…”

Lantaklah dia n suku sakatnye nak kate ape. Katelah... Ada aku kisah.. Makhluk ni memang pelik. Sehinggakan dia membuat kesilapan untuk perkara yang sama tp sukar untuk mengaku berslah. Bila dah tau salah, ngaku jerlah. Bukannye payah pun. Aku pun faham, manusia dlm dunia ni manelah boleh lari daripada melakukan kesilapan, mane ade yg perfect... Oooopppssss, silap... Diakan rase dirinye begitu PERFECT. Sanggup pusing dan corner sana sini untuk menegakkan kebenaran kononnya sedangkan kesalahan itu terang2 sudah nampak di mataku yang rabun ini.

 

Kadang2 hati ini rasa jengkel sangat2. Rasa geram. Rasa macam2 yang tak sepatutnya ada dalam hati ni... Tolonglah jangan asyik dok slalu sangka yang diri tu lebih baik daripada orang lain. Sebenarnya setiap dari diri kita ni ada baik dan ade buruknya. Cara pembawaan jer yang berbeza. 

Percayalah dalam hidup ni pastinya ada saat2nya dimana tanpa sengaja dan mungkin sengaja akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Dan bila sedar diri telah melakukan kesalahan dan ada buat silap. Apalah salahnye dengan rasa rendah hati buanglah ego dalam diri tu dan akuilah kesilapan tu... Kita ni bukan manusia serba sempurna. Hanye manusia biasa. Aku akui sentiasa ada rasa tidak puas hati dan salah sangka. 

Tapi apabila telah melakukan kesilapan+kesalahan, akui jerla. Tak kiralah tinggi manepun ilmu kita, minta maaf dan akui kesilapan itu. Janganlah asyik dok nak menunding jari ke arah orang lain. Bercakap memang senang. Jangan salahkan orang lain kalau dah wat kesilapan. Untuk ape sumenye tu? Adakah ko nak orang pandang tinggi pada ko...??? Nak orang tengok ko ni perfect jer. Tak mau orang pandang rendah kat ko so dengan senangnya letakkan salah kat orang lain sedangkan hakikatnya salah ko sendiri. Awat hang tak mau mengaku???? Mengaku jerla... Biar rendah di pandangan manusia tapi tinggi pada pandangan DIA.

Orang akan lebih pandang rendah dan sinis pada ko kalau hakikat sebenarnya kesalahan itu adalah berpunca dari ko dan lebih malang lagi ko tahu mengenainya tapi buat2 tak tahu dan mencari macam2 alasan supaya orang tak menyalahkan ko dan lebih perit lagi jika ko mencari orang lain untuk dijadikan sasaran kesalahan yang ko buat... Akibatnya aku yang terlibat dalam kes ini akan merasakan ketidakpuasan hati ini akan terus berlaku dan ianya menjadi pertikaian sepanjang masa dan akhirnya sedikit sebanyak rasa itu akan bertukar menjadi 'pisau' yang boleh memutuskan 'tali' yang mengikat kita selama ini. Seperti api yang dulunya kecil menjadi semakin marak jika tidak dikawal. Bukan hanya pandai berkata2 tapi bila terkena pada diri sendiri umpama cakap tak serupa bikin...

Pandanglah sekeliling, hayati dan telitilah... Fikir dan timbal balik apa yang dah dibuat. Dan cubalah, belajar mengalah dan dengarlah rintihan orang lain yang mungkin 'tersiksa' dengan sikap ko tu...

Penatlah weiii melayan karenah2 orang2 yang seperti ini. Ketahuilah yer. Diri tu banyak kekurangannya cuma janganlah buat2 tak nampak. Buang ego, buang rasa bangga,buang rasa riak yang ada.. Kalau salah apabila diberi teguran yang baik dan berhemah, terimalah seadanya bukan sebaliknya...

Ok sekian untuk bebel kali ini... Lapang da rase didada. Feel dah ok yer... Hehehehe....

~ SiApE PaTuT AkU UnDi... ~



"Marilah mari kita mengundi
Tunaikan kewajipan pada negara"

Yeee Haaa… Antara lirik lagu yang mengajak orang keluar mengundi. Dan pastinya lagu ini hanya boleh didengar bila musim pilihanraya jerkan. Huhuhu. Tapi tahun ni lagu ni telah bertukar rentak. Lebih rancak dan bersemangat. Ada lagu baru plak tu. Jom Kita Mengundi, Jom Kita Mengundi… Boleh tahanla. Tapi aura lame gak yang menyengat rasenye… Lebih bernostalgia. 

Sebelum pengumuman tarikh mengundi PRU 13 oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof  lagi kami warga KEMAS telah pun mula sibuk. Walaupun aku n kawan2 xde pun terlibat dalam hal ehwal politik.  Namun sebagai tulang belakang kerajaan, bahang PRU 13 turut jelas kami terase. Secara jujurnya kali ini kami rasakan sengit bagi parti Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Bagi yang layak mengundi diharap dapat membuat pilihan yang tepat dan berbaloi. Semoga PRU 13 ini berjalan dengan lancar dan aman. Tak sabar rasanya hati nak mengundi kali ke 2 ni.

Kenapa perlu mengundi? Penting sangatkah mengundi tu ? Apelah punye soalan cepumas. Penting sangat sebenarnya. Cedok dr Mr. Google, berdasarkan Penyair German, Bertolt Brecht, beliau mengatakan org buta yg paling teruk ialah BUTA POLITIK. Orang yg tidak ambil bahagian dalam politik seolah-olah tidak mahu peduli dengan segala kos hidup dan hal-hal berkaitan negara. Ada juga yg pertikaikan kenyataan tersebut. Mereka kata, itukan pendapat orang Jerman, tiada kena-mengena dengan negara kita, itu cara hidup mereka. Haaaaaaa, itu pertikaian golongan yg ego sebenarnya. Cuba menafikannya hanya semata2 mahu buat tidak tahu dengan apa yg berlaku disekelilingnya. Mungkin bagi mereka tak nak kusutkan fikiran untuk memikirkan masalah politik negara. Itu namanya pentingkan diri sendiri sebenarnya.

Menurut Prof Dr Muhaya, Pakar Mata&Pakar Inspirasi pula. "Sekiranya kita tidak mengundi, orang yg tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila org yg tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global" 

Kesimpulannya, janganlah pentingkan diri hanya kerana anda bencikan sesetengah golongan yg terlibat dalam politik. Jangan sekadar goyang kaki, mulut lantang bersuara mengatakan itu ini tentang politik, sedangkan anda tidak mengundi. Bangkitlah dari 'pemikiran zon selesa'. Undi adalah HAK anda.

Mengundilah yer... Bagi aku, diri aku ada satu undi yang akan menentukan masa depan DUNku, Negeriku dan Negaraku. Satu undi ini amat besar nilainya untuk DUN dan Parlimen, walaupun nilainya hanya satu. Satu undi ini akan menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara ini. Satu undi yang akan menentukan perbagai perkara. Terase amatlah besar nilainya undi yang ada pada diri aku.

Persoalan siapa yang harus aku berikan undi ini pada 5 Mei 2013 nanti???. Siapa yang layak menerima undi dari diri aku ini. Hehehehe… Silap2, banunye tiada langsung persoalan itu difikiranku… Bagiku tiada sebarang pilihan di sini walaupun hakikatnye aku diberi pilihan. Pilihanku hanya 1, pilihan yang tepat  tanpa berpaling kearah yang lain… Pinjam kata2 daripada PKMN Melaka : PRU 13, insya Allah kita akan menang bergaya. Amin2 ya Rabbal Al Amin…

Monday 29 April 2013

~ AkU Yg BeRsELiPaR... ~



Aku hanya berselipar. Sjujurnye bagi aku, ianye senang+mudah. Xde nk melecet2. Itulah perangai aku dari dulu. Yer ker dari dulu2??? Jap eeehh.. Dok pkir jap. Sesedarnye xla gitu. Dulu2 time mude2 boleh jer kasut bertumit. Time belajor dulu, jenuh menapak jauh. Boleh jer berkasut... Hahahahha... Mungkin faktor usia kot mngubah segalanya. Yer ker??? Macam xpulak... Mungkin ianye berkuatkuase semenjak aku telah beranak pinak gamai kot... Hahhh... ade kebenaran di statement itu. Aku lebih senang berselipar dari kasut bertumit atau bersandal. Senang untuk melangkah. Langkah menjadi pantas. Kalau berkasut nnti especially yg brtumit bile berjalan tu terasa langkah perlu disusun rapi... Oooohhh... Sungguh menyiksakan...

Nak2 bile dah kelambatan nk p opis. Kelam kabut bersiap. Bila keluar rumah terus jer sarung selipar. Perasan sangat da berkali2 driverku tegur. Manelah tau kot2 aku xsengaje menyarung selipar.. Hahahha... Jawapan aku, dengan muke selamber kasut ade kat opis. Aku ikut sedap badan jer... Melanyak ape jer yang aku suke... Hehehhe.... 

Apatah lagi kalau nak bersantai2, ronda2 KL ker, memang comfirm aku berselipar. Cam gitu sekali... Ahaaakkkkssss... Mane pergi pun aku tetap begitu. Buat muka bodo+slamber jer... Hikhikhik...
Aku ni jenis yang kalau suka sesuatu barang tu aku suka pakai yang tu jer la walaupun berlambak lagi barang yang lagi elok. Selipar jamban tu jugaklah yang aku sarung. Walaupun aku terase mesti ade mate2 yang tengok aku pakai mesti kau kata aku daif giler pompuan ni pakai selipar. Eeeehhh. Ade aku kisah? Kalau aku suka pakai yang tu aku akan pakai yang tu jerlah. Susahlah nak cari pengganti walaupon berlambak lagi yang lagi elok. Aku selesa aper...

Stakat ni blum ade lagi org yang brani menegur dgn peel perangai aku yang selamber tu. Tapikannnn.... Dia telah menegurku. Menegur dengan CARA YANG PALING BIJAK. Memilihkan kasut baru untukku. Menerangkan serba sedikit keistimewaan kasut tersebut yang baginye keselesaan pasti akan kurase... Dan yang paling menyedihkan. Sampai di 1 tempat dia mintak aku menukarkan selipar yang aku pakai dengan kasut tersebut. Aku hanye menurut perintah tanpa engkar sebarang alasan. Ape2 pun ati aku amat terase tau. Walaupun berkali2 dia memuji. Hukhukhuk (sambil menitis air mata+air idung...) Terpkir jugak aku... Adakah teguran untukku itu telah lame untuk dia tujukan? Adakah selame arini aku berjalan di sebelahnye, xbanyak sikit aku memalukannye. Adakah begitu???? Silalah jawap seikhlas ati.... 
 

Thursday 25 April 2013

~ Da Ade T/TgN.... ~



Mesti pernah terpandangkan ade blog yg di space bawah postingnye memaparkan tandatangan si pemilik blog tersebut. Aku benaunye ade bbrape kali terpandang, ati aku mcm biaselah semestinye terbekenan punye... Tgok blog org ade lagu, aku sibuk nk ade lagu... Ade jam, aku pun nak jam jugak... Ade calender, akunye pun nak ade gak... Pasni tah apa2 lagilah agaknye... Ahakkkkssss... Kecohla ini pompuan. Hajat tu ade, nk wat xreti... Kikikiki...

So apelagi, blajorla. Jenuh gak aku blajor, biaselah aku ni lampi sikit... Skali cube, trus jadi tetapi ade plak cacat celanye. Mule2 tandatangan tu ade block.. Puas aku adjust. Letak plak background colour. Konon2 nk coverla block tu. Tapi malang background tu x macing. 2-3 kali cube tetap xmacing, da nmpak mcm bertempekla plak... Tension2...

Berkat hasil usaha yang bertungkus lumus, dengan menggunakan kedarat yang ade akhirnye.... AKU BERJAYA.... Tarrrraaaaaa..... Inilah hasilnya....

~ AdA KeTiKaNyA... ~




Ada ketikanya insan yg kita sayang,
membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yg kita sayang,
membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yg kita sayang,        
mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita tetap menyayanginya                 
kerana dia sentiasa bertakhta di hati...

Wednesday 24 April 2013

~ TeRjAgE Dr LeNa... ~


Ini story glory mlm td. Tetibe kuterjage dari lena. Terjage yang seolah2 dikejut oleh seseorang... Dalam keadaan yang terperanjat. Pandang kiri kanan, xde sape pun yg terjage. Ank2 sumenye tido lena... Sape plak yang kjut aku ni... Iiiisssshhhh ade2 jerla dak shida ni. Amik handphone kupandang jam baru pukul 3.30 pagi.  Otak dok ligat memikir, sapelah plak yang kejut aku ni. Muke xnmpak. Xkisahlah pun sapekah dia. Tapi apekah tujuannye? Berniat baikkah dia??? Aaaahhhhh.... Wat sakit kpale mmikirkannye.... So, bile dah trjage ni ape lagi... Rutin biasalah... Mesti wajib check pintu. Manelah taukan... Bile dah pastikn sumenye dlm keadaan yg slamat n trkawal. Barulah dpt kusambung lenaku ini dgn aman. Itu nsib baik klau bleh sambung, kalau x alamatnye berjagelah mataku ini smpai ke pagi...

Pujuk punye pujuk si mate, nmpknye tipislah kali ini untuk kusambung lenaku. Dahku kate... Dalam kegelapan kurenungi siling. Tgok muke anak2 yg msih kcil. Terbayang kehidupan mereka pada mase dpn nnti. Ape yang akan terjadi... Ape yang akan berlaku... Aku akan pastikan mereka akan dapat yg terbaik. Aku sanggup bersusah payah agar kebahagiaan itu dpt mereka perolehi. Itu janjiku. Aku akan mengetepikan rasa penat dan jemu. Mengetepikan sebuah rindu dan kehidupan bagi melestarikan kehidupan yang lebih bermakna.

Ya... Allah, dalam derapan kesakitan langkah ini. Pastinya aku tetap menitip rasa berjuta kesyukuran, rasa keharuan dan rasa keupayaan diri hanya digerak dengan kehendak-Mu. Kekuatan diri yang hadir ini sebenarnya mampu mengubah sesuatu yang tidak pernah kuimpikan. Itu sudah semestinya.... 

Akhirnya, rasa resah, rasa bimbang, rasa sangsi dan pelbagai rasa telah menjadi sebati dalam diri.  Dalam rasa2 itulah kuyakini bahawa rasa itulah yang membawa titik-titik perubahan dalam diri dan kehidupan. Membentuk dan mencantum kembali menjadi rasa utuh, rasa cekal, rasa yakin dan rasa tanggungjawab. Yakin keupayaan diri untuk mencermin detik-detik lalu. Kini tiba masanya tanggungjawab itu digalas dengan penuh keikhlasan.  Ah, betapa sukarnya melalui denai-denai kehidupan ini...

Ku memerlukan perangsang agar aku tidak terkulai di sini...

Shida...
Teruskan impianmu..
Shida...
Teruskan hasratmu...
Shida..
Aturkan langkah selangkahmu...
Shida...
Kau berhak untuk memperolehinya...

Dan atas perangsang dan rangsangan itu... Aku mengukir senyuman, bahawa dendamku pasti akan terbayar pabila menatap... Sebuah kemenangan...

Alamak... Da pkul 5, wajib bangunnnn..... Nak wat bfast untuk ank2...

~ DaNgAi Oh DaNgAi... ~




Kuih Dangai... Pernah dengar tak? Tak pernah? Kuih klasik lagi.... Mungkin sebab kuih ini jarang2 sekali boleh kita beli. Aku pun diusia 35 tahun ini, barulah terserempak dgn kuih tradisional ni... Jenuh gak cari namenye... Rasanya, sedap. Lemak2 manis gitu... Eeemmmm... Comfirm org2 tua sukekan.... Berhajat??? Mohla ke Kafeteria Menara Persekutuan, untung nasib adeee....

Monday 22 April 2013

~ MaIn MsK2... ~

Seperti biase di waktu rehat ni, ade yang menjamu perut pastu baru nak menjamu mata n ade gak yang menjamu mate pastu menjamu perut plak... Hahahah...

Bercerita bab menjamu perut, ni dah kira aktiviti baru kami kat opis tika n saat ini. Main msk2 untuk lunch setiap hari kat opis. Main msk2 yer... Main bkn sebarang main tau... Xsame mcm time mude2 dulu msk2 xgune api. Abis pokok uma org, daun2nye diamik jadikan ikanla konon2nya... Periuk lak daripada tempurung kelapa... Hahahha...



Ini kali msk main api plak. Walaupun gune dapur portable jer... Tapi hasilnye amatla memberansangkan... Tip top...

Aktiviti yg diawalnye skadar perancangan ttapi tanpe disangka cempedak telah menjadi nangka.... Dari sehari, ke 2 ari, kerna dek sambutan amat memberansangkan alhamdulillah maka aktiviti ini ditruskan untuk minggu ke2nye...

So sbg tatapan mohla nengok yer... Picture pun skadar ala kadar jer.. Ini pun mntak ihsan daripada Si BoBo.... Siapekah dia Si BoBo ini??? Hahahah... Yang pakai tdung FNJ Vogue tu la... Sbb tulah adenye InstaPicFrame. Nak harapkan hp mokcik, alamatnye kedaunglaaa... Hehehhee... 


"Si BoBo" penggoreng ayam...
Ni plak, si Juri Rase... Byk nau complaintnye... Tp licin....

~ JiKa... ~




Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, 
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, 
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya . 

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam. 

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia.. 

Di saat dia menangis didepanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?