AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 30 April 2013

~ SiApE PaTuT AkU UnDi... ~



"Marilah mari kita mengundi
Tunaikan kewajipan pada negara"

Yeee Haaa… Antara lirik lagu yang mengajak orang keluar mengundi. Dan pastinya lagu ini hanya boleh didengar bila musim pilihanraya jerkan. Huhuhu. Tapi tahun ni lagu ni telah bertukar rentak. Lebih rancak dan bersemangat. Ada lagu baru plak tu. Jom Kita Mengundi, Jom Kita Mengundi… Boleh tahanla. Tapi aura lame gak yang menyengat rasenye… Lebih bernostalgia. 

Sebelum pengumuman tarikh mengundi PRU 13 oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof  lagi kami warga KEMAS telah pun mula sibuk. Walaupun aku n kawan2 xde pun terlibat dalam hal ehwal politik.  Namun sebagai tulang belakang kerajaan, bahang PRU 13 turut jelas kami terase. Secara jujurnya kali ini kami rasakan sengit bagi parti Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Bagi yang layak mengundi diharap dapat membuat pilihan yang tepat dan berbaloi. Semoga PRU 13 ini berjalan dengan lancar dan aman. Tak sabar rasanya hati nak mengundi kali ke 2 ni.

Kenapa perlu mengundi? Penting sangatkah mengundi tu ? Apelah punye soalan cepumas. Penting sangat sebenarnya. Cedok dr Mr. Google, berdasarkan Penyair German, Bertolt Brecht, beliau mengatakan org buta yg paling teruk ialah BUTA POLITIK. Orang yg tidak ambil bahagian dalam politik seolah-olah tidak mahu peduli dengan segala kos hidup dan hal-hal berkaitan negara. Ada juga yg pertikaikan kenyataan tersebut. Mereka kata, itukan pendapat orang Jerman, tiada kena-mengena dengan negara kita, itu cara hidup mereka. Haaaaaaa, itu pertikaian golongan yg ego sebenarnya. Cuba menafikannya hanya semata2 mahu buat tidak tahu dengan apa yg berlaku disekelilingnya. Mungkin bagi mereka tak nak kusutkan fikiran untuk memikirkan masalah politik negara. Itu namanya pentingkan diri sendiri sebenarnya.

Menurut Prof Dr Muhaya, Pakar Mata&Pakar Inspirasi pula. "Sekiranya kita tidak mengundi, orang yg tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila org yg tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global" 

Kesimpulannya, janganlah pentingkan diri hanya kerana anda bencikan sesetengah golongan yg terlibat dalam politik. Jangan sekadar goyang kaki, mulut lantang bersuara mengatakan itu ini tentang politik, sedangkan anda tidak mengundi. Bangkitlah dari 'pemikiran zon selesa'. Undi adalah HAK anda.

Mengundilah yer... Bagi aku, diri aku ada satu undi yang akan menentukan masa depan DUNku, Negeriku dan Negaraku. Satu undi ini amat besar nilainya untuk DUN dan Parlimen, walaupun nilainya hanya satu. Satu undi ini akan menentukan siapa yang bakal berkuasa di negara ini. Satu undi yang akan menentukan perbagai perkara. Terase amatlah besar nilainya undi yang ada pada diri aku.

Persoalan siapa yang harus aku berikan undi ini pada 5 Mei 2013 nanti???. Siapa yang layak menerima undi dari diri aku ini. Hehehehe… Silap2, banunye tiada langsung persoalan itu difikiranku… Bagiku tiada sebarang pilihan di sini walaupun hakikatnye aku diberi pilihan. Pilihanku hanya 1, pilihan yang tepat  tanpa berpaling kearah yang lain… Pinjam kata2 daripada PKMN Melaka : PRU 13, insya Allah kita akan menang bergaya. Amin2 ya Rabbal Al Amin…

No comments:

Post a Comment