AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 11 April 2013

~ SeSi LuAhAn HaTi... ~



Apa yang aku tulis ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma berharap ada yang lebih memahami situasi aku ini terutamanya khas kepada yang ghajin bertanye soalan yang sama berulang kali tanpa ade sedikit pun rase jemu… Cuma luahan hatiku pada insan2 tersebut agar lebih memahami apa yg aku rasa dan apa yang aku alami di tika dan saat ini… Untuk menulis ini sahaja membuatkan aku berfikir berhari2.. Perlu atau tidak? Tapi disebabkan soalan yang same berulang kali ditujukan kepada aku, nampak gayenye aku dengan rela hatinya terpakse menjawap. Terus terangnya, aku perlukan kekuatan untuk menulis kali ini..

Tak terlintas di hati ini untuk cemburu atau irihati dengan kebahagiaan orang lain kerana bagi ku setiap kebahagiaan itu adalah anugerah Allah… Bila2 Dia boleh bagi dan bila@ juga Dia boleh tarik balik… So, tak payahlah nak bongkak atau sombong dgn kebahagiaan yang diterima.. Setiap org ada masalah masing2 tapi perlu ke dicanang kepada semua? Aku percaya tiada satu pasangan pun di dunia ini yang xnak bahagia. Mungkin belum lagi rezeki kami untuk duduk sebumbung. Walaupun begitu, aku amat bersyukur. Aku bersyukur pada Allah. Semua orang tak sama, masing2 mengalami masalah yang berbeza. Begitu jugalah aku.

“Sampai bila nak idup macam ni?”. “ Bila nak tinggal bersame ni?”.. Ya Allah, sesungguhnya soalan seperti itu amat sukar untuk dihadapi. Bila? Bila yer? Kalaulah jawapannya semudah esok, lusa, bulan depan, tahun depan, bagusnya jika boleh menetapkan sendiri semudah itu… Yang pastinya aku percaya kepada qada dan qadar Allah.. Seperti mana ajal dan maut yang satu ini adalah rahsia mutlak Yang Maha Esa.. Sesungguhnya apa yang telah ditetap dan ditentukan semestinya adalah yang terbaik.

“Tinggal bersame kasih sayang akan terikat”… Kenapa? Apakah duduk berasingan, kami tak boleh memupuk kasih sayang, jika begitu, kenapa ramai pasangan yang duduk sebumbung tapi masih bercerai-berai? Duduk sebumbung, tapi tidurnye berasingan???

“Nanti kalau isteri tak ada di sisi, suami kahwin lain”. Sama juga seperti di atas, apa penentunya jika tinggal sebumbung suami tak kahwin lain? Kenapa ramai jer suami yang cari bini lain?

“Kehidupan isteri akan lengkap apabila suami sentiase di sisi"… Oohhh yer ker??? Rupenye kehidupan aku masih belum lengkap lagi. Tahu tak kata2 itu ibarat pedang yang menghiris hati ini…

Aku belajar menerima dan redha dengan apa yang dialami bukan mudah , tapi yang menjadikannya semakin sukar adalah sikap segelintir insan2 di sekeliling yang seolah2 menganggap apa yang kami alami adalah satu masalah besar dalam hidup mereka… Menjadikan masalah kami adalah masalah mereka sehingga sanggup “memberi nasihat” tanpa mengira sama ada ianya menyinggung perasaan kami atau tidak...

So, lepas ini tolonglah lebih memahami dan jangan lagi diajukan soalan2 bangang yang macam tu… Faham, mungkin ada yang tak sengaja, takde niat pun nak menyinggung hati aku dan tak tau pun kata2 macam tu boleh menyinggung perasaan aku... Seandainye bertanye lagi , aku akan jawap hanye dengan senyuman ikhlas…

No comments:

Post a Comment