AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 24 May 2012

~ AkU & CeRmIn... ~



Hahahahaha... Orang pompuan ni pelikkan? Pantang berjumpe dengan cermin n mesti ade cermin walau pun di mane berade... Bile dah tengok cermin, mulalah start posing. Senyum sikit, dan.. sikitt..sikiiiitttt!! Hahahaha....



Aku dengan cermin memang tak dapat dipisahkan. Tak cukup dengan cermin kat dalam handbag. Kalau jumpa cermin kat toilet, comfirm dok ngadap gak..



Kadar excited aku  tgok cermin ni mengikut atau berkadar langsung dengan saiz cermin. Semakin besar saiz cermin, semakin lamelah dok mengadapnye…. Hahahahah


Pagi2 sebelum pergi kerja, cermin akan dibelek2  Hahaha… Tengok setiap sudut, pelusuk muka. Kalau ternampak ade yang berkenaan tak memuaskan hati maka 
jiwa jadi down, semangat pun hilang… Iiisshhhhh.. Tak lah sampai ke situ... Tu dah kes parah tu... Hahahaha….




Apelah aku ni ek. 


Ape2 pun hakikat kekurangan diri tetap diterima, cmne hangin pun cermin tidak akan same sekali dicampakkan…

Kalau pecah nnti sape yang susah… Diri sendiri gak, terpakse cari baru untuk menjadi ganti… 


~ OrAnG RaPaT : BaHaYa... ~

Korang setuju tak bila aku kata camni:

"Orang yang paling bahaya adalah orang yang rapat dengan kita"

Pelik… Yer ker orang paling rapat dengan kita pulak yang bahaya? Gila apa aku ni…. Bukan orang jahat tau, yang bunuh orang tu, biasanya kita tak kenal..

Hahaha, tak payah nak pelik sangat lakan. Moh aku terangkan…

Ada beberapa perkara yang jadikan, orang paling rapat dengan kita tu, adalah orang yang paling bahaya dalam dunia ni.

Pertama - Dia lebih banyak tau rahsia, aib dan kelemahan kita. 

Kedua - Kita lebih mempercayai dia lebih daripada orang lain.


Ok, seterusnya. Korang bayangkan. Macam mana kalau orang yang rapat dengan kita tu, mengkhianati kita? Dahlah rahsia kita, baik buruk kita, semua dia pegang. 

Bila-bila masa dia boleh jadikan kelemahan kita, sebagai senjata dia. Kan sangat bahaya tu.

Tambahan lagi. Sakit hati kalau dikhianati oleh orang yang kita percaya ni lain sikit. Lebih pedih daripada dikhianati oleh orang yang tak berapa rapat dengan kita. Kan? Betul tak? Ni bagitau berdasarkan pengalaman sendiri ni. 


Kesimpulannya, dalam berhubungan sesama manusia ni. Jangan letakkan kepercayaan 100%. Dan elakkan ceritakan aib diri, atau perkara yang tak elok tentang diri kita pada orang lain. 

Yang paling penting, perangai diri sendiri tu kena jaga. Kalau perangai sendiri buruk. Peluang orang nak aibkan diri kita pun lebih tinggi yer..



Keluarga sendiri juga bahaya


Keluarga sendiri pun tak terkecuali. Bila keluarga sendiri yang mengkhianati, itu yang jadi macam kes kat bawah ni:

1. Haruan makan anak.
2. Mak/bapak mertua goda menantu
3. Adik bunuh abang, dll.



Orang melayu kata ,"Harapkan pagar, pagar makan padi", "Musuh dalam selimut", "Duri dalam daging", "Gunting dalam lipatan". Ha, apa lagi?



Bila keluarga sendiri mengkhianati. Pergghhh, sangat menakutkan. *gigil satu badan tu… *


~ PeNaWaR TeN SeN... ~



Aku tertarik dengan intipati tajuk di paper yang aku bace. PENAWAR TENSION.. Betul ke bau ketiak lelaki boleh jadi penawar kepada orang pompuan yang tengah tension?? Hahaahaha.. Macam terkena di batang hidung sendiri jer ni. Mesti ade yang kate tak logic kan?? Busyukk lerr. Tapi kan,statement ni dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania, Amerika. Satu kajian telah dibuat dan ianya telah terbukti peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. So sesiape yang tengah bace entry ni, yang sedang stress n perjalanan haid yang tak berape nak lancar.. Ayuh ape lagi... Ciumlah ketiak lelaki... Hahahaha...

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang disapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. And hasilnya sungguh unik + pelik.

Mood berubah jadi ok. wangian ketiak lelaki memang boleh buat wanita jadi kurang stress... So, mana-mana pompuan yang tengah stress n tension, bolehlah pergi kat lelaki dan baulah ketiaknya. Hidu tu biarlah sekhusyuknya. Kasi release tension ckit... Haa.. Ini bukan cerita lawak tau kajian dah terbukti tu, try la.. hehehe.. Yang si lelaki ni pulak, tak payah mandi k,simpan bau ketiak “wangi” tu untuk isteri korang.. Nanti bile   diorang tengah stress or tgh marah… Angkat tangan, rapatkan ketiak ke mukanye... Perrgghhhhh.. Bestnye...

~ AkU DuLo2 LaGi... ~





~ SiApAkAh LeLaKi InI... ? ~

 Siapakah gerangannye lelaki ini ???? Mesti tertanye2 kan.... Hahahahhahahahaha...





Inilah orangnye yang bertanggungjawab terciptanye Kad Jemputan Kahwin di bawah :-

Tuesday 22 May 2012

~ SeNi KrEaTiF DaRi LaLaT MaTi... ~

Hasil seni kreatif daripada lalat mati. Kalau ikutkan tajuk pasti ramai yang akan kata jijik atau gelikan. Tapi cuba pandang dari sudut yang berbeza. 









Monday 21 May 2012

~ CiNtA JaUh Di MaTa... ~



Nyata aku ada dia
Puas ku cari di sana
Masih belum terjumpa

Nyata aku ada dia
Lama ku cari di sini
Mungkin akan berjumpa

Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan

Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu

Nyata aku ada dia
Bertenang mengundang cinta
Bukti aku ada dia 

Di sana di sini ada
Peneman, akrab, jaga, lena, alpa, leka
Cinta jauh di mata
Bila detik bertemu erti sebuah harapan
Cinta jauh di mata
Hingga takdir menentu pasti akan bertemu
Cinta jauh di mata
Kasih sedikit tidak kurang
Dan menghilang

Cinta jauh di mata
Sayang makin bertambah mekar
Hingga akhirnya

Kasih sedikit tidak kurang
Dan menghilang

Cinta jauh di mata
Sayang makin bertambah mekar
Hingga akhirnya

~ CuRrY AyAm SpEcIaL UmMi... `


Cmne dengan cuti hujung minggu korang? Gi jenjalan ehh.. Disebabkan buah hati tak balik so cuti hujung minggu ni dihabiskan dengan memerap di rumah bersame anak2 hanye berehat n nonton tv jer. Kalau diikut2kan tahap kebosanan aku da memang berada di tahap yang maksimum... Ape2 pun, ok gak lepak kat uma ni. Hehehe…

Bila cuti ianya adalah bermakna hari masak2 + hari makan2.

Time tu lah keluar segala idea nak masak ape. Nak tunaikan segala tuntutan tekaklah kan…

Plan pagi tu tengok ayam, nak masak karilah. Tapi mcm ne plak aku yang tak makan ayam ni ek. Tak banyak ckit tersentaplah jugakkan. Huhuhu.. Alaaa.. Takpe benaunye pun, tak makan ayam karinye boleh dibelasahkan…

Baru kari mmg lah harum semerbak bila digoreng segala ramuannya. Tetibe teringatlah plak kat buah hati, penggemar kari. Tapi kari buah hati lagi power. Kalah kari aku ni haaa…

Ni dia kari ayam yang dah siap di masak. Kuah kari ni kan kena masak betul2. Kalau tak nnti cepat basi. Tapi aku tak risau kari aku ni mmg tahan lama. Sbb betul2 masak n aku masak pakai santan segera. Itu sebablah daya tahan kari tu lame ckit. Kalau dah habis ayamnya, kuah kari tu boleh cicah dgn lempeng atau cekodok ikan bilis. Sedappppp.







Bile sumenye da makan, sememangnye dah mcm ular sawa kekenyangan dah dibuatnyer. Camnilah gayenye bile time cuti dihabiskan duk di rumah... 

Friday 18 May 2012

~ SePi SeOrAnG PeRiNdU... ~

~ TeRiMa KaSiH SaYaNg... ~




Tersedar di dalam sepiku

Setelah jauh melangkah

Cahaya kasihmu meruntunku

Kembali dalam dakap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya

Kau berikan lagi kesempatan itu

Tak akan terulang lagi

Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada bererti

Tak mampu lagi berdiri

Cahaya kasihmu meruntunku

Kembali dalam dakapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya

Kau berikan lagi kesempatan itu

Tak akan terulang lagi

Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Terima kasih cinta untuk segalanya

Kau berikan lagi kesempatan itu

Tak akan terulang lagi

Semua kesalahanku

Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Terima kasih sayang

Ku ucap padamu

Kerana menyambut tanganku

Yang hampir layu

Badai cinta melanda

Mengarah arus, menjadikan pantai

Yang indah, kian bercelaru

Marilah oh sayangku

Dekat padaku

Sayangilah diriku ini, seadanya aku

Tak sanggup lagi, menyebut kata rindu

Kamar hatiku yang sayu

Fikirlah sayang

Fikirlah seharusnya

Janganlah engkau khianati

Cinta ini

Istana yang ku bina

Mahligai cinta

Menjadi lambang

Pepohonan redup kasihku

~ KeKaNdA & AdInDa... ~





 


~ CaRtOoN CiKgU... ~


Di petang Jumaat ni, sambil-sambil kita dok tenang wat keje, apa kata kita tengok kartun-kartun yang berkaitan dengan guru dan anak-anak muridnya. Walaupun ada unsur lawak jenaka, namun terselit mesej yang baik untuk dihayati. Hahaha... lawak sungguh...











Wednesday 16 May 2012

~ HaTi... UsAh KeCeWa... ~



Hari ni, hatiku betul2 kecewa. Kenape??? Tak salahkan aku berperasaan begitu? Aku manusia biase, bukannye orang gile... Kenape aku kecewa???? Jawapannye hanye diriku sahaja yang mengetahuinye...

Apelah aku ni kan. Bile orang lain dengar kan ke tak best jadinye. Sure dorang akan katekan: "Biasa La Manusia, Tak Pernah Bersyukur". Dorang akan membuat tafsiran sendiri. Sebenarnya terlalu mudah untuk mengulas tentang sesuatu kejadian yang tiada hubung kait dengan kita. Ape taknye, cuma rapatkan bibir atas dan bibir bawah.. Maka akan terbitlah kata-kata dari bibir. Tak percaye? Cubelah buat... 

Aku sangat kecewa kerana ape yang aku nak dan harapkan aku tak dapat. Dalam mase yang same terase kecewa gak dengan diri sendiri. Kerane masalah sendiri, orang lain terpakselah pulak bersusah payah. Dahlah susahkan dan harapkan orang. Bile tak dapat mulelah nak rase kecewa. Bile dipikir2kan balik, sememangnye salah aku jugak. Aku terlalu mengharap dan meletakkan harapan yang tinggi.  Apa pun, sekarang ni yang penting ape2 pun berlaku aku kene bersyukur dan redha dan jangan terus kecewa. InsyaAllah adelah tu nanti.... Duhai hati, sabar ehhh… Nanti2 adalah tu...



~ ArShIeDa78 : 2004... ~

~ TaNgIsAn HaTiKu... ~




Saat ini...
Aku seperti ingin denyut nadi ini berhenti
Ingin sekali aku noktahkan kesedihan hati
Hati terluka belum berhenti menangis
Bilakah ianya akan tersenyum kembali???

Saat ini...
Aku masih kisahkan hati ini
Soal hati yang kadang2 diburu sepi
Hati yang berulang kali dilanda rindu
Kini ku biarkan saja hati ini sepi dan sepi lagi
Masihkah ada harapan dan impian untuk hatiku ini??
Adakah yang tinggal hanyalah deraian air mata yang menemani ku di malam hari....

Saat ini...
Perlukah aku percaya cinta itu membawa ku bahagia,
Jawapan itu.
Terkunci Sepi...

Saat ini...
Terkenangkan adakah kejujuranku ini dihargai
Terkenangkan adakah kesetiaanku ini dipandang sepi
Oh Tuhan, kau Maha Mengetahuinya….

Saat ini...
Aku ingin berhenti menangis
Meski hati ini terkunci sepi
Akan ku terus hadiahkan kejujuran hati ini
Kerana itu sahaja yang aku miliki...
Hanya itu.... Hadiahku untuk dirinya…

~ KiSaH D SeBaLiK KeJaDiAn Yg. KiTa TaK TaHu... ~

Adakah ape yang aku pikirkan ini, pernah jugak terpikir oleh orang2 lain???Dulu tak pernah terlintas di pikiran aku bahawasanya ancaman dan bahaya terhadap anak2 ni bile2 mase n di mane2 jua boleh berlaku.

Selalunye apabila berlaku sesuatu kejadian buruk sebagai contoh seorang budak umur 5 tahun diculik semasa ke kedai berdekatan rumah mereka. Time tu kita pun mulelah buat bermacam-macam ulasan dan andaian.

'Kenapalah mak ayah yang bingai sangat bagi anak umur 5 tahun pergi ke kedai? Maknya tak pikir ker keselamatan anak tu???

Gitula lebih kurang ulasan daripada mulut-mulut orang di sekeliling.Aku pun tak terkecuali. Tapi sedangkan dalam mase yang same secare sedarnye aku jugak ada ketika penah jugak benarkan anak aku gi kedai walaupun aku monitor dia berjalan dari rumah sampai masuk kedai dan dari kedai aku tunggu dia patah balik kerumah.Walau pun aku tengok dari jauh dia berjalan kaki ke kedai apa jaminan yang itu cara yang selamat?Sebenarnye takde sapa boleh jaminkan?Kalau nak jadi apa-apa semasa dalam perjalanan tu apa aku boleh buat?Nauzubillah..Mintak2 jauh anak-anak aku dari malapetaka dan bahaya.






Kenapa aku tak pegi kedai sendiri?Alasan 'malas nak tukar baju'.Malas nak ion tudung?Boleh gitu? So, selepas dipikir2kan balik, banyak buruk dari baiknye.. Tak dapat ape dengan sikap MALAS tu. Oleh yang demikian, maka berakhirlah adegan anak2 aku ke kedai bersendirian tanpa diriku untuk membeli juadah sarapan pagi ... Benar seperti kate pepatah : Malang Tak Berbau....