AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 16 May 2012

~ KiSaH D SeBaLiK KeJaDiAn Yg. KiTa TaK TaHu... ~

Adakah ape yang aku pikirkan ini, pernah jugak terpikir oleh orang2 lain???Dulu tak pernah terlintas di pikiran aku bahawasanya ancaman dan bahaya terhadap anak2 ni bile2 mase n di mane2 jua boleh berlaku.

Selalunye apabila berlaku sesuatu kejadian buruk sebagai contoh seorang budak umur 5 tahun diculik semasa ke kedai berdekatan rumah mereka. Time tu kita pun mulelah buat bermacam-macam ulasan dan andaian.

'Kenapalah mak ayah yang bingai sangat bagi anak umur 5 tahun pergi ke kedai? Maknya tak pikir ker keselamatan anak tu???

Gitula lebih kurang ulasan daripada mulut-mulut orang di sekeliling.Aku pun tak terkecuali. Tapi sedangkan dalam mase yang same secare sedarnye aku jugak ada ketika penah jugak benarkan anak aku gi kedai walaupun aku monitor dia berjalan dari rumah sampai masuk kedai dan dari kedai aku tunggu dia patah balik kerumah.Walau pun aku tengok dari jauh dia berjalan kaki ke kedai apa jaminan yang itu cara yang selamat?Sebenarnye takde sapa boleh jaminkan?Kalau nak jadi apa-apa semasa dalam perjalanan tu apa aku boleh buat?Nauzubillah..Mintak2 jauh anak-anak aku dari malapetaka dan bahaya.






Kenapa aku tak pegi kedai sendiri?Alasan 'malas nak tukar baju'.Malas nak ion tudung?Boleh gitu? So, selepas dipikir2kan balik, banyak buruk dari baiknye.. Tak dapat ape dengan sikap MALAS tu. Oleh yang demikian, maka berakhirlah adegan anak2 aku ke kedai bersendirian tanpa diriku untuk membeli juadah sarapan pagi ... Benar seperti kate pepatah : Malang Tak Berbau....

No comments:

Post a Comment