AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Friday 11 May 2012

~ IbU RaTu HaTiKu... ~



Untuk makluman luse 13 Mei 2012 merupakan Sambutan Hari Ibu, manalah tau ade yang tak tahu lagi bila hari ibu kan? Hari Ibu ni disambut setiap bulan Mei iaitu pada ahad minggu ke-2, bergantung pada sesebuah negara, tapi ianya disambut pada bulan Mei. Selamat hari ibu diucapkan kepada semua ibu2, mak2, ummi2 n mama2 di seluruh Malaysia, semoga semuanya berbahagia bersama dengan anak-anak yang tersayang.
Lepas ini, giliran untuk para bapa pula menyambut hari mereka. Antara Hari Ibu dan Hari Bapa, kita lebih menonjol dengan Hari Ibu, mungkin kerana peranan Ibu yang lebih terhadap anak-anak mereka berbanding dengan Bapa. Ibu lebih menumpukan kasih sayang kepada anak-anak dengan tidak terhingga. Walaupun begitu, peranan yang dimainkan oleh Bapa tidak boleh diabaikan begitu sahaje, sebab itulah ade juga giliran untuk Hari Bapa.
Mungkin boleh kita kaitkan Ibu dengan nilai kasih sayang, manakala dengan Bapa pula dikaitkan dengan nilai jati diri, tanpa kedua-duanya sudah pasti kita tidak akan lengkap didunia ini.


So sempena Hari Ibu, mohlah kite tatap bersama. Hayatilah yer....
Ibu…
Berderai air mataku tatkala aku membaca Yasin di hadapan pusaramu,
Jatuh bercucuran bak hujan di saat aku mengenangkan pengorbananmu,
Belum sempat aku membalasnya takdir telah menjemputmu pulang terlebih dulu,
Dikau pergi saat aku masih perlukan belaianmu.
Ibu…
Ku kirimkan sebaris doa senada kasih sayangku,
Tidak terbanding kasihmu bak seluas langit membaluti bumi nan kedinginan,
Pergimu dengan keredhaan bersatu dalam kehilangan dipandangan sepiku,
Anakmu di dunia ini akan meneruskan perjalanan bersama pesan dan amanahmu.
Ibu…
Betapa aku amat merindui dirimu yang telah lama lena dalam pembaringan,
Setiap belaianmu tika membesarkan aku bersemadi kukuh dalam hatiku,
Syahdu dan pilu rasanya berjauhan darimu walau bukan itu pintaku,
Aku redha dan ikhlas dalam langkahmu menuju ILLAHI.
Ibu…
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.
Ibu…
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah ibuku di dunia dan akhirat.


Yang masih mempunyai ibu...
hargailah ibu anda...
kerana sesungguhnya setiap kejayaan dikecapi dalam hidupmu sekarang
adalah hasil dari doa ibumu...
hargailah sebelum KEBERKATAN yg paling besar itu hilang dalam hidupmu....

No comments:

Post a Comment