AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 28 June 2012

~ UsAhLaH BeRsEdiH... ~



Ketika kau merasa sedih...
Pandanglah ke langit...
Kau akan sedar bahawa aku sentiasa bersama mu...
Hanya aku yang tahu rahsia riang tawa dan tangis hiba kehidupanmu...
Hidup mungkin menyedihkan tapi yakinlah ia tetap sesuatu yang indah ....
Kau sering melihat pelangi hanya berada di atas kepala orang lain ...
Sedangkan pelangi itu juga berlegar dia atas kepalamu...
Cuba kau dongak kepalamu ke atas...
Pasti kau akan tersenyum…

~ RiNdU... ~


Akan ke manakah angin melayang
Tatkala turun senja nan muram
Pada siapa lagu kuangankan
Kelam dalam kabut rindu tertahan
 
Datanglah engkau berbaring di sisiku
Turun dan berbisik tepat di sampingku
Belenggulah seluruh tubuh dan sukmaku
Kuingin menjerit dalam pelukanmu
Akan kemanakah berarak awan
Bagi siapa mata kupejamkan
Pecah bulan dalam ombak lautan
Dahan-dahan di hati berguguran

Wednesday 27 June 2012

~ SmS DrPd. BuAh HaTi... ~



Ketika Buah Hati Membaca Blog Kesayanganku Ini, Maka Sampailah Sms Ini Daripadanya....
15/6/2012 (Jumaat)/3.39 PM - 

Utk renungan :
Apabila seseorang itu mempunyai keinginan yang KUAT
pastinya dapat melakukan perkara yang hebat dan menarik....
From : Ayah

~ AkU WaNiTa BiAsA... ~





Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

~ AkUr JaNjI... ~



Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu

Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui

~ PeLiKnYe... YeR KeR???... ~

                   

                   

 






Tuesday 26 June 2012

~ KeRnA Ku SaYaNg... ~



Seandainya kau ada di sini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yg selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Ku ingin bersama dirimu

Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kau jauh dariku
Kan selalu kunanti
Kernaku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu
Dengarlah rintihan hatiku
Kuberjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yg lain

Adakah rindu di hatimu
Seperti rindu yg kurasa
Sanggupkah ku terus terlena
Tanpamu di sisiku
Kukan selalu menantimu

~ PeRjAlAnAn HiDuP... ~




Andai ini yang kau inginkan
Sebagai suratan perjalanan hidupku
Anugerahkan aku kejituan dan keutuhan hati 
Bentengi dengan kekuatan
Saluti diri dengan keikhlasan

Andai ini yang ditakdir
Aku pasrah terima ketentuan...

~ MeE GoReNg SpEcIaL UMmI... ~

Aku selalu rasa mee goreng tanpa sayur kurang sedap,
Senang kate kurang uuuummphnya..
Baunya pun tak seperti mee gorengkan.

Dan kalau aku buat mee goreng, selagi belum campur sayur,
maksudnya belum bau mee goreng lagi....hihihihi. Ditambah pulak anak-anak aku sememangnye suka makan sayur.
Kalau buat mee goreng, waktu aku rajin n time stok sayur banyak. Sememangnye semuanye aku leburkan dalam kuali.
Bagi aku mee itu kan bukan mee goreng lengkap kalau tanpa sayur! Sebab tulah tekak aku tak berape boleh nak terima Mee Bogel or Mee Telanjang.

Dan hari ini kami makan mee goring kicap.
Menu makan malam yang paling ringkas.
Dan aku tak rajin untuk masak menu yang lain. Bukannye apa, terase badan terlalu letih n penat sangat.. Ape2 pun menu yang aku masak, anak-anak tak pernah membantah apatah lagi bersungut. Masing-masing bukan main tekun mengadap pinggan.

Namun, ayat dari Akim ketika dia khusyuk mengadap makanannya. Membuatkan aku terkesima dan seharusnya aku abadikan di blog kesayangan aku ini.
Katanya ; Nana, Myra… Kene makan abis tau. Sayur sumenye tu kene makan jangan bagi tinggal. Kalau tak makan nanti lambat besar. Kalau lambat besar. Tak boleh nak kerja. Tak boleh nak tolong ummi cari duit…
Oh! Sungguh aku terkesima dengan ayat dia. Syahdunye hati aku..
Aku sendiri tak pernah terpikir begitu.
Imaginasinya tinggi kan! Aku cuba  bertahan untuk tidak mengalirkan air mata.
Ku cuba kawal sehingga, dia habiskan mee gorengnya.

Akim, sangat pemerhati akan sesuatu.
Dia yang biasanya ingat apa yang berlaku di sekelilingnya.
Dan dia juga yang selalu ingat akan sesuatu tempat yang dia pernah sampai.
Rajin mengaplikasikan apa yang dipelajarinya dengan perjalanan hidup sehari2.
Itulah istimewanya Akim....

Apa yang pasti, setiap anak memang istimewa.
Kita jer yang kadang kala tidak sedar apa keistimewaan mereka.
Betul tak???






~ SoToNg GoReNg HaLiA KuNyIt SpEcIaL UmMi... ~











~ BeRdiAm AdAlAh TeRbAiK... ~



Sebagai manusia di muka bumi ini, pernah tak terpikir di dalam tempoh 24 jam berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk berbicara. Adakah setiap masa? Adakah setiap tutur kata bicara itu berkualiti? Atau pun ianya adalah merupakan bicara yang sia-sia? Seperti yang diketahui setiap bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada diri. Jika tidak ianya adalah sebaliknya. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Itu telah termaktub di dalam Hukum Allah.

Bagi yang beriman, lidah tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan kata-kata yang berhikmah.Oleh itu, DIAM ADALAH LEBIH BAIK. Diam adalah benteng bagi lidah daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia.

Kesimpulannya :-
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Monday 25 June 2012

~ KeBaIkAn TiDaK MeMaKaI PaKaIaN DaLaM KeTikA WaKtU TiDuR... ~


Melepaskan pakaian dalam bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Menurut fakta yang hendak dikongsikan bersama ini. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya. Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.



Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur dicadangkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur kerana ianya boleh menghindari kanser payudara dan harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. 


Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara. “Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra… 


Selain daripada itu, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi.

Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.



Sedangkan bagi lelaki, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik. 

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.


Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bahagian intim baik pada wanita maupun lelaki.


~ BaLaSaN NiAt JaHaT... ~



Mamat yang tidak berapa kacak berusaha menawan hati wanita cantik bernama Tipah. Mamat berniat jahat sebab Tipah pernah tolak cintanya satu ketika dulu.

Mamat : Tipahku yg cantik lagi bijaksana, I nak tanya sesuatu.


Tipah : Yer.. apa dia??


Mamat : Ape benda tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir?

Tipah : No idea…


Mamat : Itulah cinta I pada u.


Tipah : Betul ker?? Hehehe (pipi jadi merah)


Mamat : Tipahku sayang, sudi tak teman I di rumah malam ni?


Tipah : Boleh, tapi you kena jawab teka-teki I dulu.


Mamat : Okey…. (dengan nada gembira)


Tipah : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?


Mamat : Ermm.. tak tau lah.


Tipah : Itu tapak tangan!!! (Tipah terus melempang pipi Mamat berulang kali sampai pengsan)

~ MaSa SeSuAi UnTuK MeNuLiS BlOg... ~

Pada kebiasaannya korang menulis blog pada waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Atau malam? Aku suka menulis blog pada waktu tengah malam sebelum melelapkan mata. Pada waktu itu di dalam keadaan mata yang sukar untuk melelapkan mata, minda yang tiada gangguan n dalam keadaan yang rileks. Banyak idea-idea yang datang mencurah-curah tanpa ada unsur-unsur paksaan.


Selalunya kuantiti idea yang datang itu adalah bergantung juga kepada tahap kesibukan+keletihan aku pada hari siang tersebut.
Mungkin cara aku ini tidak sesuai dengan korang. Sesetengah orang mempunyai masa mereka yang tersendiri untuk menulis blog. Ada yang suka menulis pada waktu pagi selepas Subuh dan ada yang suka menulis pada waktu lapang. Tetapi jika korang belum pernah menulis blog pada waktu tengah malam, cubalah mula menulis blog pada waktu tersebut. Aku percaya korang pasti akan dapat merasakan perbezaannya. Cuba try test! Tapi korang mesti sama seperti sepsis aku yer… Hahahhahha

~ MeNu SiMpLe UmMi... ~

Menu simple untuk makan tengahari kami sekeluarga, masak sup sayur tauhu jepun+sambal sardin dan goreng telur dadar jee... Itu pun dah sedap untuk kami makan. Sup sayur ini bagus sebab resepi sayur yang sihat untuk kesihatan diri. 













Anak-anak memang suka sangat sup sayur dengan tauhu jepun ni nak2 ade telur, fish ball n fish cake. Sampai hirup kuahla dalam pinggan nasi masing-masing hehehe... Sup sayur ini memang mudah dan ringkas untuk disediakan. Sup sayur ini sedap makan waktu panas. Kalau tak sihat atau tak sedap badan, bila pas makan/hirup sup sayur ini rasa makin bertambah sihat.



 Sup sayur ini bagus sebab resepi sayur yang sihat untuk kesihatan diri. Ditambah pula dengan sambal sardin n telur dadar. Peerrrrgghhhh… Layannnn….