AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 25 June 2012

~ MaSa SeSuAi UnTuK MeNuLiS BlOg... ~

Pada kebiasaannya korang menulis blog pada waktu bila? Pagi? Petang? Siang? Atau malam? Aku suka menulis blog pada waktu tengah malam sebelum melelapkan mata. Pada waktu itu di dalam keadaan mata yang sukar untuk melelapkan mata, minda yang tiada gangguan n dalam keadaan yang rileks. Banyak idea-idea yang datang mencurah-curah tanpa ada unsur-unsur paksaan.


Selalunya kuantiti idea yang datang itu adalah bergantung juga kepada tahap kesibukan+keletihan aku pada hari siang tersebut.
Mungkin cara aku ini tidak sesuai dengan korang. Sesetengah orang mempunyai masa mereka yang tersendiri untuk menulis blog. Ada yang suka menulis pada waktu pagi selepas Subuh dan ada yang suka menulis pada waktu lapang. Tetapi jika korang belum pernah menulis blog pada waktu tengah malam, cubalah mula menulis blog pada waktu tersebut. Aku percaya korang pasti akan dapat merasakan perbezaannya. Cuba try test! Tapi korang mesti sama seperti sepsis aku yer… Hahahhahha

No comments:

Post a Comment