AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Friday 8 June 2012

~ LaGu & KiSaHkU... ~



Secara jujurnya, aku suka mendengar lagu berentak perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha… Mungkin ada dikalangan korang yang tak sangka yang aku ni berjiwa ‘orang lama’. Tetapi, memang itulah diri aku hakikatnya. Walau pun aku ni secara zahiriahnya, hu ha hu ha… Tapi naluri kesyahduan serta kesentimentalan amat mempengaruhi jiwaku… Aku suka mendengar serta menghayati bait-bait lirik lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam lagu-lagu tersebut lebih mendalam, menyusuk jiwa dan raga serta kadang kalanya terkena dengan batang hidung dan kehidupan aku.


Namun begitu, terdapat juga lagu-lagu yang aku suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan kehidupan dan kisah cinta aku. Kadang2 tu, sebutir2 bait2nya tertusuk di sanubari… Kalau nak tahu lagi, lagu2 ni boleh menangkap feeling dan apabila dengar sambil lampu ditutup dan pasang lagu tu kuat-kuat dan baring tutup muka dengan bantal. Confirm layan… Betul… Tak tipu punya… Memang feeling dia akan rasa lain. Nak pulak kalau menghayati lirik-lirik dalam lagu tersebut. Lagi menangis punya… Meraung....




Sebab itulah jangan pelik dan hairan banyak di antara entry2 di blog aku termuatnya lirik2 lagu.. Setiap lagu2 tersebut, tersimpan 1001 kisah dan cerita… So, selepas ni kalau nak tahu cuaca hatiku, bolehlah menghayati setiap bait2 lirik yer...

No comments:

Post a Comment