AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 11 June 2012

~ AkU Yg. GaTaL... ~

Perrgghhhh. Dari tajuk entry.. Menakutkan ek. Ini kisah yang terjadi awal bulan aritu. Time aku bercuti lame. Bermule dari rase gatal sebelum nak tidur sehinggalah berlarutan ke pagi hari. Aku pun tak sure sebab apa punca ia start gatal. Tau2 jer aku rasa kerap nak garu2 pada betis n tangan. Lama-lama ia jadi semakin teruk. Rupa dia sebijik macam dalam gambar ni. Mula-mula aku sapu minyak jer, tapi bila lama kelamaan ia masih tak baik2 malah semakin banyak smpai perut suma, aku jadi makin risau. Pagi tu aku siap mandi dengan sabun Dettol original lagi untuk guna masa mandi. Siap salin cadar dan kerap mandi. Tapi masih tak baik2.




Lepas tu nak taknak memang tak tahan sangat aku terpakse gak g klinik sendiri minta ubat hilangkan gatal.. Rupanya doktor kata ni alahan.. Ooohh baru aku tau. Kusut gak dari mane aku datangnye gatal yang tak diundang ini.... Doktor bagi enjection sebab keseluruhan badan dah jadik bengkak2, ubat sapu dan ubat makan. 




Balik dari klinik tu, gase gatal nak garu tu masih tak kurang2. Ditambah pula dengan keadaan badan yang berpeluh. Sangat tak selesa. Adoiii aaiii. Siksa dibuatnye. Terpaksa menahan rasa gatal mengeyam satu badan lagi.. Sememangnye menyiksakan jugak la.. Selepas 2 hari, rupa kulit yang dahsyat tadi makin berkurangan dan rasa gatal pun hilang. 






Dari sumber yang aku bace kegatalan yang aku tanggung tu boleh berlaku disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Berpunca dari bahan kimia yang dipanggil histamine yang terhasil dari badan kita sendiri. Histamine ini boleh menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu di sekeliling badan yang menjadi merah pelbagai saiz dan bentuk. Macam2 lah…

No comments:

Post a Comment