AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 18 June 2012

~ TaJaM2 Si KuLiT DuRiAn...~




Ini story minggu lepas time buah hati balik. Dah lame tekak ni dok memendam rase nak makan durian. Dok tengok sane jual durian, sini jual durian. Hati dok tahan jer. Ingatkan usha2 jer, xsangka gupenye buah hati beli betul2. Maklumlah, permintaan aku yang 1 ni memang dia payah sikit nak tunaikan. Ape taknye aku ni suka sangat makan durian. Senang cakap kalau makan tu tak pernah nak beringat. 






Tak perlulah kiranye, di sini aku ceritakan bertapa sedap n enaknye Raja Buah ini. Semua orang taukan. Bertapa sedapnye. Kalau tidak, takkan digelar Raja Buah.

Aku pernah terpikir dan ini adalah daripada sudut pandangan aku mengenai durian ini. Bagaimana tajamnya duri kulitnya dan bagaimana sedapnya isi buahnya seolah2 bagai tiada keselarian n keserasian antara keduanya. Seharusnya, menurut pandangan normal, luarnya seharusnya cantik berpadanan dengan isinya yang enak. Baru ngam orang kata! Mungkin ada yang tersembunyi yang harus disingkap dan dipelajari, kerana apa saja yang diciptakan pasti ada sebab dan musababnya..

Begitu juga lumrah manusia agaknya. Kadang kita silap menilai orang. Melihat fizikal luarannya, berwajah bengis, 'tak cantik', gemuk..hahaha.. Tak semestinya melambangkan isi hati dan perwatakannya. Kalau durian yang tajam menyakitkan itu punya isi yang enak, sedap dan harum, pasti mungkin manusia membawa kerenah yang sama. Jangan mudah menilai orang.. Sekali lagi, jangan mudah menilai orang. Nilailah dengan hati nurani, bisikan suci. Jangan tersilap langkah dalam nilaian.. Indah durian kerana isinya, indah manusia kerana budinya.


No comments:

Post a Comment