AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 26 June 2012

~ BeRdiAm AdAlAh TeRbAiK... ~



Sebagai manusia di muka bumi ini, pernah tak terpikir di dalam tempoh 24 jam berapa banyakkah masa yang diperuntukkan untuk berbicara. Adakah setiap masa? Adakah setiap tutur kata bicara itu berkualiti? Atau pun ianya adalah merupakan bicara yang sia-sia? Seperti yang diketahui setiap bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada diri. Jika tidak ianya adalah sebaliknya. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Itu telah termaktub di dalam Hukum Allah.

Bagi yang beriman, lidah tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan kata-kata yang berhikmah.Oleh itu, DIAM ADALAH LEBIH BAIK. Diam adalah benteng bagi lidah daripada mengeluarkan perkataan yang sia-sia.

Kesimpulannya :-
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment