AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 21 June 2012

~ BaHaGiAnYa CiNtA... ~



Manusia paling rugi di dunia adalah manusia yang tidak dapat menikmati bahagia. Kita akan rugi kerana bahagia boleh membuat kita menjadi gembira selama mana yang kita mahu. Kita amat rugi kerana mengecapi bahagia menjadikan kita rajin berusaha membina hidup yang lebih sempurna. 

Bahagia cinta letaknya dihati, bukan pada harta, wang dan segala bentuk material. Ia lahir dari hati, menyentuh hati lain. Harta, wang dan segala bentuk material hanya alat yang dipergunakan untuk mengubah rasa bahagia, sama ada untuk memunculkannya atau untuk menambah tahapnya menjadi lebih tinggi. 

Kita memberikan sesuatu pada orang yang kita cinta, supaya dia berasa bahagia. Sebagai balasan, satu hari kita juga akan diberikan sesuatu olehnya, kerana kita membuat dia bahagia. Cinta adalah proses memberi dan menerima. 

Cinta jadi bahagia bila masing-masing saling memberi kemaafan dan meminta kemaafan. Jadilah seorang yang pemaaf. Dalam rasa maaf, ada bahagia cinta.

No comments:

Post a Comment