AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 23 October 2012

~ LuAhAn HaTi... ~



Luarannya ceria, tapi hati yang gusar xda sape pun yang tahu. Kadangkala mengharapkan keajaiban berlaku walau ianya amat mustahil sekali. Lalu, ubati hati yang gusar ini dengan satu prinsip ' Segalanya yang datang adalah dari Allah tidak kira elok atau buruk kepada kita. Yakinla bahawa setiap yang datang darinya itu, ade hikmah di sebaliknya'

Sampai bila hidup ini nak diselubungi keselesaan sentiasa, kadang2 akan datang angin kencang yang akan menerbangkan sedikit demi sedikit keselesaan yang ada ini. Bertabahlah hati kerana perancangan dari Allah adalah sangat hebat untuk hambaNya.

Keinginan manusia biasa yang selalu inginkan kesempurnaan dalam setiap pekerjaannya. Bercita-cita melaksanakan sesuatu hingga ke akhirnya. Tapi rupanya, kita ini adalah insan kerdil yang hanya boleh merancang segala, tapi Allah yang menentukan. Tiada apa yang boleh dijanjikan sebenarnya..

No comments:

Post a Comment