AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Friday 3 October 2014

~ AlAm PeRsEkOlAhAn... ~


Mungkin tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa zaman persekolahan merupakan zaman yang paling indah dalam sejarah kehidupan manusia. Huhu. Tak percaya? Cer tanya orang yang dah tak bersekolah, dengar apa jawapan mereka. Mesti mereka itu nak sekolah lagi.

Tidak nafikan zaman belajar lepas sekolah memang seronok. Aku akui. Bebas daripada kongkongan, bebas daripada guru disiplin yang garang dan bebas dari segala-galanya. Tetapi seriously tetap tak sama dengan keseronokan zaman persekolahan.


Bagi adik-adik yang masih bersekolah, inilah satu-satunya peluang untuk anda memakai seragam sekolah yang pasti suatu hari nanti anda akan merindui untuk memakainya yang mana ketika itu peluang sudah tidak bermakna. Teringat pula aku peristiwa gilang gemilang zaman mudo2 dulu.. Hahahaha...




No comments:

Post a Comment