AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 15 August 2012

~ AtAn 1'... ~


"Tersebutlah satu kisah yang mana si Atan atau di kenali lagi dengan nama jolokan si Jaguh di kampung."

Atan : Mak, Atan ni dah lama membujang, teringin juga nak beristeri.

Mak : Besar hajatmu ni Tan, siapakah anak gadis kampung ni yang kau berkenan tu Atan.

Atan : Alaaa, si Ani sebelah rumah tu.

Keesokkan harinya...................................

Mak Atan pun menyampaikanlah hajat anaknya si Atan, dan memberitahu kepada ibu
bapa si Ani.

Pada minggu berikutnya, si Atan dan si Ani pun ditunangkan dahulu, kerana memandangkan si Atan ada operasi peperangan yang belum di selesaikannya lagi di Vietnam.

Semenjak Atan berada di Vietnam dia telah tercedera kerana terkena jerangkap samar. Dengan itu Atan telah kehilangan sebelah kakinya. 

Dalam hal yang demikian Atan telah bernekad yang dia akan merahsiakan perkara ini dari keluarganya,lebih-lebih lagi tunangnya si Ani. Kerana Atan takut yang dia akan
kehilangan Ani buat selamanya. Dengan itu Atan pun memasang kaki palsu untuk menggantikan kakinya yang telah kudung itu.


Dua bulan selepas operasi itu tamat Atan pun pulang kekampung untukmelangsungkan perkahwinannya.


Pada hari Ahad bersamaan 15 Julai 2012, Atan pun telah diijabqabulkan dengan si Ani orang yang disayanginya itu. Majlis itu sangat meriah sekali sehingga Atan terlupa akan rahsianya itu.

Malam pun bertandang, si Atan kini hanya 
tinggal berdua di dalam bilik bersama isterinya si Ani.


Atan : Yaaang...nampaknya operasi kita dah nak mula ni, janganlah menjerit sangat kalau kesakitan, takut nanti mak terdengar dekat sebelah bilik.

Ani : Baiklah bang.

Malam yang sunyi tu hanya kedengaran suara cengkerik yang bermain-main di segenap rumah si Atan. Pada masa itu terdengar satu suara orang mengerang
kesakitan, tetapi kesakitan yang nikmat. 
Tiba-tiba terdengar satu jeritan yang memecah kesunyian malam itu.


Ani menjerit "Maaaaaaaaak abang Atan satu kaki"


Ani mengulangnya beberapa kali, sehingga mak Atan terjaga dan mendengar apa yang Ani katakan itu. Dalam mak Atan berada dalam keadaan terkejut dia terfikir
sejenak "panjang juga tu" lantas mak Atan berkata dengan nada yang sangat kuat,
"baguslah tu ni, bapa kau tu dulu tiga inci saja".

No comments:

Post a Comment