AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 16 August 2012

~ DuIt BuKaN SeGaLaNyA... ~




Dalam kehidupan ini siapa yang tak mahu jadi kaya, ada duit yang banyak. Mesti terpahat dalam hati setiap insan dalam dunia ni nak hidup senang. Wahh.. Orang kata dengan duit boleh beli segalanya. Betulkah semua benda boleh dimiliki dengan duit.

Orang tua kata kalau nak cari suami tu biarlah kerja bagus. Hidup senang. Senang cakap mesti dan wajib berduit. Kalau dapat suami kurang berduit mesti hidup tak bahagia. Siapa lah yang pandai sangat buat andaian ni. Kalau kahwin dengan kelindan lori misalnya, tak kan tak mampu nak hidup bahagia.
Ehh... Duit tu jaminan kebahagian hidup kah ? Adakah korang pasti bila ada duit dapat hidupkan orang yang dah mati ? Atau korang rasa boleh beli isteri orang lain dengan duit yang menimbun.


Kalau orang takde duit, mesti orang tak nak dekat. Adakah orang yang ditakdirkan hidup susah itu menyusahkan orang lain ? Tak habis2 persepsi macam tu dilemparkan. Alasan orang yang memilih sebenarnya. Allah swt lebih mengetahui kenapa A ditakdirkan hidup senang dan B ditakdirkan hidup susah walaupun dia telah berusaha dalam hidupnya.
Duit berkepuk-kepuk pun kalau iman tiada, kejar dunia semata-mata tidak berguna juga. Berduit pun kalau takut luak kerana menderma pada fakir miskin tiada erti pun. Takkan sebab derma RM10 luak duit yang berjuta tu. Sedangkan fakir yang rela menderma RM0.10 lebih besar pahalanya jika dia ikhlas memberi.
P/S : Maaf kalau entri ini agak emosi sedikit. Geram bila orang dah berada di atas jadi tamak haloba dan memandang orang yang biasa ni macam tiada nilai. Agaknya mereka rasa dengan duit mereka yang berkepuk tu boleh beli amalan kebaikan untuk dicatat nanti.


No comments:

Post a Comment