AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Monday 27 August 2012

~ PeLiK KeR...??? ~



Bila apa yang kita fikir atau lakukan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, mereka akan kata kita pelik. Atau lebih teruk mereka kata kita salah, kita cuba menentang arus. Mereka mahu kita buat seperti apa yang biasa orang lain buat.

Mereka kata;
'Takde orang yang macam kau'
'Kenapa kau tak macam orang lain?'
'Tak pernah-pernah orang buat macam tu'
Masalahnya aku bukan 'orang' itu. Aku adalah aku.
Akukah yang tidak normal, atau mereka yang pelik?

Kenapa mereka mahu kita menjadi sama seperti orang lain? Bukankah setiap orang itu memang berbeza-beza? Tidakkah setiap orang itu layak memilih jalannya sendiri?

Jangan cuba perbetulkan aku. Aku mungkin berbeza, aku mungkin melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tapi tidak bermakna aku salah. Aku cuma mahu mencari jalan sendiri, mencari diri sendiri. Melakukan sesuatu dengan cara sendiri.

Untuk mendapat 4, tidak semestinya dengan hanya 2 dicampur 2. 3 campur 1 juga boleh kan?


No comments:

Post a Comment