AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Thursday 2 August 2012

~ LeTiHnYeEe BaDaN AiIi... ~


Sejak kebelakangan ni, tahlah kenapa aku terase badan seperti letih sangat2. Rasa seperti tak larat. Mungkin disebabkan bulan puasa ni kot. Apa tak letihnya, bile pikir2 balik seawal 4.30 pagi aku dah bangun untuk menyediakan sahur,  akulah yang masak, akulah yang hidang, akulah tukang kejut semua anak2, akulah tukang kemas.. aku dan aku..

Bila anak2 dah bersahur dan bersiap2 nak ke sekolah, aku masih di dapur.  Berkemas, mencuci dan sedikit masa dicuri untuk menghilangkan lelah... Buat pun mane yang terlarat, kalau tak segalanya disimpan untuk petang nanti.. Aku jugak nak ngadap tu... Huhuhuhu...


Bila sumenye dah siap, aku terus ke opis selepas settle antar anak2 ke sekolah n umah pengasuh. Sampai opis, dah duk ngadap kerja yang ada di atas meja. Di dalam masa yang sama kepala otak dok memerah memikirkan "nak masak apa untuk berbuka nanti". Payah n buntu jugak tu, sebab dah ari2kan.. Nasib baiklah anak2 tak pandai lagi merequest nak makan itu, nak makan ni. Wat masa ni alhamdulillah, ape yang umminya masak sumenye dorang sebat tanpa ade sebarang rungutan. Bila dipikir2kan balik, besar syukur aku. Ape taknya anak2 5 orang 5 selera selera puasa nak kene tunaikan tu. Aku selalunya tak pernah kesah dengan selera aku, yang penting kehendak anak2 adalah lebih utama.


Selepas abis jer waktu kerja, balik n amik2 sume anak2. Sampai jer umah aku dah mula sibuk di dapur untuk memasak.  Kadang kadang masa betul2 mencemburui. Belum hilang letih, balik rumah nak kemas, nak mencuci baju, nak masak, nak layan karenah anak anak. Nasib baiklah ada anak2 yang memahami dan ringan tangan ghajin menolong. Kuranglah bunga silatnye. Kuranglaa sikit beban kerja aku.. Eeeerrrrrrmm.... boleh bayangkan bagaimana letihnya badan aku ni... Sape tak rase, mesti tak taukan...


No comments:

Post a Comment