AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Sunday 26 August 2012

~ KiNi KeMbALi... ~




Ceria selalu dengan senyuman. Hilangkan suram, sebarkan senyuman. Lamakan aku menyepi.. Lamanya aku tak menulis. Serius rindu. Serius dalam otak banyak mencorak ayat tapi tak terluah di jemari. Rindu ditahap gaban akan blog kesayangan aku ni. Dihitung2 kira2nya hampir 10 hari.

Banyak ker cerita yang nak distorykan? Taklah.. Bukan menarik pun hidup aku. Cuma adalah beberapa perkara yang mencuit perasaan. Sesetengah perkara berlaku, setengah perkara yang berlaku itu kita cuba lupakan. Sesetengah perkara berlaku yang kita cuba lupakan itu bagaimanapun tak terlupakan. Bulan  yang membuat aku banyak bermain dengan hati, berperang dengan otak. Dan terkalah oleh 'sayang'. SAYANG. Sebab sayang itu aku utuh. Disebab sayang aku setia. Dan sebab sayang itulah aku tetap di sini. Masih kuat di sini.


Walaupun sesekali memori itu datang menjengah, tetap ia terkalah oleh sayang.   Ya, walau sesedih mane pun hati aku ini, aku tetap berpaksi di sini. Hanya kerana satu, SAYANG.

Aku cuma harap sayang yang aku punya tak di sia-siakan. Aku cuma berdoa kepercayaan aku tak dipersiakan. Amin2 Ya Rabbal Al Amin...

Apa2 pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Semoga semuanye sentiasa ceria n gembira selalu hendaknya...


No comments:

Post a Comment