AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 28 August 2012

~ MeMoTiVaSiKaN DiRi D PaGi HaRi... ~


6 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca paper, baca gosip2 mahupun join sesi mengumpat bersama kawan2. Sebab, ia menerbitkan energi positif  lalu menghalang dari bermotivasi sepanjang hari.




3. Dlm Apa Jua Yg Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat  lalai, mengantuk, macam tak cukup cas beteri jer. Bermula dari duduk di kerusi dan mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa yang dilakukan mendapat keberkatan.. Bila istiqamah melakukannya, nescaya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!


4. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Bila dah keluar rumah untuk  ke tempat kerja, biasanya tak tahu apa yang nak dicapai hari tu. Betul tak? Biasenya hanya nak sampai di sana, bekerja  lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun & perkara sama berulang lagi. Hidup bagai dalam 1 bulatan, situ2 saja. Eloknya sikap perlu  diubah. Set target apa yang mahu dicapai, lagi best setkan untuk setiap hari. Setkan berapa tugas yang nak disiapkan dan set limit masa untuk menyiapkan segalanya. Kecekapan dapat  dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan. Cara ini adalah cara aku. Berkesan sungguh…


5. Lihat Warna CerahWarna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah  jadikan diri lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood menjadi positif.


6. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu2. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi2 negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, akan jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk lagi jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap org, setiap situasi & setiap benda.

No comments:

Post a Comment