AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Sunday 26 August 2012

~ CiTeR GhAyE 2012... ~



Hari ni dah masuk 9 Syawal 1433H. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Pada yang meneruskan puasa 6 Selamat Berpuasa. Setiap umat Islam pasti akan menantikan ketibaan Syawal. Kemeriahan Syawal di sini sana. Ada yang menyambut Syawal dgn penuh kegembiraan bersama orang yang tersayang. Ada juga yang menyambut Syawal dengan penuh linangan air mata bila yang tersayang sudah tiada di dunia. Ada juga yang tertanya-tanya adakah masih ada Syawal untuknya di masa akan datang. Pelbagai soalan timbul.

Tahun ini perasaan aku dan anak2 bercampur aduk. 1001 macam yang kami rasa. Riak muke yang gembira tetapi kurangnya ceria di hati kami. Walau apa pun berlaku, kami sedaya upaya menceriakan suasana hari raya kami. Sehari sebelum Syawal rumah kami meriah utk berbuka puasa bersama. Berbuka puasa terakhir untuk tahun ini. (Sememangnya sentiase meriah pun)Berbagai gelagat yang dapat dilihat pada waktu ini... Dengan 5 orang anak yang meningkat besar sudah pasti keriuhan mereka berlainan. Tetiba hati terase sekali untuk menganyam ketupat sendiri. Ini adalah gara2 desakan anak2 yang berkali2 bertanya. Tak mengapalah untuk tahun ni, ummi rebus ketupat segera jerla yer, insyaAllah 1 ari nanti kita akan bersama2 belajar menganyam ketupat yer. Masing2 mahu menganyam ketupat sendiri sebab itulah makanan kegemaran mereka. Rendang ayam dan serunding daging dimasak semata2 untuk menimbulkan mood raya untuk tahun ini.


Awalnye terase semua kerja seolah2 tergendala. Langsir tak siap digantung. Kuih raya tak disusun di dalam bekas kuih. Duit raya tak dimasukkan di dalam sampul duit. Rumah tak berkemas. Rasanya semua seolah2 tak jadi... Pegang tu tak kene, pegang ni tak kena. Nasib baiklah juga ada anak2 yang tak putus2 bertanya dan menawarkan diri untuk membantu umminya menggantung langsir kalau tak memang tak akan bergantunglah langsir tu, bersemaklah rumah, takkan terhidanglah juadah di pagi raya… Ape2 pun semuanya tersiap rapi sepertimana yang dirancangkan. Teraselah jugak mood nak beraya. Alahai cerita raya... 






No comments:

Post a Comment