AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Friday 27 January 2012

~ SePi TaNpA BeRiTa... ~


Lama aku menyepi. Bertemu kembali setelah sekian lama aku menyepikan diri. Sesungguhnya lama aku tidak menulis di sini, di blog kesayanganku ini. Bersawang bagai dah blog yang aku tinggalkan kalau tak silap hampir setengah tahun aku tinggalkan. Bukannya tiada idea utk menulis, diikut-ikutkan berlimpah-limpah ruah cuma beban kerja opis dan rumah disamping dgn anak2 yang membataskan aku untuk post entry baru.
Paling sedihnya sampai blog lamaku merajuk. Langsung tak boleh nak dibukanya. Pelbagai cara telah aku usahakan. Bertanya orang sana, bertanya orang sini. Tapi usahaku sia-sia. Sehinggalah MENTORku menasihatkan agar aku membuat blog baru. 
Tapi kini aku telah kembali...


      Kalau tak silap aku berhenti dari melawat blogku nie bila aku start pregnant anak yg ke 5. Kalau diikut-ikutkan pregnant aku tu bukanlah penyebab musabab yang utama. Aku takde problem itu yg tidak membolehkan aku mengadap komputer tulis entry baru tapi hakikatnya bebanan tugas yang entah bilakan berakhir makin hari makin menghimpit. Saban hari aku dikelilingi oleh tanggungjawab terhadap anak-anak. Bukan aku mengeluh cuma adakalanya aku merasa amat letih dan badan ini sesungguhnya terasa terlalu penat.. Sejak dari celik mata di dinihari hingga ke larut malam, aku sentiasa sibuk melayan karenah dan ragam anak-anak. Kerana risau dengan semua data-data yang perlu dihantar ke HQ aku memaksa diri aku untuk melupakan penyinggahan ke blogku. Aku kena utamakan mana yang penting dahulu.

       Dan tanggungjawab aku makin bertambah sejak kelahiran orang baru dalam keluarga. Nur Farishya Allya yang menghiasi warna warni kehidupanku kini. Rutin harian aku di pejabat semakin hari semakin menjadi padat hinggakan untuk meluangkan waktu menulis di blog ini pun tidak berkesempatan. Walau pun kadangkalanya aku cuba mencari ruang-ruang yang ada untuk berkongsi rasa dan cerita di blog ini. Tapi selalunya tipis...
Beban tugas yang entah bilakan berakhir sentiasa menghambat aku saban waktu. Begitu juga di rumah, menguruskan anak-anak seramai 5 orang hakikinya bukanlah satu tugas yang mudah. Siapa yang hanya memandang tanpa berada duduk dirinya di tempat aku semestinya tidak akan faham dan mengerti. Seringkali ada sahaja karenah dan gelagat yang menaikkan marah aku. Adakah aku seorang ummi yang zalim? Setiap malam selepas anak-anak melelapkan mata hati aku seringkali berbicara sendiri. Adakah aku ini sebenarnya layak menjadi ummi mereka?. Adakah aku telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku sebaiknya? Aku sedar bahawasanya diri aku terdapat banyak kekurangan. Aku mendidik anak dengan cara yang tegas dan kasar. Tapi sesungguhnya itu adalah untuk kebaikan mereka. Sebolehnya untuk mereka aku akan buat yang terbaik. Walau pun kadangkalanya aku gagal. Namun segala penat dan lelah menguruskan rumahtangga dan anak-anak akan lenyap tiap kali menatap wahaj-wajah mulus mereka. Merekalah racun, merekalah penawar. Maha besar sungguh kuasaMu, Ya Allah..
Kini semuanya telah berada di bawah kawalan yang selemat. InsyaAllah tiada masalah serta bebanan kerja lagi yang perlu aku risaukan. Bolehlah secara beraninya aku katakan aku kini berada di zon selesa. Selesa-selesa pun, aku tetap kena pandai bahagikan masa antara kerja dan berpost entry di blogku ini. Pertama siapkan kerja dulu, selesai semuanya barulah memulakan aktiviti memblog. Hahahahhha. Untuk diri sendiri aku nasihatkan jangan sesakali alpa pada tugas hakiki n mengentry ini hanyalah sebagai sisipan sahaja. Ingat tu Shida...

Aku rasa cukuplah aku membebel dulu. Insyaallah entry terbaru akan aku masukkan dari masa ke semasa. Banyak hutang-hutang story mory yang perlu aku lunaskan... InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment