AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 17 September 2013

~ KeRjA??? Oh... SeRoNoKnYe... ~


Bagaimana dengan kerja hari ni? Adakah seronok dan menikmatinya? Ya… 100% jawapanku adalah YA AKU SERONOK. Disebabkan kerana keseronokanku ini maka aku yakin insya Allah ini akan menjadi kerjaya terakhir aku sampai tua. Sampai umur 60 tahun jika sihat tubuh badan dan x menyusahkan orang… Hehehehe… Aku tidak pernah terfikir untuk cari kerja lain dah. Aku sudah cukup bahagia dan gembira dengan kerjaya aku. Setiap saat dan ketika aku keluar bekerja, tidak pernah ada sekelumit perasaan aku nak bertukar kerjaya. Dan Alhamdulillah, Allah menemukan aku dengan kerjaya yang bersesuaian dengan jiwaku. Pekerjaan yang dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada diriku. Ya, aku suka kerja aku! Kenapa aku kata bagitu??? Jom sama2 lihat...



1. Datang awal ke tempat kerja
Aku tidak kisah untuk datang awal ke tempat kerja. Bahkan aku sememangnya menantikan esok hari dengan bersemangat untuk melakukan kerja2 yang dipertanggungjawabkan. Aku tiba awal di tempat kerja dengan perasaan seronok untuk bekerja.



2. Air muka berseri-seri
Hehehehe... Memang sangat jelas tentang ini. Disebabkan terlalu seronok dengan kerja, setiap kali ke tempat kerja air mukaku akan menampakkan keceriaan dan sentiasa tersenyum. Keje banyak menimbun pun still bleh senyum lagi tu... Hehehehhe....



3. Kerja sentiasa disiapkan segera.
Kurasakan inilah kehebatan bekerja dengan rasa seronok. Kebiasaannya kerja dapat disiapkan tanpa disedari. Dan yang paling bagusnya menyiapkan kerja sebelum ‘due date’ yang sepatutnya. Disebabkan terlalu asyik dengan kerja sehinggakan tak sedar telahpun menyiapkannya dan aku sentiasa bersedia untuk kerja yang baru.



4. Bangga menceritakan tentang kerja
Aku tidak pernah kisah andai di mata orang lain mungkin kerja yang aku lakukan itu tidak hebat. Yang penting setiap kali ditanya aku akan menceritakan kelebihan2 tempat kerja. Aku bangga untuk menuturkan pada orang lain di mana dan apa kerja yang aku lakukan.



5. Personaliti kemas
Dah kerja di KEMASkan... Mestilah gitu. Walaupun bersederhana tetapi aku tetap akan menunjukkan penampilan yang selesa dan  terbaik untuk diri sendiri.



6. Akan membantu menyiapkan kerja orang lain

Hahahhaa.... Situasi yang sering berlaku walaupun  ianya tanpa dipinta. Disebabkan rasa seronok bekerja aku sanggup menawarkan tangan untuk membantu menyiapkan kerja orang lain lagi...

No comments:

Post a Comment