AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 10 July 2012

~ 3 KaWaN YaNg MaLaNg... ~


3 orang kawan, Dan, Din, Don

mereka tinggal di sebuah flet yang tingginya 60 tingkat.




Pada suatu hari yang hening,
semasa mereka baru balik dari kerja, lif di flet mereka rosak. Maka mereka kena la pakai tangga..

Semasa menaiki tangga tersebut, DAN mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih yang telah berlaku kepada mereka..

Untuk menghilangkan penat...

DAN Start dulu..

Ketika aku didalam kandungan lagi.. Bapa ku telah sakit dia telah pergi meninggalkan ku..

Buat selama lamanya.............. DIN & DON mengelap airmata setelah mendengar cerita Dan yang amat menyedihkan tu........


Selepas Dan menceritakan kisahnya, sedar2 je mereke dah berada di tingkat 30..

DIN lak menceritakan kisah sedih yang menimpanya..

Cerita aku lagi sedih, mak aku mati ketika melahir kan aku, aku tak sempat nak menatap wajahnya.. Aku berasa sangat bersalah, sehingga hari ni aku masih tak dapat maafkan diriku ini.............
Semakin sebak di hati mereka setelah mendengar kisah DIN.......

Tanpa disedari mereka sekarang berada di tingkat 58.. 
DON lak sambung..
Tu tak berapa sedih.. Yang paling sedihnya.. Cerita aku ni
sebenarnya............
Kunci rumah.............
Tertinggal kat dalam kereta...........!!


No comments:

Post a Comment