AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 11 July 2012

~ DiSeNaNgI BuKaN BeReRtI DiCiNtAi... ~




Berhari2 jugak aku simpan idea untuk menulis entri ni. Entah kenapa terpanggil untuk mengupas isu tersebut. Kalau sebelum ini kita sering mendengar istilah mencintai tidak semestinya memiliki, sekarang ini ada pulak istilah2 baruAku bukan seorang penulis blog yang mampu menghasilkan penulisan dengan bahasa melayu tinggi (bmt). Aku menulis mengikut rasa hati dan apa sahaja yang terdetik dalam pemikiran ini. kadang2 entah ketika atau di mana2 sekalipun aku akan terfikir tentang blogging. Seolah2 penulis novel yang mencari ilham untuk menghasilkan senaskah novel yang boleh memikat hati pembaca. Hahahahaha...

Dalam hidup ni kalau nak persoalkan tentang kita sayang, cintakan seseorang tak semestinya kita akan mengakhiri ikatan sayang tu dengan perkahwinan. Orang kata jodoh itu kerja Allah. Sebab tu manusia perlu sedar bahawa mencintai seseorang bukan jaminan kita untuk memiliki dia dalam kehidupan kita. Kita boleh jatuh cinta dan bercinta tapi andai dia bukan jodoh kita x mungkin kita dapat bersatu.

Istilah disenangi bukan beerti dicintai seolah baru aku sedari. Lagi2 dalam urusan kerja aku sehari2, aku terpikir mungkin kita terlalu disenangi rakan2 setempat kerja atau sahabat2 kita di luar sana. Mereka senang dengan diri kita bukan kerna mereka cintakan kita. Mereka rapat dan akrab dengan kita bukan kerana mereka dah jatuh cinta dengan kita. Kadang2 orang tersalah erti dengan istilah disenangi. Aku pernah melihat situasi begini dalam realiti kehidupan sehari2. Senangnya si A bersama dengan si B. seronok berdiskusi bersama, bergelak ketawa bersama tapi jangan ada yang salah tafsir mereka bercinta. Tidak sekali-kali. rapat, akrab bukan jaminan cinta itu ada tapi itulah erti sahabat.

Senang bukan untuk membezakan perasaan itu. Aku jadi pelik dan hairan kenapa perlu acapkali digossip bersama walhal bicara mereka hanya tentang kerja. Gurau senda mereka hanya untuk menghilangkan tekanan sehari-hari.

Ini bukan entri untuk mengaibkan sesiapa. Sebenarnya sangat mudah untuk mengulas tentang sesuatu kejadian yang tiada hubung kait dengan kita. Cuma rapatkan bibir atas dan bibir bawah.. Maka terjadilah kata2. Tak percaya??? Cubalah buat.. Aku sekadar mahu berkongsi agar manusia di luar sana tidak sewenang-wenangnya menjadi hakim kepada orang sekeliling. Tepuk dada tanya selera kita. Jangan mudah untuk kita tersalah erti dengan pandangan mata kasar kita. Belajar untuk membezakan erti bercinta dengan disenangi bukan bererti dicintai.

No comments:

Post a Comment