AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 11 July 2012

~ JuJuR DaRiKu... ~




Jujur
aku rindu pada dia yang jauh dari mata
aku rindu pada dia yang bertahkta di jiwa
aku rindu pada dia yang aku cintai
................. Dia lelaki yang aku sayangi

jujur
berjauhan sangat menguji diri ini
namun tak pernah aku mahu mengalah 
kerana hanya dia yang aku sayang 
kerana dengan dia aku mahu hidup bersama

jujur
kerana dia aku kan terus cekal dan tabah
menghadapi hari-hari jauh darinya
walaupun kini terpisah jarak darinya 
kasih dan sayang makin mendalam

jujur 
aku mahu mencintai dan dicintai
bersamanya sehingga akhir nafas ini
biar ajal sahaja yang memisahkan kami
berjauhan hari ini 
membuat aku semakin berusaha
untuk sentiasa dekat dengannya
yang pasti yang aku ingini
selepas ini tiada jarak lagi antara kami
hidup sempurna seperti yang lain
InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment