AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Tuesday 28 May 2013

~ BeRuBaHlAhLaH... ~

Lamanya tak mengemaskini blog. Jari jemari bagaikan sukar bergerak untuk menaip patah2 perkataan walaupun sepatah. Idea bagaikan di 'block' di dalam kepala otak yang terasa malas mahu berfikir banyak. Huhuhu... Apa telah terjadi... Banyak yang hendak diceritakan disini dan pasti ceritanya berupe sindiran n rungutan yang masih dalam linkungan cerita yang boleh dikongsi bersama bukan peribadi... Yang terlalu peribadi hanya tersimpan didalam degupan si jantung hati... Hehehe...
 
Belum bersedia jemari ini untuk menaip bait2 ayat selaju yang mungkin... Takut nanti ada yang salah ngertikan… Ooooohhhh tidakkk....
 
Hari ini 28 Mei 2013.. Cepatnya masa berlalu.. Bulan Mei di tahun 2013 telah hampir untuk melabuhkan tirainya.. Maaflah ku katekan bagiku bulan Mei yang bakal berlalu ini ku rasakan tiada apa2 yang menarik atau sesuatu yang aku lakukan yang boleh membanggakan untuk diriku sendiri.. Hari yang berlalu sekadar melaksanakan urusan harian uma+anak2 dan selebihnya memenuhi tuntutan kerja hakiki.

Makan tido tu jangan cakaplah.. Itu rutin wajib. Kalau tidak xkan jadi sesaiz gini.. Hehehe.. Tak lahhh.. Ada juga benda lain yang telah aku buat tapi benda tu perkara yang aku yang benaunye tak berapa seronok untuk buat. Bleh aku kate gitu??? Blehlahkan.. Kalau x,xkan aku nak berstoryglory di sini. Nak kate keje tu tak berfaedah... Berfaedah... Nak kate keje yang aku buat tu sia2... Tak jugak. Ianya adalah 1 tanggungjawab yang memerlukan tahap komitmen aku yang tinggi. Yang terlalu tinggi... Aku terpaksa mempasakkan mental+fizikal yang jitu. Walaupun begitu sesungguhnya ianya sangat tak bermakna untuk hidupku. Buat keje tanpa ade sekelumit perasaan seronok...
Keseronokan yang benarnya tidak aku dapat rasai dan kecapi. Aku sekadar laksanakan hanye untuk satu tuntutan. Sedangkan dalam kadar mase yang sama sekiranya betul diikutkan ade tuntutan yang lebih berfaedah perlu aku hitungkan. Hasrat awalnya yang sekadar hanya untuk menolong+membantu TETAPI akhirnya telah terpalit 1 tanggungjawab yang perlu dipikul. Terase macam diamik kesempatanlah plak. Huhuhu...
 
Kenapalah ade manusia yang tiada kesedaran. Tiada langsung rasa untuk menghargai. Masih leka. Masih alpa. Masih berada di zon selesa. Yang terlalu selesa. Langsung tiada rase untuk belajar dan mencuba. Semua itu disebabkan telah berada di zon selesa yang terlalu lama. Nak buat itu tak tahu.. Nak buat ini takut. Suruh itu xreti. Suruh ini xnak.. Sampai bilelah agaknye nak berada di takuk lame.. Bila sesuatu tu dah jadi gaya hidup, tingkahlaku... Dinasihatkan hanya kecekalan yang boleh mengubahnya. Aku bukannye nak mintak sesuatu yang perfect cume sekadar memperbaiki sekadar apa yang boleh.. Berubahlah... Nescaya... Sesungguhnya tiada ape yang merugikan...

No comments:

Post a Comment