AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 26 December 2012

~ BiCaRa BuAt KaWaN+TeMaN+SaHaBaT... ~


27 November 2012

Kawan...
Ingatlah dugaan dalam kehidupan ini adalah 1 perkara yang semua orang di dunia ini selalunya tidak mampu terima dengan hati yang tulus tetapi sebagai seorang hamba kita perlu terima ianya sebagai satu ujian dari Allah.
Tak kiralah samada dugaan itu kecil mahupun besar. Semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya. Hakikat ianya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.
Teman...
Sebenarnya kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang menimpa. Disebabkan kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita, kita akan mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Kadang-kadang kita menyalahkan diri kita sendiri yang menyebabkan dugaan tersebut.
Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.
Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sekadar bicara-perkataan.

Sebab itulah mulakan  dengan kebersihan iman, dan memahami hakikat ujian. Sebabnya diriku sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Aku pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan aku yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah aku lalui, yang akan membuatkan aku terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, aku melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya aku berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sahabat...

Realitinya dugaan itu...
Kita perlu yakin dan pasti sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.
Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah. Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah, dengan sabar, redha dengan takdirnya, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah.
Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa.
Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.
Dia tahu waktu dan ketikanya.
Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment