AKU REDHA, ANDAI INI TAKDIRNYA UNTUKKU....



Wednesday 26 December 2012

~ TuLiSaN TaNgAn KaKi... ~



Tulisan aku dari dulu time sekolah sama jer sampai la dah besar gemuk dan dah keje ni.

Walaupun bila dah kerja, peratusan nak menulis tangan tu dah berkurangan tapi sesekali dapat menulis rasa mcm menggigil jer plak tangan ni.

Tulis tak sampai separuh muka surat dah rasa lenguh tangan. Dulu waktu kena tulis berkajang2 karangan time subjek BM x dak la pulak tangan nak lenguh.

So korang punya tulisan sama tak lagi? Jangan dok peliklah yer. Tulisan tangan aku sumenye huruf besar.
Hahahaha....





N3 ini adalah hasil Dato Mohd. Fadzillah bin Kamsah. Sekadar berkongsi untuk tatapan bersama. Menurut pandangan beliau, peribadi boleh ditafsir melalui Kaedah Graphology iaitu kajian tulisan tangan. Di bawah adalah serba sedikit mengenai tafsiran ke atas tulisan seseorang. So apelagi jom sesame kite dok belek…

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
-   Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
-       Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
-  Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
-  Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
-  Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
-  Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
-  Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
-  Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
-  Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
-  Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
-  Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
-  Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
-  Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
-  Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
-  Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

No comments:

Post a Comment